Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Rosmah Dibebaskan
Gambar: Bernama

Rosmah Dibebaskan Daripada 17 Pertuduhan Penggubahan Wang Dan Elak Cukai

Iqbal Yasir

Rosmah Dibebaskan Daripada 17 Pertuduhan Penggubahan Wang Dan Elak Cukai

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini membebaskan dan melepaskan Datin Seri Rosmah Mansor daripada 12 tuduhan pengubahan wang haram melibatkan lebih RM7 juta dan lima tuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Hakim K. Muniandy mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu untuk membatalkan kesemua tuduhan terhadapnya atas alasan tuduhan tersebut tanpa asas dan pendakwaan tidak mengemukakan sebarang unsur kesalahan dalam tuduhan yang dikenakan.

Rosmah, 73, memfailkan permohonan untuk membatalkan tuduhan tersebut pada September 2023, dan perbicaraan dimulakan pada 12 Dis tahun lalu, selepas sebahagiannya kes ini didengar dengan keterangan daripada dua saksi.

Dalam penghakimannya, Hakim Muniandy berkata pertuduhan terhadap Rosmah gagal untuk menyatakan bahawa beliau terlibat secara langsung dalam transaksi melibatkan hasil haram, serta tidak memperincikan sifat transaksi tersebut atau bagaimana Rosmah terlibat secara langsung.

“Pertuduhan tersebut tidak mendedahkan elemen utama kesalahan pengubahan wang haram, termasuk transaksi berkaitan pengubahan wang haram, tingkah laku tertuduh, dan wang yang dirujuk dalam pertuduhan. Selain itu, pertuduhan tersebut juga tidak menunjukkan transaksi seperti yang dimaksudkan di bawah Akta 613, iaitu Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFA).

“Kegiatan haram yang dikaitkan dengan pertuduhan itu juga tidak dinyatakan, tetapi hasil daripada kegiatan haram tersebut muncul entah dari mana,” katanya.

Hakim itu menambah bahawa, tanpa elemen-elemen tersebut, pertuduhan hanya menggambarkan perbuatan mendepositkan sejumlah wang ke dalam akaun bank, yang pada dasarnya bukanlah satu kesalahan di sisi undang-undang.

“Sebahagian daripada pertuduhan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 ada pertindihan kerana tarikh dan jumlah yang dinyatakan adalah sama, tetapi kesalahan yang didakwa dilakukan oleh tertuduh tetap berkaitan pengubahan wang haram, yang mana ia mesti berpunca daripada kegiatan haram boleh dikaitkan dengan pengubahan wang haram tersebut.

Hakim Muniandy berkata walaupun terdapat pendapatan yang tidak didedahkan kepada LHDN, mesti ada transaksi yang menunjukkan penglibatan tertuduh dengan pendapatan yang tidak didedahkan tersebut untuk diklasifikasikan sebagai pengubahan wang haram.

“Kegagalan mengemukakan borang cukai pendapatan tertakluk di bawah Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP). Kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 112 ACP hanya boleh dikenakan sekiranya semua saluran yang tersedia di bawah ACP telah digunakan, namun perkara itu tidak dilakukan dalam kes ini.

“Ini termasuk penilaian cukai pendapatan yang mesti dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Cukai Pendapatan, diikuti dengan proses rayuan yang tersedia kepada pembayar cukai di bawah Seksyen 99 hingga 102 ACP atau Bahagian VI ACP,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa penentuan akhir terhadap jumlah cukai yang perlu dibayar akan dibuat oleh Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan, dan selepas keputusan itu, pembayar cukai mempunyai pilihan untuk memohon semakan kehakiman.

Dalam kesimpulan penghakimannya, Hakim Muniandy menyatakan bahawa berdasarkan penemuan mahkamah, beliau meluluskan permohonan tertuduh untuk membatalkan pertuduhan.

BACA: Tiada Pertuduhan Berhubung Siasatan Tender Perkhidmatan 1BestariNet KPM – SPRM

“Perintah seperti dalam permohonan diluluskan dan kesemua 17 pertuduhan terhadap tertuduh dibatalkan. Mahkamah ini juga membebaskan dan melepaskan tertuduh daripada kesemua 17 pertuduhan tersebut,” katanya.

Pada 4 Okt 2018, Rosmah mengaku tidak bersalah terhadap 12 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM7,097,750 dan lima pertuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada LHDN.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Affin Bank Berhad, cawangan Bangunan Getah Asli, Aras Bawah, 148 Jalan Ampang di sini antara 4 Dis 2013 hingga 8 Jun 2017, dan di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim di sini antara 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.

Pertuduhan pengubahan wang haram dikemukakan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama. Seksyen ini memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil haram tersebut atau RM5 juta, mengikut mana yang lebih tinggi, jika disabitkan.

Pertuduhan berkaitan pengelakan cukai pula dibuat di bawah Seksyen 77(1) Akta Cukai Pendapatan 1967, yang mewajibkan beliau mengemukakan borang taksiran pendapatan bagi tahun taksiran 2013 hingga 2017 kepada Ketua Pengarah LHDN selewat-lewatnya pada 30 April bagi tahun 2014, 2015, 2016, 2017, dan 2018, tanpa alasan munasabah, melanggar Seksyen 112 akta tersebut.

BACA: Kubu Tinggalan Perang Dunia Kedua Ditemui Selepas Runtuhan Di Tebing Sungai Kelantan

Pada masa ini, Rosmah sedang merayu terhadap sabitan dan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta bagi kes rasuah melibatkan projek sekolah luar bandar solar hibrid 369 sekolah. Pendengaran rayuan tersebut dijadualkan pada 5 Mac tahun depan di Mahkamah Rayuan.

Ditemui pemberita selepas prosiding, Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Ahmad Akram Gharib berkata pihaknya akan memfailkan rayuan berhubung keputusan hari ini.

Rosmah ketika ditemui pemberita berkata beliau bersyukur dengan keputusan hari ini yang memihak kepadanya.

“Alhamdulillah, pada hari ini saya telah mendapat pembebasan sepenuhnya dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peguam saya yang telah bekerja kuat…daripada hari pertama lagi mereka telah memberitahu kepada saya bahawa pertuduhan ini tidak berasas.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada hakim yang telah membuat keputusan yang tepat dan inilah yang kita katakan keadilan dan semua orang patut mendapat keadilan. Itu saja yang saya ingin ucapkan sekarang. Bagi lah saya rehat sekejap, bernafas sikit. Syukur alhamdulillah,” katanya yang turut menyifatkan keputusan hari ini sebagai hadiah ulang tahun kelahirannya pada 10 Dis.

Pada prosiding hari ini, Ahmad Akram turut dibantu TPR Poh Yih Tinn dan Deepa Nair manakala Rosmah diwakili peguam Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, Amer Hamzah Arshad, Mohamed Reza Abdul Rahim, Ravijan Nambiar dan Joshua Tay.

Sumber: BERNAMA