Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
banjir semakin buruk
Kredit: Bernama

Keadaan Banjir Semakin Buruk, Mangsa Banjir Kini Lebih 120,000

Azizah Najib

Keadaan Banjir Semakin Buruk, Mangsa Banjir Kini Lebih 120,000

KUALA LUMPUR, 30 November (Bernama) — Keadaan banjir di tujuh negeri pagi ini semakin buruk dengan peningkatan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) kini mencecah lebih 120,000 orang berbanding 106,505 orang dilaporkan malam tadi.

Di Terengganu, mangsa banjir meningkat lebih 10,000 orang dalam tempoh 12 jam apabila data terkini oleh Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) merekodkan sebanyak 35,124 mangsa pada 8 pagi ini berbanding 24,752 pada 8 malam tadi.

Kuala Terengganu menjadi daerah terbaru terjejas banjir kali ini, apabila 869 mangsa daripada 230 keluarga berteduh di empat PPS iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Nilam, SK Paloh, SK Banggol Peradong dan SK Atas Tol.

Data terkini juga melaporkan peningkatan mangsa banjir di Besut yang kekal sebagai daerah paling teruk terjejas iaitu 13,930 orang ditempatkan di 117 PPS, diikuti Setiu (5,950 mangsa, 53 PPS), Hulu Terengganu (5,942 mangsa, 63 PPS), Kemaman (3,701 mangsa, 33 PPS) dan Dungun (3,492 mangsa, 44 PPS).

Selain Kuala Terengganu, dua lagi daerah yang masih mencatat bilangan mangsa bawah 1,000 ialah Marang dengan 679 mangsa di sembilan PPS dan Kuala Nerus (561 mangsa, lima PPS).

Sementara itu, 20 stesen bacaan paras air sungai di kesemua daerah, menunjukkan pada paras bahaya menurut semakan di portal InfoBanjir.

BACA: Banjir Teruk, Hujan Lebat & Angin Kuat, Lelaki Kongsi Situasi Di Pasir Puteh

Di Kelantan, jumlah mangsa banjir mencatatkan peningkatan kepada 80,640 orang daripada 25,042 keluarga yang ditempatkan di 279 PPS setakat 7.30 pagi ini berbanding 72,360 mangsa dilaporkan malam tadi.

Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jajahan dengan jumlah mangsa tertinggi ialah Pasir Mas dengan 24,890 mangsa diikuti Tumpat (13,429), Kota Bharu (10,885), Pasir Puteh (8,372) dan Kuala Krai 5,865 mangsa.

Sejumlah 5,734 mangsa dicatatkan di Machang, Bachok (5,592), Tanah Merah (4,837), Jeli (1,005) manakala 10 mangsa lagi di Gua Musang.

Menurut portal publicinfobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran, sembilan sungai utama di negeri itu masih melebihi paras bahaya.

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus bertambah kepada 7,911 orang daripada 2,420 keluarga, berlindung di 50 PPS setakat 8 pagi ini berbanding 6,037 orang daripada 1,850 keluarga, malam tadi.

Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata Kubang Pasu mencatatkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 2,570 orang yang ditempatkan di 15 PPS diikuti Kota Setar (2,294 orang di 10 PPS) dan Padang Terap (1,298 orang di 11 PPS).

“Di Sik, 986 orang di lapan PPS, Pokok Sena 585 orang di empat PPS dan Kuala Muda dengan 178 mangsa ditempatkan di dua PPS,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

BACA: Idea Menjadi, Rumah Pokwe Berjaya Terapung Lagi Dalam Banjir

Di Negeri Sembilan, laman sesawang Info Bencana JKM melaporkan mangsa banjir meningkat kepada 2,174 orang daripada 615 keluarga yang ditempatkan di 22 PPS membabitkan empat daerah iaitu Kuala Pilah, Tampin, Jempol dan Port Dickson setakat 8.30 pagi ini.

Di Tampin sebanyak 13 PPS dibuka, Port Dickson (satu), manakala Jempol dan Kuala Pilah masing-masing empat PPS dengan keseluruhan mangsa terdiri daripada dewasa 1,526, kanak-kanak (611) dan bayi (40).

Di Perlis, jumlah mangsa banjir turut mencatatkan peningkatan kepada 520 orang daripada 149 keluarga yang ditempatkan di empat PPS setakat 8 pagi ini berbanding 496 orang daripada 144 keluarga malam tadi.

Pengarah APM Perlis Lt Kol (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata kesemua mereka berlindung di empat PPS iaitu PPS SK Guar Nangka dan PPS SK Arau bagi kawasan Arau, masing-masing menempatkan 72 orang dan 173 orang manakala PPS SK Titi Tinggi, Padang Besar (133 orang) dan PPS Dewan Warisan, Kangar (142 orang).

BACA: Banjir: Lima Keluarga Berdepan Detik Cemas Kenderaan Dinaiki Dihanyutkan Arus Deras

Di Johor jumlah mangsa banjir di dua daerah terjejas iaitu Segamat dan Tangkak meningkat kepada 425 orang pada 8 pagi ini berbanding 305 orang malam tadi.

Pengerusi JPBN Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata daripada jumlah itu, daerah Tangkak melibatkan 302 mangsa daripada 91 keluarga yang ditempatkan di tiga PPS manakala Segamat pula melibatkan 123 mangsa daripada 36 keluarga yang ditempatkan di enam PPS.

Di Melaka, jumlah mangsa banjir bertambah kepada 229 orang daripada 63 keluarga dan berlindung di enam PPS setakat 8 pagi ini, dengan satu PPS baharu dibuka di daerah Alor Gajah iaitu SK Ayer Jernih menjadikan keseluruhan empat PPS dibuka di daerah itu manakala masing-masing satu di Jasin dan Melaka Tengah.

Di Perak, JPBN negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir pagi ini kekal 20 orang melibatkan tujuh keluarga yang ditempatkan di PPS SK Parit Haji Aman, Kerian, yang mula berlindung di PPS berkenaan sejak Selasa lepas.

Di Selangor, situasi banjir menunjukkan jumlah mangsa yang berlindung di dua PPS iaitu PPS SK Sungai Binjai dan Balai MPKK Bukit Kapar yang dibuka sejak semalam di Klang berkurang sedikit kepada 473 individu daripada 119 keluarga berbanding 487 individu malam semalam.

Sumber: Bernama