Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Bumbung Axiata Arena Bocor
Kredit: faizalbazario via X

Terbuka Malaysia 2025: Bumbung Bocor, Aksi Tergendala

Athirah

Terbuka Malaysia 2025: Bumbung Bocor, Aksi Tergendala

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) — Kelancaran hari pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia terjejas selepas beberapa perlawanan tergendala akibat kebocoran atap di Axiata Arena Bukit Jalil, di sini, hari ini.

Berdasarkan pemantauan Bernama di venue pertandingan, hujan lebat di sekitar kawasan tersebut dipercayai menjadi punca kebocoran atap yang membasahi permukaan gelanggang dua dan tiga.

Pihak penganjur menutup sementara bahagian gelanggang yang basah itu dengan kain.

Sewaktu kejadian, gelanggang kedua sedang menyajikan aksi beregu wanita Malaysia Goh Pei Kee-Teoh Mei Xing menentang wakil China Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian manakala gelanggang tiga melibatkan pemain perseorangan lelaki India H.S. Prannoy, melawan pemain Kanada, Brian Yang.

Difahamkan, Astro Awani sedang memantau perkembangan di Axiata Arena dan akan memberikan maklumat terkini mengenai Petronas Terbuka Malaysia.

BACA: Mengamuk Sangka Motor Hilang, Rupanya Ke Kedai Berjalan Kaki

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) Ilyas Jamil berkata kebocoran bumbung Axiata Arena berpunca daripada aktiviti pertukaran bumbung venue berkenaan yang telah bermula sejak April tahun lepas..

Katanya keadaan cuaca yang teruk ditambah dengan angin kuat pada hari ini memburukkan keadaan dan menyebabkan air masuk ke dalam gelanggang.

“Ini kali pertama berlaku melibatkan kawasan arena (gelanggang). Kebocoran telah dikesan dan kami telah membuat pembaikan untuk memastikan tiada kebocoran berlaku pada hari-hari seterusnya.

“Kami akan menggunakan kanvas bagi menutup kebocoran tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Acara (Operasi Pertandingan) Persekutuan Badminton Dunia (BWF), S. Selvaamresh, berkata pihaknya kini sedang menilai situasi tersebut sebelum memuktamadkan sama ada akan menangguhkan beberapa perlawanan yang berlangsung hari ini.

Katanya, sebarang keputusan berkenaan perkara itu akan dimaklumkan selewat-lewatnya pukul 10 malam ini.

Sumber: BERNAMA