Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar: ImageFX

Apa Hukum Guna Suplemen Pemutih? Ini Jawapan Mufti Wilayah Persekutuan

Aina Munirah

Apa Hukum Guna Suplemen Pemutih? Ini Jawapan Mufti Wilayah Persekutuan

Dalam era yang serba moden ini, kecantikan bukan lagi sekadar nikmat semula jadi, namun ia telah menjadi sesuatu yang boleh dipertingkatkan ataupun diusahakan melalui pelbagai rawatan kecantikan.

Oleh itu, ramai individu sanggup melaburkan wang untuk menjaga penampilan demi mendapatkan kulit wajah yang diingini. Disebabkan itu, terdapat banyak lambakan produk-produk kecantikan yang turut dijual di pasaran akibat daripada permintaan yang tinggi.

Misalnya, ubat pemutih yang sering digunakan terutamanya dalam kalangan yang ingin tampak putih daripada biasa. Namun begitu, kita semua tahu produk pemutih ini kadangkala mempunyai bahan yang boleh membahayakan kesihatan tubuh.

Pun begitu, apa pula hukumnya menurut Islam? Bagi menajwab persoalan ini, Mufti Wilayah Persekutuan tampil memberikan jawapan.

Irsyad Al-Hukum Siri Ke-948: Penggunaan Suplemen Pemutih

Soalan

Assalamualaikum. Baru-baru ini dilaporkan bahawa suplemen pemutih terdedah kepada risik keselamatan yang boleh menyebabkan radang hati termasuk kegagalan organ terutamanya apabila mengandungi bahan beracun atau ubat berjadual dan tidak berdaftar dengan KKM.

Apakah sudut pandangan Syariah berkaitan hukum suplemen pemutih terutamanya apabila ia ancam kesihatab? Mohon pencerahan SS Mufti.

Ringkasan Jawapan:

Islam meraikan fitrah manusia yang cenderung untuk kelihatan cantik, kemas dan menarik disamping menzahirkan wajah yang berseri.

Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa wanita Asia khususnya mempunyai keinginan untuk memiliki kulit lebih cerah bukan atas faktor estetika, malahan untuk meningkatkan penerimaan sosial dalam masyarakat serta keyakinan diri.

Malahan penampilan mencerminkan adab dan kehormatan seorang Muslim apabila ia selari dengan syariat.

Disamping itu, Islam mengajarkan umatnya untuk berketerampilan elok dan rapi dalam urusan seharian agar dapat meningkatkan penerimaan sosial kerana manusia secara semulajadinya sukakan keindahan.

Justeru, hukum pengambilan suplemen pemutih bagi tujuan mengembalikan tona asal kulit, merawat kekusaman wajah akibat pendedahan langsung cahaya matahari serta mengatasi masalah hiperpigmentasi kulit adalah harus tertakluk kepada ketetapan syarat-syarat berikut:

1. Tujuan merawat bagi menghilangkan aib cela pada wajah yang kusam

2. Tidak terdedah pada risiko bahaya dari segi kesihatan di samping pemantauan pakar.

3. Memastikan memilih sumber kandungan bahan yang suci dan diyakini halal

4. Rawatan kosmetik yang boleh mengubah ciptaan-Nya hanya diterima pada situasi darurah dan bukan semata-mata bertujuan menzahirkan kecantikan (tahsiniyyah). Hal ini kerana perubahan daripada bentuk asal yang tujuan kecantikan adalah haram

Sebaliknya, sekiranya sesuatu produk tersebut terbukti mengancam kesihatan atau mengandungi bahan yang jelas pengharamannya serta bersifat memudaratkan, maka hukum penggunaannya adalah haram.

Oleh yang demikian, pengguna hendaklah cakna dan berhati-hati membeli produk dengan memastikan ia mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan didaftarkan dibawah Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

BACA: Lirik Lagu Perlu Mendidik, Bukan Merosakkan – Mufti Wilayah Persekutuan

Huraian Jawapan:

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari kiamat.

Suplemen Pemutih

Sejak abad ke 19, wanita Asia menunjukkan keinginan untuk memiliki kulit wajah yang cerah disamping bertujuan untuk meningkatkan penerimaan sosial dalam masyarakat serta peluang ekonomi.

Hiperpigmentasi pada wajah yang menampakkan tompok-tompok gelap akibat penuaan, pendedahan langsung cahaya matahari yang berpanjangan, kehamilan atau faktor genetik bukan sahaja merupakan masalah estetik, malah boleh menyebabkan penurunan keyakinan diri serta perubahan kualiti hidup.

Punca hiperpigmentasi daripada pendedahan UV, pencemaran alam sekitar, perubahan hormon, genetik, penuaan dan tekanan gaya hidup yang boleh membawa kepada masalah kulit kusam dan pigmentasi.

Produk pemutih mempunyai pelbagai bentuk sama ada sapuan luaran (krim, losyen, serum) atau suplemen yang dimakan untuk mencerahkan kulit dari dalam.

Produk pemutih berbentuk suplemen pemakanan yang diiktiraf Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempunyai nombor pendaftaran MAL pada labelnya yang boleh disemak melalui laman web NPRA (Agensi Regulatori Farmasi Negara) sebagai badan yang mengawal selia pendaftaran produk farmaseutikal seperti ubat-ubatan moden, suplemen serta produk berasaskan herba tradisional.

Kecantikan Menurut Perpekstif Islam

Kehidupan yang sempurna (kamaliyyah / Tahsiniyyah) melibatkan aspek kebersihan, pakaian, kecantikan, berhias, menjaga etika, melakukan amalan-amalan sunat, menjaga adab dalam bergaul, budi pekerti yang baik dan menjauhi perkara-perkara yang dianggap tidak baik oleh akal yang sempurna.

Manusia secara fitrahnya sukakan keindahan, perhiasan dan kecantikan (al-Jamal). Perkara tersebut diiktiraf oleh syarak melalui petunjuk dalil berikut:

Firman Allah SWT:

قُلْ مَنْ حَرَّمَ زِينَةَ اللَّهِ الَّتِي أَخْرَجَ لِعِبَادِهِ وَالطَّيِّبَاتِ مِنَ الرِّزْقِ

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian juga benda-benda yang baik lagi halal dari rezeki yang dikurniakanNya?”

Surah al-A’raf (3)

Al-Maraghi mentafsirkan ayat ini bahawa Allah SWT menjadikan perhiasan dengan mencipta bahan-bahannya dan mengajarkan cara-cara yang sesuai dengan fitrah berdasarkan kecintaan manusia terhadap penggunaanya.

BACA: Mufti WP Jelaskan Hukum Solat Qada Bagi Wanita Alami Istihadah Berterusan

Oleh yang demikian, syarak tidak mengharamkan perhiasan bagi kesempurnaan kualiti kehidupan.

Daripada Ibn Mas’ud, bahawa Nabi SAW bersabda:

إنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَال

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kepada kecantikan.”

Riwayat Muslim

Makna matan hadis يجب الجمال bermaksud Allah mencintai manusia yang memperindahkan diri dalam pakaian, alas kaki, tubuh badan dan seluruh urusannya. Perhiasan dan kecantikan mampu menarik perhatian serta menjadikan seseorang disukai dan disenangi oleh orang lain.

Berbeza pula dengan mereka yang mengabaikan penampilan diri sehingga tidak mudah menarik perhatian kerana rambut, pakaian atau penampilan keseluruhannya tidak kemas.

Hal ini jelas menunjukkan bahawa Allah SWT menyukai manusia yang tampil indah, kemas, dan bijak menghias diri dengan cara yang sepatutnya.

Islam mengajar umatnya untuk tampil kemas, cantik dan rapi. Namun persoalannya, cantik yang bagaimana? Kecantikan yang dituntut ialah kecantikan yang patuh Syariah, nilai adab dan tidak membawa kepada fitnah.

Sementara, Maqasid Tahsiniyyat (kamaliyyah) berfungsi untuk memperbaiki keadaan manusia bagi menyempurnakan kehidupan sebaik-baiknya dan melengkapkan kebahagiaannya di dunia dan akhirat dengan segala perkara yang sesuai daripada amalan dan adat yang baik.

Manakala, Syeikh Muhammad al-Tahir Ibn ‘Ashur mendefinisikan maslahah tahsiniyyat adalah perkara-perkara yang dapat menyempurnakan keadaan sistem kehidupan umat yang stabil dan imej cara hidup.

Keindahan adat kebiasaan terhasil daripada cara mengurus kehidupan melalui perhiasan diri serta adab-adab yang merujuk kebaikan dan kemuliaan yang bersifat tambahan dalam kerangka menyempurnakan kehidupan.

Merujuk pada isu yang dibahaskan, pengunaan suplemen pemutih bagi usaha untuk memiliki anggota seluruh badan yang cerah sekaligus mengembalikan warna tona kulit asal wajah yang tidak sekata akibat pendedahan langsung cahaya matahari yang berpanjangan adalah diharuskan.

Perkara tersebut termasuk dalam aspek tahsiniyyah untuk kesempumaan anggota zahir. Produk kosmetik mahupun suplemen makan yang terdedah dengan risiko bahaya kesihatan terutamanya hanya tujuan kecantikan semata-mata adalah dilarang.

Kecantikan yang sebenarnya tidak seharusnya bergantung semata-mata produk vitamin putih, malah perlu ada gabungan dengan gaya hidup sihat dan rutin penjagaan kulit.

Penutup

Kesimpulannya, hukum makan suplemen pemutih bagi tujuan mengembalikan tona wajah asli dan merawat wajah kusam disebabkan terdedah secara langsung dengan cahaya matahari dan mengatasi masalah pigmentasi kulit adalah harus dengan ketetapan syarat berikut:

1. Tujuan merawat bagi menghilangkan aib cela pada wajah yang kusam 2. Tidak terdedah pada risiko bahaya dari segi kesihatan di samping pemantauan pakar. 3. Memastikan memilih sumber bahan yang suci dan diyakini halal 4. Rawatan kosmetik yang boleh mengubah ciptaan-Nya dari bentuk asal yang bertujuan semata mata untuk menzahirkan kecantikan (tahsiniyyah) adalah haram dan hanya diterima pada situasi darurah situasi darurah

BACA: Mufti Wilayah Persekutuan Jelaskan Hukum Menderma Rambut Kepada Pesakit Kanser

Sumber: Mufti WP