Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
gunung kanlaon meletus
Kredit: AFP

Gunung Berapi Kanlaon Meletus, Muntahkan Abu Setinggi 4,000 Meter

Azizah Najib

Gunung Berapi Kanlaon Meletus, Muntahkan Abu Setinggi 4,000 Meter

Filipina – Gunung Berapi Kanlaon di tengah Filipina meletus pada pagi Selasa dengan memuntahkan kepulan abu setinggi 4,000 meter, lapor AFP.

Letusan gunung berapi itu disahkan oleh Institut Kajian Gunung Berapi dan Seismologi Filipina menerusi satu kenyataan.

“Satu letusan sedang berlaku di kawah puncak Gunung Berapi Kanlaon bermula sekitar jam 5.51 pagi hari ini. Gunung berapi tersebut memuntahkan kepulan yang membengkok, sebesar 4,000 meter tinggi ke arah barat daya,” maklum institut berkenaan.

Menurut institut tersebut, letusan gunung berapi yang berada di Pulau Negros itu berhenti pada 6.47 pagi.

Terdahulu, video Gunung Berapi Kanlaon meletus tular di media sosial menunjukkan kepulan asap perlahan-lahan merebak di langit.

Pegawai penyelamat di Perbandaran La Castellana, wilayah Negros Occidental, John De Asis berkata, mereka telah bersedia menghadapi letusan itu lebih awal.

“Keluarga dalam lingkungan empat hingga enam kilometer telah dipindahkan semasa letusan yang berlaku pada Disember lalu. Sekarang kami hanya memantau lokasi perkampungan yang bakal terkesan dengan hujan abu,” ujar beliau.

Beliau menambah, pihaknya mengesyorkan pembatalan kelas dan sesi bekerja di perbandaran.

Salah seorang penduduk, Channel Nicor, 22, berkongsi detik letusan tersebut berlaku ketika mangsa sedang menunggu bas untuk ke sekolah.

“Bunyi yang terhasil seperti seketul batu besar jatuh dari tempat yang tinggi. Apabila saya mendongak, saya ternampak awan abu menjadi semakin besar dari gunung berapi itu. Ketika saya ternampak abu tersebut, saya rasa gementar tetapi tidak segementar ketika letusan sebelum ini, kerana kali ini saya tahu apa yang perlu dilakukan,” kongsinya menerusi AFP.

Susulan itu, amaran tahap tiga daripada skala lima yang berkuat kuasa sejak letusan pada Disember lalu kekal tidak berubah.

Terdahulu, beratus-ratus penduduk berhampiran telah dipindahkan selepas gunung berapi berkenaan memuntahkan ribuan tan gas berbahaya dalam tempoh satu hari pada September lalu.

Sumber: AFP

BACA: Gunung Semeru Meletus 3 Kali, Kini Berada Di Tahap Waspada

BACA: Kawasaki Perkenal Corleo, Kuda Robot Berkuasa Hidrogen