Siakap Keli
resipi biskut cornflakes
Kredit: Kak MJ

Resipi Biskut Cornflakes Rangup, Kegemaran Tetamu Ketika Raya

Resipi Biskut Cornflakes Rangup, Kegemaran Tetamu Ketika Raya

Kunjungan sanak-saudara dan rakan-taulan ke rumah pada bulan Syawal membawa bersama keriangan dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri. Tidak lengkap kiranya menerima tetamu ketika ini tanpa menjamu biskut raya.

Balang biskut dihidang bersama lemang dan rendang, sudah pasti dibalas bersama soalan, “Buat sendiri ke beli?”

Sudah tentu, jawapan yang paling ingin diberi ialah buatan sendiri. Namun, tidak ramai yang mampu meluangkan masa dan tenaga membuat biskut raya sendiri.

Tahukah anda? Bukan semua biskut raya memerlukan tenaga yang banyak serta bahan yang pelbagai untuk digunakan. Antara biskut raya yang paling mudah disediakan dan sentiasa menjadi rebutan tetamu ialah biskut cornflakes.

Mari ikuti resipi biskut cornflakes perkongsian seorang pengguna Facebook, Kak MJ berikut.

Sediakan seketul mentega, secawan gula dan dua biji telur. Sediakan juga satu sudu besar pes vanila. Jika tiada, anda boleh sahaja gunakan esen vanila menurut Kak MJ. Selain itu, anda juga perlukan dua dan satu pertiga (2 1/3) cawan tepung naik sendiri bersama setengah kilogram cornflakes.

Itu sahaja bahan yang diperlukan.

Kredit: Kak MJ

Mulakan proses dengan mengacau mentega bersama gula hingga kembang. Rujuk gambar di bawah sebagai contoh.

Kredit: Kak MJ

Selepas itu, masukkan dua biji telur dan sedikit pes atau esen vanila. Kacau sehingga adunan menjadi gebu.

Kredit: Kak MJ

Apabila adunan sudah menjadi gebu, tuang dua cawan tepung naik sendiri dan kacau.

“Kalau adunan terlalu lembik, tambah lagi satu pertiga cawan. Kena pandai sesuaikan, yang penting senang untuk kita guna paip nanti,” pesan Kak MJ.

Setelah adunan sebati, masukkan sedikit ke dalam piping bag. Kemudian, picit adunan di atas kepingan cornflakes yang sudah diramas.

biskut cornflakes
Kredit: Kak MJ

“Golekkan dan susun atas dulang. Bakar pada suhu 140°C selama 25 minit atau hingga garing,” tambahnya.

Biskut cornflakes rangup, siap untuk dihidang pada hari raya. Selamat mencuba.

BACA: Hasil Tanaman Dibuat Kuih, Wanita Kongsi Resipi Koci Labu

Sumber: Kak MJ

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.