Utama

Sukan

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Sukan

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Keadaan Terkini Banjir Di Johor, Jumlah Mangsa Makin Meningkat
Beberapa daerah di Johor dilapor terjejas akibat banjir yang berlaku selepas hujan berterusan sejak pagi tadi.
Antara daerah yang terlibat adalah Johor Bahru, Kota Tinggi dan Kulai.
Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor Bahru, banjir kilat yang melanda sekitar Pasar Borong Pandan menyebabkan satu lorong sahaja dibuka untuk kegunaan orang awam. Pihaknya juga telah menggerakkan anggota bagi menjalankan tindakan mengawal lalu lintas.
Dalam kemas kini Laporan Bencana pada jam 2.51 petang, JKR Johor Bahru menyenaraikan 16 lokasi terlibat dengan enam lokasi berlaku banjir kilat dan 10 lokasi lagi dilanda banjir.
Selain Pasar Borong Pandan, kawasan terjejas di Johor Bahru melibatkan bawah Jambatan Seri Alam, Sekolah Kebangsaan Kangkar Tebrau dan stesen minyak Shell Tiong Nam. Di Kota Tinggi pula, banjir berlaku di Simpang Keris, Bukit Samsu, LGM dan Batu 25. Begitu juga Taman Scientex, Rumah Burung, Taman Aman, Ladang Fima dan Ladang Sri Manjung.
Sementara itu, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor juga telah digerakkan ke beberapa lokasi banjir bagi menjalankan operasi menyelamat termasuk di Johor Jaya dan Pasir Gudang.
Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk melibatkan daerah Klang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru. Amaran tersebut dikeluarkan pada 19 Mac dan berkuat kuasa sehingga 21 Mac.
Setakat ini, Media Digital Johor melaporkan seramai 2,550 mangsa dari 707 keluarga telah dipindahkan ke 43 pusat pemindahan sementara (PPS) seluruh Johor.
Dalam pada itu, rakaman keadaan banjir sejak beberapa jam lalu turut dimuat naik oleh orang awam di media sosial.
https://www.facebook.com/reel/615799774613891
https://www.facebook.com/reel/1546040039405243
https://www.facebook.com/reel/3139743539526264
BACA: “Tiada Sampah..,” Pelancong Puji Kebersihan Stesen MRT Malaysia
Sumber: JKR Johor Bahru, Mohd Fariz, Rahilah Esa, JJ Chew, EAM JB Mitsubishi Motors, Aliff Firdaus, Cumi Berry, Wan Hazrie, Ikmal Azman, Community Roda Johor, Awien Sariffudin, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Media Digital Johor