Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Bukan Semua Kena

Bukan Semua Kena, Ini 5 Barang Yang Tak Disangka Terlepas Cukai Bermula 1 Julai 2025

Adib Mohd

Kita ambil maklum bahawa bermula 1 Julai 2025 ini, Kerajaan Malaysia secara rasmi melaksanakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) Baharu menjadi lebih bersasar dan adil.

Ramai yang mungkin gusar apabila mendengar tentang pelarasan cukai. Namun, penting untuk difahami bahawa SST Baharu bukan bertujuan menekan rakyat.

Sebaliknya, ia adalah sebahagian daripada langkah Reformasi Fiskal untuk membina negara yang lebih mampan dan adil. Dengan pendekatan “cukai sasar, bukan beban”, SST Baharu menyasarkan barangan dan perkhidmatan mewah, bukannya barangan keperluan asas rakyat.

Bercakap tentang barangan keperluan, timbul juga satu persoalan. Barangan apa yang terlepas daripada cukai ini? Malahan, ada beberapa barangan penting yang langsung tidak dikenakan cukai SST, dan sebahagiannya mungkin buat korang terkejut!

Senarai Barangan Keperluan Asas Yang Tidak Dikenakan Cukai SST Baharu

Jadi, apa sebenarnya barang yang dikecualikan SST? Apa pula barangan yang korang mungkin tak sangka langsung tak dikenakan cukai? Jom kita lihat!

5 Barang Yang Tak Disangka Terlepas Cukai:

  • Oat – Sarapan sihat untuk kesihatan badan.

  • Bahan Asas Pembinaan (simen, batu, pasir) – Bahan penting untuk pembinaan seperti perumahan rakyat.

  • Jentera Pertanian dan Penternakan – Untuk bantu peladang dan penternak terus produktif.

  • Makanan Ternakan dan Peliharaan – Makanan untuk haiwan seperti kucing dan ayam ternakan

  • Baja dan Racun – Penting untuk kelangsungan sektor pertanian negara.

Selain lima barang di atas, senarai barangan lain yang tidak dikenakan SST termasuk:

Barang Belum Diproses:

  • Daging ayam, lembu, kambing

  • Makanan laut tempatan seperti tilapia, udang, sotong

  • Sayur-sayuran dan buah-buahan tempatan

  • Beras, barli, gandum

Barang Telah Diproses:

  • Tepung, gula, garam

  • Roti putih, pasta, bihun, mi segera

  • Sardin dalam tin, susu, Milo, Vico, Nestum

  • Minyak masak

  • Ubat-ubatan dan peranti perubatan

  • Buku, jurnal, surat khabar

Jika dilihat menerusi senarai di atas, jelas bahawa barang-barang tersebut merupakan keperluan rakyat yang sentiasa diperlukan, sekaligus membuktikan bahawa keperluan harian rakyat terus dilindungi dengan teliti. Secara tidak langsung, kos hidup harian juga tidak membebankan ramai orang.

Bukan Semua Kena, Apa Yang Perlu Diketahui Tentang Cukai SST Baharu

Bercakap pasal Cukai SST Baharu, sebenarnya banyak info menarik yang perlu kita tahu supaya tidak berlakunya salah faham kelak. Antara info yang korang perlu tahu ialah:

1. SST Baharu Fokus Kepada Kemewahan, Bukan Keperluan – Sistem cukai ini hanya mengenakan cukai ke atas barangan dan perkhidmatan mewah seperti perkhidmatan spa, insurans premium dan penyewaan komersial. Ini bermakna, rakyat biasa tidak terbeban, malah harga barangan keperluan harian kekal stabil.

2. SST Adalah Pelaburan Sosial Bukan Beban – Hasil kutipan SST disalurkan semula kepada rakyat melalui program STR, SARA, bantuan awal persekolahan dan pembangunan infrastruktur. Ini memastikan rakyat mendapat manfaat secara langsung daripada hasil cukai yang dikutip.

3. Mesra Perniagaan, Lindungi PKS – Kerajaan beri tempoh sehingga hujung tahun tanpa penalti untuk PKS melaksanakan SST. Malah, ada pengecualian cukai untuk sektor tertentu supaya perniagaan kecil tidak terbeban.

4. Cukai Bersasar, Yang Mampu Menyumbang Lebih – Hanya mereka yang menggunakan barangan dan perkhidmatan mewah dikenakan cukai. Ini sistem cukai yang adil, yang menyasarkan golongan mampu menyumbang lebih demi kesejahteraan negara.

5. Stabilkan Ekonomi, Kukuhkan Negara – SST adalah langkah strategik untuk meningkatkan pendapatan negara tanpa menambah hutang. Ia membantu kestabilan kewangan negara demi masa depan yang lebih baik tanpa membebankan rakyat.

Jelaslah bahawa kita tidak perlu risau sangat bila dengar pasal cukai SST. Bukan semua barang kena, dan yang penting, barangan keperluan harian kita tetap dijaga supaya tak terbeban.

Barangan keperluan asas kekal bebas, manakala cukai hanya dikenakan kepada barangan dan perkhidmatan mewah sahaja. Dengan SST Baharu, kita sama-sama menyokong usaha Kerajaan membina Malaysia yang lebih stabil dan sejahtera untuk semua.