Wanita Kongsi Tip Simpan Bawang & Kentang Tahan Lama
Seperti yang diketahui, barang dapur perlu ditambah stok dari masa ke semasa, sama ada barang basah mahupun barang kering bagi keperluan rumah.
Proses penyimpanan kedua-dua barangan ini juga berbeza, contohnya kebanyakan barang basah akan disimpan di dalam peti sejuk, manakala barang kering akan diletakkan di dalam bekas di luar.
Walau bagaimanapun, ketahanan barang dapur sering menjadi musuh utama buat suri rumah di luar sana mengenai cara penyimpanan barang dapur.
Lebih-lebih lagi bawang atau kentang yang sering menjadi ‘berair’, lembik atau mula mengeluarkan tunas dalam waktu yang singkat.
Tahu tak anda sebenarnya kedua-dua barang kering ini tidak boleh diletakkan secara bersama?
Sehubungan itu, hari ini, SK kongsikan kenapa bawang dan kentang tidak boleh disimpan secara bersama menerusi perkongsian Jehan Noor di bawah.
Bawang & Kentang Tak Boleh Duduk Dekat-Dekat

Kalau korang selalu simpan bawang dan kentang sekali, sila berhenti sekarang! Dua bahan ini tidak serasi langsung. Duduk dekat sikit je, terus cepat rosak!
Kenapa bawang dan kentang tidak boleh ditempatkan bersebelahan?
1. Bawang kuat merembes gas etilena membuatkan kentang cepat bercambah.
2. Kentang ‘berpeluh’ banyak, boleh buat bawang jadi lembik dan berair.
3. Bila kedua-duanya bertemu, cepat panas dan tak tahan lama.
Bagaimana cara penyimpanan betul kedua-dua bahan masakan ini?

Nak elak ‘pergaduhan’ di dapur, ikut tip ini:
1. Simpan kentang dalam beg kertas, tempat sejuk dan gelap.
2. Bawang pula kena duduk tempat kering dan berangin.
3. Jangan campur sayur yang keluarkan gas etilena dengan sayuran sensitif.
Lepas ni, jangan bagi bawang dan kentang ‘berdating’ lagi, ya. Simpan elok-elok, baru tahan lama.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Facebook Jehan Noor