Siakap Keli
tvet pelajar
Sumber : BERNAMA

TVET: Peluang Terbuka Luas Untuk Pelajar SPM

TVET: Peluang Terbuka Luas Untuk Pelajar SPM

Khamis, 6 Feb 2025 – Hari ini, seramai 402,956 calon berdaftar telah menamatkan peperiksaan  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Saya mengucapkan tahniah kepada  semua pelajar atas usaha dan kesungguhan mereka sepanjang tempoh  peperiksaan. 

Namun, tamatnya SPM bukanlah penamat – ia adalah permulaan kepada  satu fasa baharu dalam kehidupan. Kini, tibalah masanya untuk para  pelajar menentukan hala tuju masa depan, sama ada dalam pendidikan  tinggi atau bidang kerjaya. 

Selain laluan akademik konvensional, pelajar juga mempunyai peluang luas untuk meneroka pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional  (TVET) yang sejajar dengan minat dan kecenderungan masing-masing. 

Di Malaysia, terdapat 1,398 institusi TVET, merangkumi 673 institusi  TVET awam, 697 institusi TVET swasta dan 28 institusi TVET di bawah  kerajaan negeri. Ekosistem TVET yang dinamik dan luas ini menawarkan  pelbagai bidang kemahiran yang relevan dengan keperluan industri dan  pasaran kerja semasa. 

Peluang menyambung pengajian dalam TVET terbuka sepanjang tahun  dengan pelbagai pilihan fleksibel melalui Sistem UP_TVET. UP_TVET  Flexi, yang dibuka sejak Januari 2025, membolehkan individu mengikuti  latihan kemahiran secara modular dan anjal, mengikut kesesuaian jadual  masing-masing. UP_TVET Perdana bagi Kursus Sepenuh Masa Ambilan  Julai 2025 pula akan dibuka untuk permohonan pada April 2025. 

Sebagai peneraju utama dalam pembangunan tenaga mahir luar bandar,  Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) turut menyediakan  pelbagai program TVET yang menepati keperluan industri negara.

Sebanyak 280 institusi di bawah KKDW, termasuk MARA, KEMAS,  JAKOA, PERDA, KEDA, RISDA dan KETENGAH, menawarkan 529  program dari peringkat Sijil Kemahiran hingga Ijazah Kedoktoran, meliputi  15 kluster bidang kritikal untuk pasaran kerja semasa. 

Kerangka Sistem Pendidikan TVET KKDW telah melahirkan ramai tenaga mahir, profesional, teknologis dan usahawan yang berjaya. Kadar  kebolehpasaran graduan TVET KKDW mencapai 98 peratus pada tahun  2024, membuktikan bahawa TVET bukan sahaja menyediakan peluang  pekerjaan yang luas, tetapi juga mampu membentuk masa depan yang  lebih cerah. 

Kerajaan komited dalam memastikan akses pendidikan dan latihan  kemahiran berkualiti kepada semua lapisan masyarakat. Oleh itu, saya  menyeru para pelajar dan ibu bapa agar merebut peluang ini untuk  membina kerjaya yang mampan dan berdaya saing. 

Nurul Naqiyah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.