Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
langkah keselamatan gajah liar
Kredit: Bernama

Jangan Hon Gajah Liar, Ikuti Langkah Keselamatan Ini

Azizah Najib

Jangan Hon Gajah Liar, Ikuti Langkah Keselamatan Ini

Sejak kebelakangan ini, semakin banyak kejadian pertembungan manusia dan gajah berlaku di beberapa jalan raya, terutamanya di Perak. Kejadian-kejadian ini mendapat perhatian ramai apabila ia turut melibatkan kecelakaan jalan raya.

Dalam memahami perkara di sebalik kejadian ini, mari kita ikuti penjelasan pihak Perhilitan.

Mengapa ada larangan bunyikan hon jika bertembung gajah?

Pertama sekali, perlu kita tahu satu fakta berkenaan gajah. Menerusi temubual Bernama bersama Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), gajah aktif sekitar awal malam hingga awal pagi. Disebabkan itu, seringkali kita dengar berita pertembungan antara manusia dan gajah liar kerap berlaku selepas matahari terbenam.

Beliau turut menjelaskan mengapa bunyi hon kenderaan berisiko membuatkan gajah ‘naik angin’.

“Kalau manusia sering membaling mercun ke arah mereka, pada mulanya gajah akan lari kerana berasa takut atau terancam. Akan tetapi, jika perbuatan dilakukan dengan kerap, gajah mungkin tidak lagi akan melarikan diri kerana tidak ada apa-apa yang berlaku ke atas mereka,” katanya.

Namun jika gajah rasa sakit setiap kali ada bunyi letupan akibat tembakan, ia akan menganggap bunyi tersebut sebagai ancaman dan berisiko untuk menyerang.

“Begitu juga dengan bunyi hon kenderaan. Ada dua kemungkinan yang akan berlaku, iaitu sama ada ia lari ataupun menyerang. Oleh itu, langkah terbaik pengguna jalan raya apabila bertembung dengan gajah ialah duduk diam di dalam kenderaan. Jangan bunyikan hon,” jelasnya lanjut.

Tahukah anda terdapat akta yang boleh menyebabkan anda didenda sehingga RM5,000 dan/atau tiga tahun penjara apabila anda mendatangkan kemarahan atau kecederaan gajah, sehingga menyebabkan nyawa manusia lain terancam.

Bagi anda yang tidak biasa menghadapi situasi ini, berikut SK kongsikan langkah keselamatan daripada pihak Perhilitan.

Langkah keselamatan ketika bertembung gajah liar di jalan raya

Selain tidak membunyikan hon, anda juga perlu hentikan atau perlahankan kenderaan untuk beri laluan kepada gajah. Kemudian, pastikan anda rendahkan atau padamkan lampu kenderaan. Biarpun gajah mengambil masa yang lama dan kelihatan seperti tidak berganjak, pastikan anda kekal bertenang dan jangan sesekali membunyikan hon kenderaan.

Pihak PERHILITAN turut menasihatkan agar anda kekal berada di dalam kenderaan dan tidak menghampiri gajah, apatah lagi membuat provokasi terhadap gajah.

Jika anda ingin mengambil gambar atau merakam video, pastikan flash kamera anda dimatikan.

Anda juga disarankan untuk memberi isyarat kepada pemandu lain dari arah bertentangan agar mereka peka dan lebih berhati-hati.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Perhilitan Malaysia (1) (2), Bernama

BACA: Lelaki Cemas, Kereta Diserang Gajah Di Jalan Raya Timur Barat

BACA: Suami Isteri Berdepan Detik Cemas Kereta Langgar Gajah Melintas