Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
malaysia kerugian banjir 2024
Kredit: Bernama

Malaysia Rekod Kerugian RM933.4 Juta Akibat Banjir Pada 2024

Azizah Najib

Malaysia Rekod Kerugian RM933.4 Juta Akibat Banjir Pada 2024

PUTRAJAYA, 19 Mac (Bernama) — Malaysia merekodkan kerugian sebanyak RM933.4 juta akibat banjir tahun lepas, bersamaan 0.05 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menurut Laporan Khas Impak Banjir di Malaysia yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.

Kajian itu bertujuan menilai jumlah kerugian dan kerosakan akibat banjir melanda negara pada 2024, meliputi nilai kerosakan tempat kediaman, kenderaan serta premis perniagaan dan perindustrian.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata kerugian terbesar dicatatkan bagi tempat kediaman melonjak kepada RM372.2 juta berbanding RM168.3 juta pada 2023, diikuti aset awam dan infrastruktur sebanyak RM303.4 juta (2023: RM380.7 juta).

“Kerugian dalam sektor pertanian turut meningkat kepada RM185.2 juta (2023: RM120.6 juta) manakala premis perniagaan mencatatkan kerugian RM54.1 juta (2023: RM53.2 juta).

“Sementara itu kerosakan kenderaan berjumlah RM17.3 juta (2023: RM22.3 juta) manakala sektor pembuatan mencatatkan kerugian paling kecil iaitu RM1.2 juta (2023: RM10.3 juta),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Uzir berkata banjir pada 2024 memberi impak cukup besar kepada ekonomi negara dengan majoriti kerugian tertumpu kepada tempat kediaman, infrastruktur awam dan pertanian.

Beliau berkata Kelantan, Terengganu dan Kedah mengalami kerugian paling ketara, terutama pada tempat kediaman dan premis perniagaan manakala kerugian kenderaan serta pembuatan hanya mengalami kerosakan sederhana.

Dari segi tempat kediaman, beliau berkata Kelantan mencatatkan kerugian terbesar sebanyak RM139 juta diikuti Terengganu dengan RM103.1 juta dan Kedah RM54 juta.

Daerah paling terjejas di Kelantan ialah Pasir Mas dengan kerugian berjumlah RM46.2 juta diikuti Tumpat (RM31.7 juta) dan Kota Bharu (RM19.2 juta).

“Di Terengganu, Besut merekodkan kerugian tertinggi bagi tempat kediaman berjumlah RM38.4 juta diikuti Setiu (RM16.1 juta) dan Kemaman (RM14.2 juta). Bagi Kedah, Kota Setar dan Kubang Pasu mencatatkan kerugian tertinggi iaitu masing-masing RM22 juta dan RM9.4 juta, diikuti Baling dengan RM6.9 juta,” katanya.

Kelantan menanggung kerugian premis perniagaan terbesar berjumlah RM27.1 juta diikuti Terengganu sebanyak RM16.4 juta dan Kedah dengan RM4.3 juta

Sementara itu Terengganu mencatatkan kerugian kerosakan kenderaan tertinggi berjumlah RM5.8 juta diikuti Kelantan sebanyak RM4 juta dan Kedah dengan RM2.1 juta.

Berdasarkan kajian kes dijalankan DOSM, Mohd Uzir berkata 65 peratus mangsa banjir menerima bantuan dalam tempoh 48 jam.

“Lebih 45 peratus mangsa banjir bersedia menghadapi bencana dengan menyimpan stok keperluan harian bagi memastikan kelangsungan hidup dalam tempoh kecemasan. Selain itu 17 peratus mengambil langkah perlindungan dengan mencarum insurans sebagai jaminan kewangan sekiranya berlaku kerosakan atau kerugian.

“Namun kurang daripada 0.1 peratus memilih untuk tidak mencarum insurans. Sementara 25 peratus mangsa banjir tidak membuat sebarang persediaan yang mungkin meningkatkan risiko kesukaran semasa dan selepas kejadian banjir,” katanya.

BACA: Bursa Saham Indonesia Menjunam Lebih 7 Peratus, Terpaksa Digantung

Sumber: Bernama