Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Vaksin Influenza Percuma Warga Emas
Gambar: Bernama

Vaksin Influenza Percuma Untuk Warga Emas Yang Layak

Iqbal Yasir

Vaksin Influenza Percuma Untuk Warga Emas Yang Layak

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) —Warga emas iaitu mereka yang berumur 60 tahun ke atas yang mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) penyakit kronik (diabetes, penyakit respiratori, jantung, obesiti, hipertensi, dislipidemia, atau penyakit buah pinggang kronik) akan menikmati vaksin influenza secara percuma bermula 18 Februari 2025.

Ini adalah pengembangan skop Program Imunisasi Influenza sedia ada yang bermula pada tahun 2006, yang sebelum ini menyasarkan petugas kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di barisan hadapan.

Program vaksinasi secara sukarela ini adalah langkah progresif yang bakal memanfaatkan lebih 170,000 warga emas berisiko tinggi. Ia juga selari dengan Pelan Tindakan Perkhidmatan Kesihatan Warga Emas (PTPKWE) 2023-2030 yang dilancarkan oleh YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan pada 1 Oktober 2024.

Perluasan program imunisasi ini bertujuan untuk melindungi lebih ramai populasi berisiko tinggi daripada komplikasi serius akibat jangkitan influenza seperti pneumonia, radang jantung dan sepsis yang boleh menyebabkan kemasukan ke hospital atau kematian.

Janji temu untuk mendapatkan vaksin boleh dibuat melalui aplikasi MySejahtera mulai 14 Februari 2025. Namun ini tertakluk kepada status agihan vaksin ke seluruh negara yang dibuat secara berfasa.

LAPORAN KEKURANGAN STOK VAKSIN INFLUENZA

Kematian mengejut pelakon Taiwan, Barbie Hsu akibat pneumonia terkait influenza telah mengejutkan masyarakat Asia Timur, seterusnya meningkatkan permintaan orang ramai terhadap vaksin influenza. Trend ini telah menyebabkan kekurangan stok vaksin influenza dalam pasaran tempatan.

Namun begitu, KKM ingin menegaskan bahawa kekurangan stok ini hanyalah bersifat sementara. Bekalan vaksin untuk jangka sederhana juga adalah mencukupi bagi tujuan pelaksanaan pelan imunisasi sedia ada termasuk untuk jemaah haji dan umrah. Di samping itu juga, Program Perkhidmatan Farmasi KKM sedang mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan bekalan vaksin di pasaran swasta tempatan pulih secepat mungkin.

EPIDEMIOLOGI INFLUENZA

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membuat anggaran bahawa influenza bermusim menyebabkan 290,000 hingga 650,000 kematian setiap tahun. Data oleh Agensi Keterjaminan Kesihatan United Kingdom (UKHSA) menunjukkan sekurang-kurangnya 18,000 kematian terkait influenza direkodkan sepanjang dua (2) musim sejuk antara tahun 2022 dan tahun 2024 di United Kingdom.

Oleh itu, adalah menjadi amalan lazim untuk golongan berisiko tinggi diberikan vaksin influenza sebelum bermulanya musim sejuk di negara itu agar mereka yang dijangkiti tidak mengalami komplikasi serius, dan sistem kesihatan awam negara berkenaan tidak terbeban akibat sebarang gelombang jangkitan. Golongan berisiko tinggi ini termasuk:

· Warga emas dan mereka yang hidup dalam fasiliti penjagaan jangka panjang seperti rumah warga emas

· Wanita hamil, sehingga dua minggu selepas kehamilan; · Kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah;

· Penghidap penyakit asma atau penyakit paru-paru kronik seperti penyakit kronik obstruktif paru-paru (COPD) and fibrosis kistik;

· Mereka yang mempunyai penyakit jantung;

· Sesetengah golongan kurang upaya terutamanya mereka yang mempunyai masalah fungsi otot, fungsi paru-paru, atau kesukaran untuk batuk, menelan atau mengeluarkan bendalir daripada saluran pernafasan;

· Mereka yang mengalami gangguan metabolisme (seperti gangguan metabolisme diwarisi dan gangguan mitokondria);

· Mereka yang mengalami gangguan endokrin (seperti diabetes mellitus), buah pinggang, hati, darah (seperti penyakit sel sabit), serta neurologi dan perkembangan neurologi; ·

Mereka yang mempunyai sistem imuniti yang lemah akibat penyakit (seperti HIV dan AIDS, atau sesetengah jenis kanser seperti leukemia) atau rawatan perubatan (seperti kemoterapi atau radioterapi); serta

· Mereka yang pernah diserang strok atau angin ahmar.

AMALAN TERBAIK

Vaksin influenza disarankan untuk diambil setahun sekali oleh semua lapisan masyarakat terutamanya golongan yang berisiko tinggi termasuk warga emas. Di Malaysia, waktu terbaik untuk mengambil vaksin influenza adalah pada bulan Mac atau September, selari dengan kesiapsiagaan bagi menghadapi gelombang musim sejuk di hemisfera selatan pada Mei hingga Julai, dan gelombang musim sejuk di hemisfera utara pada November hingga Januari.

AMALAN PENCEGAHAN OLEH ORANG RAMAI

KKM ingin menasihatkan orang ramai supaya mengamalkan langkah pencegahan seperti kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau menggunakan pensanitasi tangan; mengamalkan adab batuk yang baik dengan menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin; memakai pelitup muka terutamanya bagi individu yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan atau yang bergejala; serta mendapatkan vaksinasi.

Orang ramai juga dinasihatkan untuk segera mendapatkan pemeriksaan dan rawatan di fasiliti kesihatan kerajaan atau swasta jika mengalami gejala seperti demam, batuk dan selesema yang berpanjangan.

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 11 FEBRUARI 2025

SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama: Farahdila Wati binti Mohd Khamde Khuzaini

Pegawai Perhubungan Awam

Unit Komunikasi Korporat

Kementerian Kesihatan Malaysia

Tel : +603-8883 3470

Faks : +603-8888 6187

Sumber: BERNAMA

BACA: Singapura Premier League Buka Penyertaan Termasuk Kelab Luar

BACA: Masjid, Surau Seliaan JAKIM Dan JAWI Adakan Solat Hajat Doa Kesejahteraan Agong Esok