Terkini

Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
STR SARA one-off
Gambar: Bernama

8 Juta Penerima STR Terima SARA one-off Bermula Hari Ini

Iqbal Yasir

8 Juta Penerima STR Terima SARA one-off Bermula Hari Ini

KUALA LUMPUR — Kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai tambahan one-off Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 8 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar secara berperingkat mulai 9 Disember hari ini.

Menerusi laman rasmi STR, bantuan tunai tambahan secara one-off berjumlah RM300 akan disalurkan terhadap kategori Isi Rumah dan RM150 bagi kategori Bujang & Warga Emas Tiada Pasangan.

Sebelum ini, kerajaan telah menyalurkan bayaran akhir Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 secara berperingkat pada 7 November lalu kepada 8.7 juta penerima mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan itu turut memaklumkan kerajaan juga akan menyalurkan bantuan tunai tambahan one-off SARA kepada 8 juta penerima STR yang bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar mengikut kaedah pembayaran STR bermula 9 Disember.

Kenyataan itu turut menjelaskan baki 700,000 penerima STR daripada kumpulan miskin dan miskin tegar akan terus menerima manfaat bantuan SARA sepanjang tahun.

“Dengan penambahan bantuan tunai ini, isi rumah berkelayakan akan menerima hingga RM1,000 untuk pembayaran akhir STR bagi tahun ini dan ia selaras dengan keprihatinan kerajaan MADANI yang mengutamakan kesejahteraan rakyat.

“Pembayaran terakhir STR melibatkan peruntukan RM3.4 bilion, dan kerajaan telah menyalurkan hampir RM10 bilion kepada penerima STR dan SARA sepanjang 2024 berbanding RM8 bilion pada 2023,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, MOF memaklumkan di bawah Belanjawan 2025, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menambah baik STR dan SARA 2025 dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM13 bilion.

Perdana Menteri dipetik sebagai berkata peningkatan peruntukan itu sebanyak 30 peratus ialah yang tertinggi pernah diberikan kerajaan untuk menangani kos sara hidup rakyat yang akan memanfaatkan hampir 60 peratus penduduk berpendapatan rendah dan sederhana rendah.

“Kenaikan peruntukan ini merupakan hasil penstrukturan semula kewangan kerajaan yang mengambil pendekatan untuk mengagihkan semula kekayaan negara kepada rakyat terbanyak,” menurut beliau.

BACA: Taska Wajib Pamer Nombor Pendaftaran Di Premis Tahun Depan – Nancy

BACA: Kerajaan Fokus 91,000 Hektar Tanah Terbiar Untuk Tanaman Padi

BACA: Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora Di Perairan Malaysia Bermula Hari Ini – METMalysia

Sumber:

LHDN