Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Bekalan Ternakan Korban Mencukupi Menjelang Sambutan Hari Raya Aidiladha Tahun 2025 (1446H)
Gambar : FB KPKM
Tiada Kategori

Bekalan Ternakan Korban Mencukupi Menjelang Sambutan Hari Raya Aidiladha Tahun 2025 (1446H)

Siti Sakinah

Bekalan Ternakan Korban Mencukupi Menjelang Sambutan Hari Raya Aidiladha Tahun 2025 (1446H)

PUTRAJAYA, 3 JUN 2025 – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menjangkakan bekalan ternakan untuk sambutan Hari Raya Aidiladha di seluruh Malaysia bagi tahun 2025 adalah mencukupi dan dapat memenuhi permintaan.

Mengikut statistik daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), stok bekalan lembu/kerbau tempatan sehingga Mac 2025 adalah 35,581 ekor manakala bekalan lembu/kerbau yang diimport sehingga Mac 2025 adalah sebanyak 3,223 ekor. Jumlah keseluruhan bekalan untuk lembu/kerbau bagi tujuan korban adalah 38,804 ekor.

Bagi kambing/bebiri, stok bekalan tempatan sehingga Mac 2025 adalah 26,845 ekor manakala bekalan kambing/bebiri yang diimport sehingga Mac 2025 adalah sebanyak 3,322 ekor. Jumlah keseluruhan bekalan untuk kambing/bebiri bagi tujuan korban adalah 30,167 ekor.

Mengambil kira keperluan masjid, surau dan rumah sembelih, anggaran permintaan lembu/kerbau untuk korban adalah dijangka sebanyak 34,451 ekor manakala permintaan bagi kambing/bebiri sebanyak 22,453 ekor. Justeru, jumlah keseluruhan bekalan ternakan adalah dianggarkan mencukupi bagi menampung permintaan sembelihan bagi tujuan korban tahun 2025.

Sebanyak 27 buah rumah sembelih milik DVS di seluruh Semenanjung Malaysia sedia untuk beroperasi bagi tujuan penyembelihan ternakan korban. Di samping itu, DVS juga telah mengeluarkan lesen kepada 40 buah rumah sembelih swasta di seluruh Semenanjung Malaysia yang boleh memberi perkhidmatan penyembelihan bagi tujuan korban.

Selain itu, bagi tujuan penyembelihan korban yang ingin dijalankan di luar rumah sembelih seperti di masjid, sekolah, taman perumahan, tempat awam dan lain-lain tempat, permohonan permit penyembelihan luar yang disertakan dengan dokumen-dokumen yang berkaitan adalah diperlukan bagi mendapatkan kebenaran.

Orang ramai juga digalakkan untuk merujuk kepada Garis Panduan Penyembelihan Ternakan Korban yang telah dikeluarkan oleh DVS sebagai panduan asas dalam melaksanakan aktiviti penyembelihan ternakan korban.