Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
bulu burung nahas pesawat
Kredit: AFP

Penyiasat Temui Bulu Burung Dalam Kedua-Dua Enjin Pesawat Jeju Air

Azizah Najib

Penyiasat Temui Bulu Burung Dalam Kedua-Dua Enjin Pesawat Jeju Air

Penyiasat nahas pesawat Jeju Air yang mengorbankan 179 nyawa bulan lalu menemui bulu burung di kedua-dua enjin pesawat, lapor AFP.

Menurut laporan tersebut, kemungkinan burung melanggar pesawat berkenaan akan diperika pasukan penyiasat sebagai salah satu punca nahas.

Jurucakap Institut Sumber Biologi Nasional memaklumkan kepada agensi berita Korea Selatan bahawa bulu ditemui di kedua-dua enjin.

“Kami telah selesai menganalisis sejumlah 17 sampel, termasuk bulu dan darah,” katanya.

Walau bagaimanapun, perkara tersebut enggan disahkan oleh Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan.

Punca nahas berkenaan yang masih dalam siasatan pasukan penyiast Korea Selatan dan Amerika Syarikat mencetuskan ratapan dalam kalangan orang ramai. Binaan memorial turut didirikan di seluruh negara.

Terdahulu, pihak penyiasat telah menunjukkan terdapat kemungkinan nahas berpunca sama ada disebabkan burung melanggar pesawat, kerosakan gear pendaratan atau penghadang landasan.

Malah, juruterbang turut mengeluarkan amaran pelanggaran burung sebelum membatalkan percubaan mendarat yang pertama. Dalam percubaan mendarat yang kedua, pesawat terhempas apabila gear pendaratan tidak keluar.

Ketua penyiasat, Lee Seung-yeol memberitahu kepada media bahawa bulu burung telah ditemui pada salah satu enjin pesawat. Namun, menurutnya pelanggaran burung tidak mampu menyebabkan kerosakan pada enjin serta-merta.

“Kami perlu menyiasat sama ada ia memberi kesan terhadap kedua-dua enjin. Apa yang pasti, salah satu enjin memang mengalami ‘serangan’ burung,” jelasnya.

Sebelum ini, penyiasatan nahas tersebut menemui jalan buntu pada Sabtu apabila Menteri Pengangkutan mengumumkan kotak hitam yang menyimpan data dan rakaman suara kokpit telah berhenti merakam empat minit sebelum nahas berlaku.

Dalam pada itu, beberapa pejabat di lapangan terbang Muan, pejabat penerbangan daerah di daerah barat daya itu dan pejabat Jeju Air di ibu negara, Seoul telah diserbu. Ia sebagai sebahagian daripada siasatan nahas.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan telah melanjutkan penutupan Lapangan Terbang Muan sehingga 19 Januari.

Terdahulu, pesawat Boeing 737-800 yang membawa seramai 181 penumpang dan anak kapal dari Thailand ke Muan, Korea Selatan itu mendarat tanpa roda di lapangan terbang Muan. Kejadian tersebut menyebabkan pesawat tersebut melanggar penghadang konkrit dan meletup.

Nahas tersebut merupakan bencana penerbangan terburuk di Korea Selatan.

BACA: Nahas Pesawat Di Muan, Korea Selatan: Semua Kecuali Dua Mangsa Dianggap Meninggal Dunia

Sumber: AFP