Terkini

Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Trauma kemalangan van sekolah
Kredit: Bernama

Anak Masih Trauma Selepas Kemalangan Van Sekolah – Ibu Mangsa

Azizah Najib

Anak Masih Trauma Selepas Kemalangan Van Sekolah – Ibu Mangsa

JOHOR BAHRU, 8 Julai (Bernama) — Seorang murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Tebrau S. Tanalechumy trauma dan mengalami mimpi buruk selepas van sekolah dinaiki terlibat kemalangan dengan sebuah treler di susur Bandar Dato Onn arah utara, di sini semalam.

Operator kilang M. Kartthiyani, 47, ibu kepada Tanalechumy, 11, berkata anak perempuannya yang duduk di bahagian penumpang belakang pemandu, cedera ringan termasuk lebam pada kaki, tangan dan rahang.

“Saya sedang bekerja ketika dapat panggilan daripada suami kira-kira 1 tengah hari dan terus bergegas ke hospital. Syukur anak selamat walaupun cedera ringan.

“Saya harap keadaan dia baik sahaja sebab masih trauma dan dalam keadaan terkejut. Malam tadi, dia mengalami mimpi buruk, seperti memanggil kawannya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Taman Munsyi Ibrahim, di sini hari ini.

Kartthiyani berkata tidak menyalahkan pemandu van terbabit malah turut menghubungi wanita itu untuk bertanya khabar, selepas mengetahui dirinya juga cedera dalam kemalangan tersebut.

Sementara itu, juruteknik M. Gunaseelan, 37, berkata anak lelakinya Tharshvin, 11, menerima beberapa jahitan akibat luka pada dahi, hidung dan mulut manakala anak perempuannya Yoagalakshmi, 6, tidak cedera.

“Anak lelaki saya juga duduk di bahagian belakang pemandu, dan mungkin terkena penghadang besi van. Keadaannya stabil, cuma perlu menggunakan penyedut minuman kerana terdapat luka dalam mulut,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor Aznan Tamin dan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya negeri K Raven Kumar melawat dua pelajar berkenaan serta menyerahkan sumbangan kepada mereka.

Dalam kejadian tengah hari semalam, sebuah van sekolah membawa 23 pelajar sekolah melanggar belakang sebuah treler yang berhenti akibat kerosakan enjin di lorong kecemasan mengakibatkan pemandu van dan empat murid cedera dengan dua daripadanya dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

Sumber: Bernama

BACA: Lebih 7,000 Pengusaha Bas Sekolah Belum Berdaftar – Persatuan

BACA: Insiden Putra Heights: Amirudin Jelaskan Isu Jengkaut, Dakwaan PBT Tidak Ikut SOP