Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
kit kecemasan kereta
Kredit: Bernama

Elak Terkandas Pulang Raya, Ini Senarai Barang Kit Kecemasan Kereta

Azizah Najib

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Elak Terkandas Pulang Raya, Ini Senarai Barang Kit Kecemasan Kereta

Berpeluang pulang beraya di kampung halaman sememangnya membuatkan seisi keluarga merasa teruja. Ada yang memilih untuk menaiki kereta api, ada juga yang memandu kenderaan bagi merasai perjalanan jauh sambil menyanyikan lagu Sudirman.

Bagi yang pulang beraya dengan memandu kenderaan peribadi, sudah tentu pernah merasai tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Sama ada destinasi dalam negeri atau merentas negeri, kesesakan lalu lintas tidak dapat dielakkan berikutan semakin ramai rakyat tempatan yang mampu memiliki kenderaan peribadi.

Dalam menghadapi kesesakan pada waktu kemuncak, kit kecemasan merupakan barang paling penting disediakan. Sebagai pemandu, keutamaan perlu diberi kepada kelancaran perjalanan, begitu juga keselamatan penumpang.

Seperti yang kita ketahui, kit pertolongan cemas berfungsi untuk rawatan perubatan awal ketika berlaku kecederaan.

Jadi, jika berlaku kerosakan pada kereta, sudah pasti kita memerlukan beberapa peralatan yang boleh membantu menyelesaikan masalah di peringkat awal. Peralatan ini boleh dikategorikan sebagai kit kecemasan kereta.

Ini senarai 12 barang keperluan yang wajib anda sediakan di dalam kereta sebelum memulakan perjalanan.

Simpan pengecas telefon bimbit, tukul keselamatan pelbagai guna, perkakas pelbagai guna dan payung di tempat yang mudah dicapai oleh penumpang. Manakala kabel pelompat, segi tiga keselamatan dan pemadam api kecil boleh disimpan di but kereta bersama tayar simpanan dan alat penukar tayar.

Bercakap tentang tayar simpanan, pastikan anda periksa keadaan tayar simpanan yang berkemungkinan tidak cukup angin atau sebagainya.

Selain itu, simpan juga jaket keselamatan pembalik cahaya, air botol, kit pertolongan kecemasan dan lampu suluh serta bateri tambahan.

Kesemua barangan ini merupakan cadangan pihak Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) bagi memastikan keselamatan dan kelancaran perjalanan anda.

“Keberadaan kit kecemasan ini bukan sahaja dapat membantu menghadapi situasi kecemasan yang tidak dijangka, tetapi juga memberi rasa lebih tenang dan bersedia kepada pemandu serta penumpang,” maklum JPJ.

BACA: Cara Guna “Jumper” Kereta Dengan Betul

BACA: Hidap Kanser “Rare”, Bapa Dua Anak Perlukan Bantuan Kewangan

Sumber: Facebook Jabatan Pengangkutan Jalan