Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
tip masak kuah laksam
Kredit: Suhasnida

Tip Masak Kuah Laksam Pekat Berlemak, Makan Pasti Menambah

Azizah Najib

Tip Masak Kuah Laksam Pekat Berlemak, Makan Pasti Menambah

Setiap negeri dan kawasan mempunyai hidangan tradisinya tersendiri. Jika di Utara dan Selatan terkenal dengan laksa yang sama nama tetapi berbeza ramuannya, Pantai Timur juga ada hidangan yang seakan-akan sama tetapi tidak serupa.

Sekali sebut, sudah tentu ramai yang sudah dapat membayangkan hidangan dipanggil laksam. Nampak macam mudah untuk disediakan. Namun, tidak semua dapat menghasilkan laksam dengan sebetulnya.

Tahukah anda, untuk menyiapkan hidangan laksam yang boleh membuatkan tetamu tak henti-henti menambah tidak semudah yang disangka.

Pelbagai perkara perlu diambil kira supaya kuah laksam pekat dan cukup berlemak.

Jangan risau, untuk memudahkan anda, SK kongsikan beberapa tip daripada pengguna Facebook, Suhasnida Ismail sebagai rujukan anda sebelum mula memasak. Ikuti perkongsian tersebut di bawah.

Aku share sikit tips nak kuah laksam tu sedap dan berlemak.Tips no 2 tu penting.

Tips Nak Buat Kuah Laksam atau Laksa Lemak Kelate Supaya Rasa Padu!

Kalau nak kuah laksam atau laksa lemak Kelate tu rasa kaya, lemak, dan sedap meletop, jom ikut tips ni. Yang baru nak belajar elok masuk kelas, senang semua dah siap sukat, tinggal campak je!

1. Ikan mesti fresh. Rebus ikan tu dengan garam dan cuka. Bukan setakat bagi sedap, tapi nak bagi isi ikan tu pejal. Senang nak ambil isi lepas tu.

2. Bawang kena ada dua jenis. Guna campuran bawang merah biasa dan bawang holland. Dua-dua ni bantu bagi kuah tu rasa manis dan wangi semula jadi.

3. Santan jangan kedekut. Nak kuah lemak, mestilah santan kena banyak. Baru rasa dia ‘naik’ dan pekat.

4. Sukatan garam dan gula kena ngam. Jangan main agak-agak sangat, sebab kuah ni nak kena seimbang dengan rasa pedas sambalado kita. Kena pandai kawal supaya semua rasa ‘masuk’.

5. Semua bahan kisar kena halus. Kisar betul-betul sampai halus, biar kuah tu tak berketul dan rasa dia lebih sekata.

BACA: “Confirm” Menambah, Ini Resipi Nasi Daging & Air Asam Kerisik

6. Nisbah air, ikan dan santan kena tepat. Jangan kedekut ikan dan santan, tapi jangan pulak terlebih bawang, nanti kuah tu rasa ‘bawang sangat’ pulak.

Nak kuah tak cepat basi, putih bersih boleh la pakai santan kotak Kara saja. Sedap.

7. Ulam kena cukup meriah. Antara yang biasa masuk:

– Kacang panjang

– Daun samok

– Bunga kantan

– Timun

– Taugeh

– Kubis putih (jika suka)

Nota: Daun kesum jarang letak, takut ada pelanggan yang tengah makan ubat, nanti mabuk katanya.

Tujuan rebus ikan dengan cuka tu?

Nak bagi isi dia pejal dan senang nak asingkan isi dari tulang. Haa… trick simple, tapi ramai tak tahu.

Selamat mencuba.

Moga jadi kuah paling padu dalam kampung kau nanti. Oh ye kalau nak belajar buat laksam dan laksa lemak untuk niaga atau masak untuk keluarga, kau boleh masuk kelas yang aku buat secara pelajaran jarak jauh, resepi kuah laksa yang dah lebih 40 tahun buat niaga.

Sumber: Facebook Suhasnida Ismail

BACA: Resipi Biskut Cornflakes Rangup, Kegemaran Tetamu Ketika Raya

BACA: Rupanya Ini Tip Mudah Rebus Nasi Himpit, Jimat Masa