Terkini

Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Tous les Jours Kini Bertapak di Malaysia: CJ Foodville Ganding Bahu Dengan Stream Empire Holdings Untuk Lancaran Pengalaman Bakeri Perancis-Korea
Gambar Hiasan
Tiada Kategori

Tous les Jours Kini Bertapak di Malaysia: CJ Foodville Ganding Bahu Dengan Stream Empire Holdings Untuk Lancaran Pengalaman Bakeri Perancis-Korea

Siti Sakinah

Tous les Jours Kini Bertapak di Malaysia: CJ Foodville Ganding Bahu Dengan Stream Empire Holdings Untuk Lancaran Pengalaman Bakeri Perancis-Korea

Sunway,8 Januari 2025: CJ Foodville, pemimpin global dalam sektor makanan dan minuman, telah mengumumkan secara rasmi sebuah usaha sama penting dengan SEH Food, sebahagian daripada Stream Empire Holdings dari Malaysia untuk mengembangkan Tous les Jours, sebuah kafe-bakeri bercitarasakan Perancis-Korea yang terkenal ke pasaran Malaysia. Gedung pertama di Malaysia yang bakal dibuka di Sunway Pyramid menjelang suku kedua 2025, menandakan mercu jaya penting dalam kerjasama antara kedua-dua syarikat ini.

Tous les Jours, yang bermaksud “setiap hari” dalam Bahasa Perancis, telah berkembang maju menjadi sebuah bakeri tumpuan masyarakat setempat yang mengkhusus dalam sajian bakeri bercitarasakan Asia-Perancis, minuman buatan tangan (handcrafted), serta kopi dan espresso lazat yang diperbuat dengan ramuan terbaik.

Jenama ini mempunyai 1,300 cawangan di Korea dan 550 cawangan global di pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat, Kanada, China, Mongolia, dan rantau ASEAN seperti Indonesia, Vietnam, Kemboja, dan Singapura. Komitmen jenama kepada ramuan premium dan produk bakeri segar menjanjikan pengalaman kafe-bakeri yang luar biasa untuk menambat selera pengguna Malaysia.

Malaysia telah dikenal pasti sebagai pasaran strategik untuk Tous les Jours, berlandaskan minat yang semakin bertambah terhadap budaya bakeri premium dan kecenderungan orang ramai memilih jenama-jenama Korea. Memanfaatkan kemudahan pengilangan dengan pensijilan Halal di Indonesia, Tous les Jours bersedia untuk memenuhi keperluan pasaran makanan halal Malaysia. Gedung perdana sulung di Sunway Pyramid akan menjadi tunggak yang menerajui pertumbuhan jenama di Malaysia, sambil memartabatkan Tous les Jours sebagai kafe bakeri terulung di negara ini.

SEH Food, sebahagian daripada Stream Empire Holdings telah dilantik sebagai pemegang francais induk untuk Tous les Jours di Malaysia. Syarikat ini sememangnya sudah dikenali umum kerana memegang portfolio pelbagai jenama antarabangsa dari pelbagai industri seperti fesyen, kecantikan dan makanan. Kepakaran syarikat termasuk menguruskan jenama seperti New Era, Quiksilver, Roxy, ByWishtrend dan banyak lagi. Kerjasama ini merupakan satu usaha berani untuk menceburi sektor F&B, dengan rancangan pengembangan operasi serantau pada masa depan.

“Kerjasama dengan CJ Foodville untuk membawakan Tous les Jours ke Malaysia membuka lembaran baharu untuk Stream Empire Holdings,” kata Justin Lim, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Stream Empire Holdings. “Langkah mempelbagaikan pelaburan ke sektor F&B membolehkan kami memanfaatkan kepakaran dalam peruncitan dan e-dagang sambil memenuhi permintaan yang semakin bertambah bagi pengalaman menjamu selera yang unik dan premium. Gabungan inovatif cita rasa Perancis dan Korea yang dibawakan Tous les Jours sejajar dengan misi kami untuk memperkenalkan jenama bertaraf dunia kepada pengguna Malaysia.”

Jeong Soo Won, Ketua Wilayah Asia Tenggara CJ Foodville menambah, “Di CJ Foodville, kami bertekad untuk meluaskan capaian global Tous les Jours dengan membawakan pengalaman bakeri ala Perancis-Korea kepada lebih banyak masyarakat di serata dunia. Malaysia merupakan sebuah pasaran penting bagi kami dengan dunia kulinari yang menarik dan minat mendalam orang ramai terhadap kafe-bakeri premium. Kerjasama dengan Stream Empire Holdings merupakan satu mercu jaya penting dalam usaha kami untuk berkongsi keseronokan menikmati produk bakeri segar di Asia Tenggara.”

Kerjasama yang dimeterai hari ini bakal memberikan sumbangan besar kepada ekonomi Malaysia dan sektor F&B serantau. Pelaburan akan dibuat dalam ruang niaga runcit, sambil mencipta peluang pekerjaan dan membangunkan rantaian bekalan yang kukuh. Menggabungkan kepakaran global CJ Foodville dengan pengalaman peruncitan dan e-dagang Stream Empire Holdings yang menyeluruh, Tous les Jours bersedia untuk mencapai pertumbuhan mampan di Malaysia.

Untuk maklumat terkini Tous Les Jours di Malaysia, sila kunjungi @touslesjours_my di Instagram, dan Tous Les Jours MY di Facebook.