Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar: ImageFX

Mufti Wilayah Persekutuan Jelaskan Hukum Menderma Rambut Kepada Pesakit Kanser

Aina Munirah

Mufti Wilayah Persekutuan Jelaskan Hukum Menderma Rambut Kepada Pesakit Kanser

Tidak dinafikan, pendermaan organ merupakan satu amalan yang amat mulia. Perkara ini sedikit sebanyak mampu memberi peluang kedua kepada mereka yang berjuang untuk terus hidup.

Selain organ, ada pula yang turut beranggapan bahawa kita boleh sahaja mendermakan apa-apa anggota tubuh yang lain seperti rambut terutamanya kepada pesakit-pesakit kanser.

Namun begitu, apa pula hukumnya? Untuk pencerahan, ikuti perkongsian dari Mufti WP di bawah ini.

Irsyad Hukum Siri Ke-944: Hukum Menderma Rambut Untuk Pesakit Kanser

Soalan:

Assalamualaikum, saya ada satu persoalan. Terdapat permintaan daripada pemilik kedai gunting rambut untuk mengambil rambut pelanggan yang telah dipotong bagi tujuan pendermaan kepada pesakit kanser yang keguguran atau botak kesan daripada rawatan kemoterapi.

Rambut tersebut akan dihantar ke NGO untuk dijadikan rambut palsu kemudiannya diberikan kepada pesakit kanser. Kemudian, kos bagi penghasilan rambut palsu anggaran RM800. Persoalannya, apakah hukum menderma rambut kepada orang lain? Mohon pencerahan SS Datuk.

Ringkasan Jawapan:

Hukum menderma rambut manusia kepada pesakit kanser untuk dijadikan rambut palsu adalah haram. Hal ini kerana, rambut manusia yang terpisah atau lerpotong tidak boleh diperdagangkan mahupun dimanfaatkan oleh orang lain dengan apa-apa cara sekalipun.

Malah, perbuatan menyambungkan rambut juga diharamkan sebagaimana ancaman dan laknat yang disebutkan hadis. Walau bagaimanapun, pemakaian rambut palsu sintetik bagi pesakit kanser adalah dibenarkan dengan syarat ia tidak diperbuat daripada rambut manusia atau bulu yang bernajis.

BACA: Boleh Ke Makan “Edible Gold”? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

Huraian Jawapan:

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Hukum Jual Beli Rambut

Para fuqaha keempat-empat mazhab bersepakat bahawa rambut manusia tidak boleh dijual beli mahupun dimanfaatkan oleh orang lain kerana juzuk anggota anak Adam itu dimuliakan.” Hal Ini berdasarkan firman Allah SWT:

وَلَقَدۡ كَرَّمۡنَا بَنِيٓ ءَادَمَ

Maksudnya: Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam

(Surah Al-Isra:70)

Al-Imam al-Nawawi menyebutkan di dalam kitabnya Al-Majmu’ berkenaan larangan menjual rambut manusia sama ada ia bersambung mahupun terpotong.

Malahan, rambut yang terpotong disunatkan untuk disembunyikan mahupun ditanam di dalam tanah sebagaimana telah disepakat oleh para Sahabat RA.

Hukum Menyambung Rambut

Ulama bersepakat bahawa perbuatan menyambung rambut adalah haram berdasarkan hadis Rasulullah SAW berkaitan ancaman dan laknat kepada mereka yang menyambung rambut dan meminta disambung rambutnya.

Pengharaman ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Asma’ binti Abu Bakar RA bahawa terdapat seorang wanita yang berjumpa dengan Rasulullah SAW lalu mengadu kepada Baginda: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku mempunyai seorang anak perempuan yang baru bernikah. Dia telah terkena penyakit cacar (chickenpox) sehingga menyebabkan rambutnya keguguran. Bolehkah dia menyambung rambutnya (dengan rambut palsu)? Lalu Baginda SAW bersabda:

لَعَنَ اللَّهُ الْوَاصِلَةَ وَالْمُسْتَوْصِلَةَ

Maksudnya: “Allah melaknat orang yang menyambung rambut dan orang yang minta disambungkan rambutnya.”

(Riwayat Muslim)

Ibn Battal bahawa seorang wanita diharamkan menyambung rambutnya dengan sesuatu, jika tujuannya untuk mencantikkan dirinya dan supaya orang lain yang melihatnya menyangka bahawa rambut yang disambung itu adalah rambut asalnya.

Perbuatan ini seolah-olah menggambarkan bahawa pelakunya tidak redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT sehingga mengubah kejadian ciptaannya.

BACA: Apa Hukum Minta Doa Dari Orang Yang Kerjakan Haji? Ini Jawapan Mufti WP

Para ulama mazhab Syafi’i menyatakan bahawa perbuatan menyambung rambut dengan rambut manusia lain adalah haram sama ada bagi lelaki alau perempuan, atau menyambung rambut dengan rambut mahramnya, suaminya atau selain daripada mereka.

Pengharaman ini jelas, bahkan para ulama telah bersepakat berkenaan hukumnya berdasarkan keumuman hadis tersebut. Hal ini kerana, mengambil manfaat daripada rambut dan seluruh anggota badan manusia adalah diharamkan kerana kemuliaan yang diberikan kepada manusia.

Tambahan pula, Imam al-Ramli menjelaskan bahawa seorang wanita juga diharamkan untuk menyambung rambutnya dengan bulu yang suci (selain rambut manusia) sekiranya tidak mendapat keizinan daripada suami.

Justeru, jika seorang isteri berkeinginan atau diminta oleh suaminya untuk menyambung rambut, maka hukumnya adalah harus dengan syarat dia mestilah menyambungkan rambutnya dengan sesuatu yang tidak menyerupai sifat rambut seperti benang sutera yang berwarna atau lain-lain.

Institusi Fatwa

Jabatan Fatwa Jordan ada mengeluarkan beberapa kenyataan berhubung hukum pemakaian rambut palsu:

  • Pemakaian rambut palsu bagi lelaki dan wanita adalah dibenarkan dengan syarat ia tidak diperbuat daripada rambut manusia atau bulu yang bernajis, begitu juga tidak bertujuan untuk menipu dan memperdaya orang lain.

  • Isteri yang menghidap penyakit kanser sehingga menyebabkan keguguran rambut diharuskan memakai rambut palsu di dalam rumah sekiranya diizinkan oleh suaminya. Namun, ia tidak boleh diperlihatkan kepada orang luar kerana ia sebahagian daripada perhiasan. Keharusan ini dengan syarat rambut palsu itu bukan diperbuat daripada rambut manusia dan bukan daripada bulu yang bernajis.

Sementara itu, prosedur menanam rambut ke dalam kulit kepala adalah dibenarkan kerana ia dianggap rawatan yang bertujuan mengembalikan fitrah ciptaan-Nya.

Namun, keharusan tersebut dengan syarat penanaman rambut adalah dengan menggunakan rambut sendiri, bahan-bahan suci, tiada unsur najis serta tidak mendatangkan sebarang kesan mudarat berdasarkan perbahasan pautan berikut :https://muftiwp.gov.my/en/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum-cat/5300-irsyad-al-fatwa-siri-ke-694-hukum-tanam-rambut-sintetik-tiruan

Kesimpulan

Hukum mendermakan rambut manusia kepada pesakit kanser untuk dijadikan rambut palsu adalah haram. Walau bagaimapun, pemakaian rambut palsu sintetik bagi pesakit kanser adalah dibenarkan dengan syarat ia tidak diperbuat daripada rambut manusia lain atau bulu yang bernajis.

Namun, sekiranya pesakit ingin menggunakan kaedah alternatif lain seperti menanam rambut sendiri, maka ia mestilah mendapat nasihat dan pengesahan pakar perubatan yang mana ia terbukti tiada kesan gugur akibat rawatan kemoterapi.

Wallahu a’lam

BACA: Mufti Wilayah Persekutuan Jelaskan Hukum Bunuh Haiwan Yang Rosakkan Tanaman

Sumber: Pejabat Mufti WP