Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Mohd Shuhaily Sah Ditukar Ke AKPS, Berkuat Kuasa Esok
KUALA LUMPUR — Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain mengesahkan pertukarannya ke Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) yang berkuat kuasa Isnin, esok, lapor Astro AWANI.
Perkara itu dimaklumkan oleh Mohd Shuhaily ketika dihubungi Astro AWANI pada hari ini.
Walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas lebih lanjut mengenai portfolio baharu yang bakal digalasnya.
“Ya saya terima arahan pertukaran. Tunggu Majlis Serah Terima Tugas (mungkin) esok (Isnin),” katanya.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai pertukaran portfolio.
Untuk makluman, Mohd Shuhaily Pengarah JSJ sejak Ogos 2023 dijangka dilantik sebagai Ketua Pengarah AKPS sehingga 30 Jun 2027, menggantikan Datuk Seri Hazani Ghazali, 60, yang bersara Februari lalu.
Pada 20 Jun lalu, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Mohd Khalid Ismail dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) baharu menggantikan Tan Sri Razarudin Husain berkuat kuasa serta-merta.
Majlis Serah Terima Tugas jawatan itu berlangsung di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, disaksikan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan turut dihadiri Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil serta pegawai-pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Mohd Khalid, 60, pernah memegang pelbagai jawatan penting dalam Cawangan Khas PDRM termasuk Ketua Cawangan Khas Pahang bermula 25 Mei 2018, sebelum dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E2 Cawangan Khas Bukit Aman pada 6 Sept 2021.
Saifuddin Nasution dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan itu mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Fasal (4) dan (5) Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan, atas nasihat Perdana Menteri dan perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.
Sumber: Astro AWANI