Terkini

Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Gambar: ImageFX

Adakah Semua Hutang Tercela Dalam Islam? Ini Jawapan Mufti WP

Aina Munirah

Adakah Semua Hutang Tercela Dalam Islam? Ini Jawapan Mufti WP

Dalam kehidupan yang serba mencabar ini, kita sering berhadapan dengan pelbagai tuntutan tanggungjawab dan keperluan yang perlu dipenuhi setiap hari.

Kos sara hidup yang tinggi, tanggungjawab untuk keluarga dan juga keinginan untuk menikmati keselesaan hidup membuatkan urusan kewangan sangat penting dalam kehidupan.

Apabila gagal menguruskan wang dengan betul, ia mempunyai risiko untuk membinasakan diri dan masa hadapan.

Dalam situasi tertentu, apabila kemampuan kewangan tidak setara dengan keperluan hidup, pasti ramai yang memilih jalan mudah dengan cara berhutang.

Malah, lebih membimbangkan, hutang tersebut tidak dilunaskan dengan segera apabila mampu.

Justeru, tindakan berhutang perlu dielakkan kerana balasan bagi yang sengaja tidak membayarnya adalah sangat berat. Namun, adakah semua hutang itu tercela?

Untuk pencerahan lanjut, ikuti jawapan Mufti Wilayah Persekutuan di bawah ini.

Bayan Linnas Siri Ke-336: Adakah Semua Hutang Tercela Dalam Islam?

Soalan

Assalamualaikum SS Mufti. Selalu kita dengar yang hutang itu perkara yang tidak digalakkan, namun sekarang kita dapati ada yang mengajar berkenaan hutang yang baik dan hutang yang tidak baik. Adakah perkara ini bertepatan. dengan hukum Islam?

Ringkasan Jawapan

Islam secara umumnya tidak menggalakkan umatnya untuk berhutang tetapi tidak pula mengharamkannya. Kontrak hutang adalah diharuskan oleh syarak jika dilaksanakan mengikut panduan yang ditetapkan, la tidak dianggap tercela selagi penghutang mempunyai niat yang jujur dan meminjam mengikut kadar kemampuan.

Namun, kawalan hutang perlu ada agar tidak membawa kepada status bankrap. Hutang hanya menjadi tercela apabila diambil tanpa tujuan yang benar, melampaui kemampuan atau dilakukan dengan niat sengaja untuk tidak membayanya semula.

BACA: Bahagian Dakwah JAKIM Perjelas Sebab Islam Jauhi Babi

Huraian Jawapan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.

Jika dilihat kepada beberapa hadis, didapati bahawa antara doa yang sering diminta oleh Rasulullah SAW adalah agar dijauhi daripada hutang. Hal ini boleh dilihat antaranya dalam hadis yang diriwayatkan ‘Aisyah RA bahawa:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَدْعُو فِي الصَّلَاةِ وَيَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ فَقَالَ لَهُ قَائِلٌ مَا أَكْثَرَ مَا تَسْتَعِيذُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مِنْ الْمَغْرَمِ قَالَ إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا غَرِمَ حَدَّثَ فَكَذَبَ وَوَعَدَ فَأَخْلَفَ

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW sering berdoa dalam solat: “Ya Allah aku berlindung kepadamu dari berbuat dosa dan terlilit hutang.” Lalu ada seseorang yang bertanya: Mengapa anda banyak meminta perlindungan daripada hutang wahai Rasulullah? Baginda menjawab: “Sesungguhnya seseorang apabila berhutang ketika dia berbicara biasanya dia berdusta dan bila berjanji sering mengingkarinya.”

(Riwayat Bukhari)

Meskipun terdapat hadis-hadis yang menunjukkan Rasulullah SAW meminta dijauhkan daripada hutang, namun ini tidak bermakna ia dilarang secara mutlak. Menurut Dr. Muhammad al-Zuhayli, hukum berhulang tertakluk kepada hukum taklifi yang lima mengikut situasi seperti berikut:

1. Wajib: Jika seseorang sangat memerlukan dana untuk menyara diri dan keluarga yang mana tiada jalan lain selain berhutang.

2. Sunat: Dilihat daripada sudut pemiutang yang membantu orang dalam kesempitan.

3. Harus: Bagi orang yang memerlukan dan mengetahui kemampuannya untuk membayar balik.

4. Makruh: Jika wang pinjaman digunakan untuk perkara yang tidak mendesak seperti pembaziran atau peminjam tahu dia tidak mampu melunaskannya,

5. Haram: Jika pinjaman digunakan untuk tujuan maksiat atau perkara yang dilarang syarak.

Dalam memahami perkara ini, kita perlu melihat kepada elemen maqasid hutang, iaitu bertujuan untuk memberi kemudahan (al-taisir) dan menghilangkan kesempitan (raf’ul haraj) dalam urusan kehidupan. Malahan, Rasulullah SAW sendiri pernah berhutang seperti yang diriwayatkan oleh Abi Rafi’:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم اسْتَسْلَفَ مِنْ رَجُلٍ بَكْرًا فَقَدِمَتْ عَلَيْهِ إِبِلٌ مِنْ إِبِلِ الصَّدَقَةِ فَأَمَرَ أَبَا رَافِعٍ أَنْ يَقْضِيَ الرَّجُلَ بَكْرَهُ فَرَجَعَ إِلَيْهِ أَبُو رَافِعٍ فَقَالَ مَا أَجِدُ فِيهَا إِلَّا خِيَارًا رَبَاعِيًا فَقَالَ أَعْطِهِ إِيَّاهُ فَإِنَّ خِيَارَ النَّاسِ أَحَسَنُهُمْ قَضَاءً

Maksudnya: “Rasulullah SAW pernah meminjam unta muda daripada seorang lelaki, ketika unta sedekah tiba, maka beliau pun memerintahkan Abu Rafi’ untuk membayar unta muda yang dipinjamnya kepada laki-laki tersebut. Lalu Abu Rafi’ kembali kepada beliau seraya berkata, “Aku tidak mendapatkan unta muda kecuali unta yang sudah dewasa.” Beliau bersabda: “Berikanlah kepadanya, sebaik-baik manusia adalah yang paling baik dalam membayar hutang.”

(Riwayat Muslim)

Imam Muslim mensyarahkan hadis ini menyebut bahawa hadis ini merupakan dalil keharusan berhutang dan Rasulullah SAW berhutang kerana ada keperluan walaupun Baginda sentiasa memohon perlindungan daripada keberhutangan.

BACA: Apa Hukum Guna Suplemen Pemutih? Ini Jawapan Mufti Wilayah Persekutuan

Dalam konteks realiti masa kini, hutang hampir tidak boleh dielakkan bagi memiliki keperluan asas seperti rumah dan kenderaan. Namun, berhulang untuk perkara asas ini mestilah berdasarkan kemampuan penghutang. Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ أَخَذَ أَمْوَالَ النَّاسَ يُرِيدُ أَداءَهَا أَدَّى اللهُ عَنْهُ وَمَنْ أَخَذَ يُرِيدُ إِتْلَافَهَا أَتْلَفَهُ اللهُ

Maksudnya: “Sesiapa yang mengambil harta orang lain dengan niat untuk membayarnya kembali, maka Allah SWT akan membantunya melunaskan hutang itu. Tetapi sesiapa yang mengambil harta tersebut dengan niat untuk tidak membayarnya, maka Allah akan membinasakannya.”

(Riwayat al-Bukhari)

Tambahan pula, hutang juga boleh menjadi satu instrumen pelaburan seperti mengambil pembiayaan ASB atau mengambil pembiayaan mikro perniagaan. Perkara seperti ini membantu peniaga-peniaga khususnya industri kecil dan sederhana untuk mengembangkan lagi pemiagaan mereka lalu meningkatkan pendapatan mereka.

Namun, mereka juga mestilah melengkapkan diri dengan ilmu berkenaan strategi perniagaan yang lebih baik untuk mengurangkan risiko kerugian.

Walaupun diharuskan, kawalan hutang perlu ada agar tidak membawa kepada kebankrapan. Data terkini menunjukkan trend keberhutangan yang membimbangkan di Malaysia apabila sebanyak 4,875 kes kebangkrapan baru direkodkan dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun 2025.

Secara purata, sekitar 17 hingga 18 individu didaftarkan bankrap setiap hari. Kumpulan umur 35 hingga 44 tahun mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 39.7% daripada keseluruhan kes, manakala kes melibatkan individu bawah 30 tahun dikesan melonjak hampir 60% pada tahun 2025.

Punca utama kepada situasi ini adalah kegagalan mengurus pinjaman peribadi yang menyumbang hampir separuh daripada jumlah kes (45% hingga 49%), diikuti oleh pinjaman perniagaan (16%-19%) serta sewa beli kenderaan dan perumahan,

Oleh itu, setiap individu wajib memastikan nisbah hutang mereka berada pada tahap yang sihat dan sentiasa berniat jujur untuk melunaskannya bagi mendapatkan pertolongan Allah SWT.

Sebarang kesulitan dalam pengurusan kredit perlulah dirujuk kepada agensi profesional seperti AKPK untuk penstrukturan semula sebelum keadaan menjadi lebih parah.

Kesimpulan

Islam secara umumnya tidak menggalakkan umatnya untuk berhutang tetapi tidak pula mengharamkannya. Kontrak hutang adalah diharuskan oleh syarak jika dilaksanakan mengikut panduan yang ditetapkan.

la tidak dianggap tercela selagi penghutang mempunyai niat yang jujur, meminjam mengikut kadar kemampuan, serta mempunyai kawalan diri agar tidak terjebak dalam kancah bankrap. Justeru, hutang hanya menjadi tercela apabila diambil tanpa tujuan yang benar, melampaui kemampuan atau dilakukan dengan niat sengaja untuk tidak membayarnya semula.

WaAllahua’lam.

BACA: 10 Ibrah Peristiwa Israk Mikraj

Sumber: Mufti WP