Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
kubu perang dunia kedua
Kredit: Bernama

Kubu Tinggalan Perang Dunia Kedua Ditemui Selepas Runtuhan Di Tebing Sungai Kelantan

Azizah Najib

Kubu Tinggalan Perang Dunia Kedua Ditemui Selepas Runtuhan Di Tebing Sungai Kelantan

KOTA BHARU, 19 Disember (Bernama) — Sebuah kubu dipercayai berusia lebih 80 tahun dan dibina ketika Perang Dunia Kedua ditemukan di tebing Sungai Kelantan di sini, selepas sebatang pokok besar tumbang susulan runtuhan tanah berhampiran sebuah kondominium di Jalan Post Office Lama, Isnin lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Datuk Kamarudin Md Nor yang mengesahkan perkara itu berkata kerajaan negeri bercadang menjadikan kubu itu sebagai tarikan pelancongan.

Bercakap kepada Bernama, beliau berkata kerajaan negeri tidak mempunyai maklumat mengenai kubu bersejarah itu sebelum ini sehinggalah tebing sungai di lokasi berkenaan runtuh baru-baru ini yang telah membawa kepada penemuan tersebut.

“Jika dilihat, struktur kubu ini masih tidak terjejas walaupun terkesan dengan banjir-banjir sebelum ini, cuma ada sampah yang masuk ke dalamnya apabila banjir besar,” katanya.

Kredit: Bernama

BACA: JPA Nafi Keluar Arahan Wajibkan Penjawat Awam Miliki BMI Seimbang

Beliau berkata pihaknya akan mendapatkan kerjasama Perbadanan Muzium Kelantan bagi menjalankan tinjauan lanjut selain meminta Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk memasukkan kubu itu dalam perancangan mengindahkan landskap tebing Sungai Kelantan.

“Saya agak kesal kerana tiada penceritaan tentang kubu ini walhal ia mempunyai nilai sejarah yang tinggi dan kita akan usahakan supaya muzium negeri mahupun Jabatan Muzium Malaysia mengambil minat terhadap penjagaan kubu ini untuk dijadikan produk pelancongan,” katanya.

Penduduk, Hasbullah Deraman, 39, tidak menyangka terdapat kubu perang di kawasan berkenaan kerana lokasi itu merupakan tempat rekreasi orang awam.

“Saya agak terkejut apabila dimaklumkan terdapat sebuah kubu telah dijumpai selepas runtuhan tebing Sungai Kelantan. Kebiasaannya saya berjoging pada waktu petang, tidak pernah terlintas ada kubu perang di kawasan ini,” katanya.

Peniaga Ahmad Abu Hassan, 44, berkata dia juga tidak mengetahui adanya kubu di kawasan itu yang dilitupi pokok besar dan semak-samun.

“Tinggalan perang ini tersembunyi di sebalik pokok besar sehinggalan pokok itu tumbang akibat runtuhan tebing,” katanya.

BACA: Amaran Hujan Lebat Di 5 Negeri Malam Ini

BACA: Ribut Kuat Tumbangkan Pokok Sekitar Putrajaya

Sumber: Bernama