Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Kredit: Bernama

Pengecualian Visa Kepada Rakyat India Dilanjutkan

Azizah Najib

Pengecualian Visa Kepada Rakyat India Dilanjutkan

Kementerian Dalam Negeri mengumumkan pelanjutan tempoh pengecualian visa bagi negara India sehingga 31 Disember 2026.

Menerusi kenyataan media yang dimuat naik di laman Facebook, Ketua Setiausaha Dalam Negeri, Datuk Awang Alik Jeman berkata pengecualian tersebut selaras dengan pempengerusian Malaysia bagi ASEAN 2025 serta persediaan Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Pelan Liberalisasi Visa telah diwujudkan oleh Kerajaan Malaysia bagi prospek meningkatkan sektor ekonomi dan pelancongan di Malaysia tanpa berkompromi kepada aspek keselamatan negara.

“Salah satu inisiatif bawah Pelan Liberalisasi Visa ini ialah pemberian pengecualian visa bagi tempoh selama 30 hari kepada warganegara Republik Rakyat China dan India. Berkuat kuasa mulai 1 Disember 2023 sehingga 31 Disember 2026 untuk Republik Rakyat China dan 31 Disember 2024 untuk India,” jelasnya.

BACA: Malaysia Kecualikan Visa Kepada Pelancong Cina & India, Ini 5 Fakta Anda Perlu Tahu

Terdahulu, kerajaan telah mengumumkan pelanjutan pengecualian visa bagi rakyat China pada Jun. Ia sebagai usaha pengukuhan hubungan dua hala bersama negara republik itu.

Dalam Kenyataan Bersama yang dilaporkan oleh Bernama, China turut melanjutkan pengecualian visa bagi Malaysia sehingga akhir 2025.

“Kedua-dua pemimpin (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China, Li Qiang) mengalu-alukan minat yang mendalam untuk meneruskan perundingan dan perbincangan mengenai pengecualian visa bersama bagi memudahkan kemasukan rakyat Malaysia dan China,” jelas Kenyataan Bersama itu.

Tambahan lagi, kedua-dua pihak bersetuju meningkatkan kerjasama pendidikan ke tahap baharu dengan pengukuhan kerjasama dalam pendidikan vokasional, penyelidikan saintifik bersama dan pendidikan digital.

BACA: Malaysia Berisiko Hilang Keistimewaan Jika Berterusan Langgar Peraturan Visa

Pengiktirafan institusi pendidikan tinggi turut termasuk dalam perancangan tersebut sebagai kerjasama menubuhkan institut pengajian lanjutan. Selain itu, kedua pihak akan berusaha meningkatkan interaksi antara badan pemikir dan institusi pendidikan tinggi.

Malah, lawatan bersama antara guru dan pelajar turut dipupuk selain pertukaran budaya serta pembelajaran bersama dipertingkatkan.

“Kedua-dua pihak mengalu-alukan lebih banyak kerjasama dalam bidang media, berita dan penerbitan, filem dan penyiaran. Ia bagi meningkatkan persefahaman dan persahabatan antara rakyat terutamanya generasi muda,” tambahnya.

BACA: Rusia Tawar Pengecualian Visa Kepada Pelawat Malaysia

Sumber: Kementerian Dalam Negeri, Bernama