Siakap Keli
lokasi kesalahan kamera awas
Kredit: Bernama

Jenis Kesalahan Dikesan Kamera AwAS & Senarai Lokasi Terkini

Jenis Kesalahan Dikesan Kamera AwAS & Senarai Lokasi Terkini

Sambutan Aidiladha lazimnya menyaksikan peningkatan luar biasa jumlah kenderaan di lebuh raya seluruh negara. Ramai yang mengambil peluang pulang ke kampung halaman atau bercuti bersama keluarga, sekali gus meningkatkan risiko kemalangan jalan raya.

Bagi memastikan keselamatan pengguna, Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AwAS) memainkan peranan penting dalam mengesan pelbagai kesalahan trafik. Berikut SK senaraikan jenis kesalahan trafik yang berupaya dikesan kamera AwAS.

Kesalahan yang dikesan kamera AwAS

Kamera AwAS dapat mengesan dan merakam kesalahan memandu melebihi had laju, tidak mematuhi lampu isyarat merah, memotong sebelah kiri dan memotong di garisan berkembar. Selain itu, kamera AwAS juga berupaya mengesan kesalahan memandu di lorong kecemasan, larangan kenderaan berat dalam musim perayaan, mengekori (tailgating) dan kenderaan melebihi muatan.

Malah, kerajaan turut merancang penggunaan sistem kamera AwAS bagi penentuan caj kesesakan lalulintas (congestion pricing), sistem aliran bebas pelbagai lorong (multi-lane free flow) dan pengesanan kenderaan asing.

Setelah mengetahui jenis-jenis kesalahan trafik yang dikesan kamera keselamatan ini, mari kita lihat senarai lokasi kamera AwAS yang sedang beroperasi sempena musim perayaan ini.

Lokasi kamera AwAS Terkini

Kredit: JPJ
Kredit: JPJ

Fungsi kamera AwAS

Kamera keselamatan ini berfungsi mengesan dan merakam secara automatik kesalahan-kesalahan lalu lintas, sekaligus menghantarnya ke Pusat Kawalan. Ambil perhatian, sistem akan mengeluarkan saman secara automatik kepada pemandu atau pemilik kenderaan. Sistem ini turut bakal digabungkan dengan sistem mahkamah. Jika Orang Kena Saman (OKS) gagal membayar kompaun, OKS bakal dipanggil untuk dibicarakan.

Pada Januari lalu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan sistem kamera ini akan ditambah baik dengan melaksanakan kaedah point-to-point berbanding kaedah statik yang dilaksanakan sebelum ini.

Memetik laporan Astro Awani, pemantauan kelajuan kenderaan dapat dilakukan secara lebih menyeluruh dengan mengukur kelajuan purata kenderaan antara dua titik kamera berdasarkan masa perjalanan.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai tarikh permulaan pelaksanaan kaedah ini masih belum diumumkan.

Penentuan lokasi kamera AwAS

Setelah mengetahui kesalahan yang dikesan, lokasi terkini dan fungsi kamera keselamatan ini, pasti ada yang tertanya-tanya mengapa pihak JPJ meletakkan kamera di lokasi-lokasi tersebut? Persoalan ini sebenarnya sudah dijawab oleh pihak JPJ menerusi laman sesawang jabatan berkenaan.

“Penentuan lokasi pemasangan kamera bagi sistem AwAS dilaksanakan oleh MIROS dengan bantuan JPJ, PDRM, JKR, LLM dan PBT. Maklumat asas yang digunakan adalah berdasarkan dari laporan kemalangan PDRM (Pol.27),” maklum jabatan berkenaan.

Menurut JPJ, pihak MIROS menggunakan data daripada laporan tersebut bagi menganalisa dan mengenal pasti koordinat kawasan lokasi kemalangan.

“Seterusnya lokasi-lokasi tersebut diberi markah (ranking) mengikut kes-kes kemalangan. Kes kemalangan diberikan markah mengikut susunan tinggi ke rendah iaitu kes kemalangan, cedera parah, cedera ringan dan kemalangan kecil,” jelasnya lanjut.

Lokasi pemasangan kamera AwAS kemudiannya diberi keutamaan berdasarkan kumpulan markah tertinggi. Kemudian, lokasi akan diwartakan oleh Menteri Pengangkutan mengikut peruntukan Kaedah 3(1)(c) Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Kesalahan yang dirakam melalui kamera) 2012.

Sumber: JPJ (1) (2)

BACA: Kisah Pemandu Bas Dapat Tunai Haji Bersama Keluarga Diraja Buat Ramai Sebak

BACA: Bekalan Ternakan Korban Mencukupi Menjelang Sambutan Hari Raya Aidiladha Tahun 2025 (1446H)

Azizah Najib

Menulis tanpa henti

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.