Terkini

Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
paetongtarn isytihar aset
Kredit: Bernama

PM Thailand Paetongtarn Isytihar Aset Bernilai 13.9 Bilion Baht

Azizah Najib

PM Thailand Paetongtarn Isytihar Aset Bernilai 13.9 Bilion Baht

BANGKOK (Bernama) — Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra dan suaminya dilaporkan memiliki kekayaan bersama berjumlah 13.9 bilion baht (100 baht = RM13.05) serta hutang sebanyak 4.4 bilion baht, menurut pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Kebangsaan (NACC).

Akhbar harian Inggeris terkemuka Thailand, Bangkok Post melaporkan di platform dalam talian pada Jumaat yang pendedahan aset dan liabiliti oleh NACC, susulan pelantikan Paetongtarn sebagai Perdana Menteri ke-31 pada 6 September tahun lalu, termasuk dua rumah di London dan dua lot tanah di wilayah Hokkaido, Jepun.

Menurut laporan itu, aset pasangan tersebut berjumlah 13.99 bilion baht dengan nilai aset Paetongtarn sebanyak 13.84 bilion baht dan aset suaminya Pitaka Suksawat, bernilai 141.11 juta baht. Anak-anak mereka memiliki aset bernilai 500,000 baht.

Sementara itu, jumlah hutang pasangan tersebut adalah 4.44 bilion baht

Pendedahan itu turut menunjukkan yang Paetongtarn melaporkan pendapatan tahunan sebanyak 265 juta baht, termasuk gaji sebanyak 3.40 juta baht, dividen 259.26 juta baht, faedah 2 juta baht dan sewa 890,000 baht.

Laporan itu juga menyenaraikan pegangan hartanah beliau, termasuk 12 lot tanah dengan tiga di wilayah Pathum Thani bernilai 9.9 juta baht dan dua lot di Hokkaido yang dibeli pada 15 Disember 2019 dengan harga 15 juta baht setiap satu.

Beliau turut memiliki dua hartanah sewa di London, satu bernilai 111.61 juta baht dan satu lagi 208.34 juta baht serta lima unit kondominium di Bangkok, dua rumah di Nonthaburi dan Bangkok serta bangunan komersial di Phetchaburi.

Pada usia 38 tahun, Paetongtarn merupakan perdana menteri termuda Thailand. Beliau adalah anak bongsu kepada Thaksin dan anak saudara kepada bekas Perdana Menteri Yingluck Shinawatra.

BACA: Tahun Kedua Pentadbiran: Rating Kelulusan PM Anwar Meningkat Kepada 54 Peratus

Sumber: Bernama