Terkini

Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
permainan video ganas
Kredit: ImageFX

Mufti WP Beri Penjelasan Isu Pengaruh Permainan Video Yang Menyebabkan Keganasan

Azzwin

Mufti WP Beri Penjelasan Isu Pengaruh Permainan Video Yang Menyebabkan Keganasan

Kini, permainan video bukan sekadar hiburan kerana ia telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup moden.

Dari kanak-kanak hingga orang dewasa, ramai yang tidak dapat melepaskan diri daripada keasyikan dunia maya yang dicipta dengan teknologi canggih, penuh aksi dan cabaran seolah-olah membawa pemain menyelami dunia lain.

Namun, di sebalik keseronokan yang ditawarkan, permainan video mempunyai sisi gelap yang sering diperdebatkan.

Tanpa disedari, ia mampu mempengaruhi cara kita berfikir, bertindak dan berinteraksi dengan dunia sebenar.

Lebih membimbangkan apabila unsur ganas dan agresif dipaparkan berulang kali, ia berpotensi membentuk persepsi dan tingkah laku pemain secara halus.

Melihat kepada isu ini, Mufti Wilayah Persekutuan tampil memberikan penjelasan berhubung pengaruh permainan video yang dikatakan boleh membawa kepada keganasan.

SOALAN

Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang isu terkini yang berlaku di mana seorang kanak-kanak dikatakan mencederakan adiknya kerana pengaruh daripada permainan video yang dia bermain. Apakah pandangan syarak terhadap perbuatan bermain permainan video seperti itu sehingga membawa kepada perlakuan ganas seperti itu?

RINGKASAN JAWAPAN

Hukum bermain permainan video yang membawa perlakuan ganas khususnya bagi golongan yang mudah terpengaruh seperti kanak-kanak dan remaja adalah haram. Oleh yang demikian, ia perlu untuk dikawal dan dibendung supaya tidak berlaku perlakuan ganas kepada diri mereka sendiri dan orang di sekelilingnya.

Waallahu a’lam.

HURAIAN JAWAPAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.

Pada umumnya dalam hal berkaitan permainan video ini, hukum asalnya adalah harus kerana tiada nas atau dalil yang mengharamkannya. Oleh yang demikian, ia mengambil hukum asalnya iaitu harus. Ini berdasarkan kaedah fiqh yang menyebutkan bahawa:

الأصل في الأشياء الإباحة حتى يدل الدليل على التحريم

Maksudnya: Hukum asal segala sesuatu (yang bermanfaat) adalah harus sehingga ada dalil yang menunjukkan ke atas pengharamannya.

Walau bagaimanapun, hukum ini boleh berubah kepada makruh atau haram apabila permainan tersebut membawa kepada perkara yang negatif seperti melalaikan, membuang masa dan menimbulkan kemudaratan, apatah lagi sekiranya melanggar Maqasid Shariah.

Apabila diperhatikan dengan lebih mendalam, terdapat beberapa kerosakan dan kemudaratan yang boleh berlaku akibat daripada permainan video yang ganas ini seperti pengaruh yang menyebabkan seseorang ingin menirunya, menyebabkan ketagihan dalam bermain dan mengabaikan tanggungjawab kerana dilalaikan dengan permainan dan sebagainya.

Semua perkara ini secara pasti akan berlaku kepada seseorang yang tidak mempunyai benteng keimanan dalam diri yang kukuh.

Oleh yang demikian, sekiranya hal ini berlaku, sudah tentu ia akan menghasilkan kemudaratan yang mengancam beberapa maqasid yang dijaga oleh syarak iaitu hifz al-nafs (pemeliharaan nyawa) dan hifz al-‘aql (pemeliharaan akal).

Oleh itu, berdasarkan kaedah fiqh sekiranya sesuatu itu secara sangkaan kuatnya akan membawa kepada perkara yang haram, maka perkara tersebut juga menjadi haram.

‌مَا ‌يَقْطَعُ ‌بِتَوْصِيلِهِ ‌إلَى ‌الْحَرَامِ ‌فَهُوَ ‌حَرَامٌ

Maksudnya: Apa yang pasti membawa kepada perkara yang haram, maka hukumnya juga adalah haram.

Hal ini bergantung kepada keadaan dan situasi setiap individu secara spesifik dimana seseorang pasti terpengaruh kepada perbuatan tersebut seperti kanak-kanak dan remaja yang masih mentah pemikirannya. Oleh yang demikian, hukum pengharaman disebabkan hal ini bergantung kepada ‘illahnya berdasarkan kaedah:

.‌الحكم ‌يدور ‌مع العلة وجوداً وعدماً

Maksudnya: Hukum itu beredar bersama dengan illahnya pada kewujudan dan ketiadaan hukum.

Tambahan pula, bagi golongan kanak-kanak dan remaja ini ia akan membawa kepada kesan negatif terhadap psikologi dan potensi sosial.

Antara kesan negatif yang dikenal pasti termasuk kehilangan empati, munculnya kata-kata kotor dan kasar serta kecenderungan tingkah laku agresif yang tidak dapat dikawal.

Dalam perkembangan terkini, pihak kerajaan juga telah menyatakan hasrat untuk meneliti mekanisme terbaik dalam mengawal selia permainan video dalam talian bagi mengelakkan kejadian ini daripada berulang pada masa yang akan datang.

Pihak Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan bersetuju dan menyokong penuh usaha ini bagi mengelakkan daripada pendedahan unsur-unsur berbahaya dan ekstrim daripada permainan video ini yang merosakkan pemikiran dan psikologi kanak-kanak di Malaysia.

Kesimpulan

Kesimpulannya, hukum bermain permainan video yang berunsurkan keganasan dan ekstrim khususnya kepada golongan yang pasti akan terpengaruh seperti kanak-kanak dan remaja adalah haram.

Oleh yang demikian, ia perlu untuk dikawal dan dibendung sebagai langkah untuk mencegah daripada perbuatan-perbuatan yang akan membawa kemudaratan kepada diri kanak-kanak tersebut dan orang yang berada di sekelilingnya.

WaAllahu a’lam.

BACA: Boleh Ke Suami Berhutang Mas Kahwin? Ini Penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan