Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
penyakit mental mysalam
Kredit: MySalam

Tiga Penghidap Penyakit Mental Ini Layak Terima Bantuan MySalam

Azizah Najib

Tiga Penghidap Penyakit Mental Ini Layak Terima Bantuan MySalam

Skim Perlindungan B40 MySalam merupakan manfaat bantuan yang kerajaan perkenalkan pada 2019 bagi membantu komuniti B40 di Malaysia. Pada awalnya, manfaat ini dirangka berakhir pada tahun 2023. Namun kerajaan bersetuju untuk melanjutkan pemberian manfaat ini sehingga tahun 2025 berikutan sambutan menggalakkan daripada rakyat.

Untuk pengetahuan anda, MySalam memberi perlindungan takaful kepada dua jenis manfaat iaitu hospitalisasi dan penyakit kritikal. Kesemua penerima Bantuan Tunai Rakyat yang menepati kriteria umur layak menjadi ahli MySalam secara automatik.

Bagi tahun 2025, sebanyak 50 jenis penyakit kritikal telah ditambah dalam senarai penerima manfaat MySalam, termasuk tiga penyakit mental bawah kategori CI-11 Penyakit Mental. Berikut SK senaraikan tiga penyakit mental yang layak menerima manfaat MySalam bermula tahun ini.

1. Gangguan Kemurungan Utama (MDD)

Menerusi penerangan Kementerian Kewangan di laman rasmi MySalam, gangguan kemurungan utama atau major depressive disorder (MDD) didefinisikan sebagai gangguan mental dengan ciri-ciri tertentu.

“MDD ialah gangguan mental yang dicirikan oleh perasaan sedih yang berterusan, kosong dan mudah marah, bersama-sama dengan kehilangan minat, dengan kesusahan atau kemerosotan yang ketara secara klinikal dalam bidang sosial, pekerjaan atau fungsi penting lain,” jelas kementerian tersebut.

Bagi menentukan penghidap MDD layak menerima manfaat MySalam, gangguan mental yang dihidapi mesti didiagnos pakar memenuhi empat kriteria.

“Diagnosis MDD mesti disahkan oleh Pakar Psikiatri berdasarkan kriteria Diagnostik dan Statistik Gangguan Mental (DSM-5), atau mana-mana kemas kini DSM-5 berikutnya atau kriteria alternatif yang menggantikan DSM-5.

“Keterukan tertentu yang diperlukan oleh definisi mesti memenuhi bilangan simptom kriteria dan tahap ketidakupayaan fungsi yang konsisten dengan episod teruk seperti yang ditakrifkan oleh DSM-5 atau penentu Diagnostik Edisi DSM yang paling terkini,” maklum Kementerian Kewangan.

Selain kedua kriteria tersebut, penghidap penyakit ni juga mestilah seorang yang pernah menjalani terapi elektrokonvulsif (ECT) dan terapi tersebut wajib dikendalikan oleh pakar psikiatri. Individu berkenaan juga mestilah seorang yang pernah menerima ubat khusus merawat MDD tanpa gangguan sekurang-kurangnya 180 hari selepas diagnosis.

BACA: Lelaki Tunjuk Sistem Makan Tengah Hari Sekolah Rendah Di Jepun

2. Skizofrenia

Skizofrenia merupakan gangguan mental dengan ciri gangguan utama dalam fungsi kognitif, emosi dan tingkah laku. Bagi memastikan penghidap penyakit ini layak menerima manfaat MySalam, pesakit juga perlu disahkan pakar psikiatri mengikut kriteria DSM-5 atau kemas kini DSM-5 berikutnya. Kriteria alternatif yang menggantikan DSM-5 juga boleh dipertimbangkan.

Penghidap skizofrenia juga mesti pernah menerima terapi ubat antipsikotik tanpa gangguan bagi sekurang-kurangnya 180 hari selepas diagnosis.

3. Gangguan bipolar

Berbeza dengan MDD, bipolar yang turut dikenali sebagai penyakit manik depresif.

“Ia menyebabkan perubahan melampau dalam mood, tahap tenaga, aktiviti dan kesusahan atau kemerosotan yang ketara secara klinikal dalam aspek sosial, pekerjaan atau aspek penting lain dalam fungsi seharian,” jelas Kementerian Kewangan.

Penghidap bipolar juga perlu memenuhi syarat telah menerima terapi ubat khusus sekurang-kurangnya 180 hari selepas diagnosis. Ubat tersebut sama ada penstabil mood, antikpsikotik atau antidepresen atipikal.

BACA: Kebakaran Putra Heights: Tidak Mahu Susahkan Sesiapa, Mangsa Baiki Sendiri Rumah Terjejas

Ambil perhatian. Terdapat beberapa perkara yang perlu anda ketahui. Biarpun ketiga-tiga penyakit mental ini tersenarai dalam penyakit yang layak mendapat manfaat MySalam, ada perkara tertentu yang boleh menyebabkan permohonan anda ditolak.

Jika gangguan anda disebabkan oleh penyalahgunaan dadah atau bahan lain termasuk alkohol, tuntutan anda tidak akan dilindungi MySalam. Malah bagi penghidap MDD pula, gangguan penyesuaian dengan mood tertekan juga tidak akan dilindungi.

Pihak pengurusan MySalam juga telah mengeluarkan pengumuman tarikh akhir permohonan tuntutan bagi tahun kelayakan 2024.

“Anda digesa untuk memuat naik dokumen tuntutan ke postal MySalam selewat-lewatnya pada 30 Jun 2025. Jika tuntutan anda telah diluluskan tetapi masih belum menerima wang tuntutan, sila semak butiran perbankan anda untuk memastikan butiran adalah lengkap dan tepat,” maklum pihak pentadbiran.

Penerima manfaat perlu mengemas kini butiran perbankan di portal rasmi MySalam selewat-lewatnya juga pada 30 Jun 2025. Tarikh tersebut turut termaktub bagi penerima manfaat yang ingin mengemukakan rayuan.

BACA: Cara Pakai Lencana Jalur Gemilang Dengan Betul

Sumber: MySalam (1) (2)