Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit: ImageFX

Boleh Ke Makan “Edible Gold”? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

Aina Munirah

Boleh Ke Makan “Edible Gold”? Ini Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan

Dalam dunia kulinari, terdapat pelbagai menu unik yang akan dicipta untuk menarik perhatian pelanggan.

Salah satu darinya ialah taburan emas pada makanan yang tentunya boleh dimakan.

Kebiasaannya, ia akan dijual dengan harga yang agak mahal, sesuai dengan kualiti makanan yang dihidangkan.

Namun, apa hukumnya dari sudut pandang Islam? Untuk mengetahui mengenainya, ikuti penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan di bawah ini.

Hukum Makan Emas (Edible Gold) Serta Perspektif Fiqh Al- Mizan

Soalan

Assalamualaikum, saya dapati pemilik restoran mewah dan terkemuka menyediakan hidangan yang dihiasi serbuk emas, harganya juga mahal setanding dengan sentuhan hidangannya. Persoalannya, apakah hukum makan. makanan yang dihiasi edible gold (serbuk/kepingan)tulen (24K gold) dalam beberapa percent? Mohon pencerahan. SS Mufti. Terima kasih

Ringkasan Jawapan

Fuqaha Syafie membahaskan hukum makan serbuk emas (leburan/serpihan) dalam kerangka memperoleh manfaat perubatan adalah dibenarkan dan tidak dianggap sebagai satu bentuk pembaziran selagi ada tujuan kebaikan.

Walau bagaimanapun, penggunaan emas alas tujuan hidangan mewah yang dihiasi taburan serbuk emas (edible gold 24k) pada makanan boleh mencecah nilai harga yang tinggi ini menjurus kepada bentuk pembaziran sekiranya tidak mengandungi sebarang nilai nutrisi yang setimpal dengan harga yang perlu dibayar.

Edible gold akan disingkirkan daripada tubuh sebagai bahan buangan. Isu makan serbuk emas ini bertentangan dengan prinsip maqasid syariah dalam elemen menjaga harta (hifz al-mal), kerana sanggup berhabis duit terhadap sesuatu yang tiada bukti kukuh manfaatnya terhadap kesihatan.

Sebaliknya, langkah menyimpan emas dilihal tindakan yang bijak dalam mendepani ketidaktentuan krisis ekonomi global dan lebih menguntungkan berbanding menjadikan ia sebagai makanan yang belum terbukti nilai manfaatnya.

Tindakan ini juga dilihat dapat memanifestasikan maqasid tadayyun kerana simpanan emas dikenakan zakat berdasarkan kadar yang ditetapkan selain termasuk dalam kerangka memelihara harta (Hifz al-Mal).

Hal ini bukan sahaja dapat menyucikannya harta, malahan mengagihkan. kekayaan kepada golongan asnaf.

Mizan atau neraca pertimbangan logam emas sebagai bentuk aset simpanan pelaburan yang bernilai dan satu bentuk penggunaan perhiasan barang kemas wanita.

Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan emas sebagai makanan tidak bersesuaian dengan tujuan asal neracanya. Oleh itu, jelaslah isu makan serbuk emas ini bercanggah dengan maqasid penciptaan makhluk alam semesta ini (مقاصد خلق الكون).

Huraian Jawapan

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Edible Gold

Edible gold ini mempunyai pelbagai bentuk seperti kepingan (gold flakes), serbuk (Gold Dust) atau daun(gold leaf).

Emas ini kebiasaannya digunakan untuk tujuan hiasan dalam makanan dan minuman. Emas yang boleh dimakan mempunyai Nombor E iaitu E175 dan diiktiraf secara meluas sebagai bahan tambahan makanan yang dibenarkan oleh Kesatuan Eropah dan Amerika.

la digunakan dalam masakan haute (mewah, mahal, cantik) sebagai sebahagian daripada trend. la boleh digunakan dalam makanan dan minuman seperti dalam hiasan.

Tiada kesan. negatif mahupun faedah daripada makan emas. Kini fenomena penggunaan edible gold ini semakin popular dalam industri makanan mewah.

Kesan Makan Emas

Emas yang boleh dimakan bersifat lengai (tidak aktif) secara kimia dan tidak akan bertindak balas di dalam tubuh manusia (contohnya terhadap asid perut). Emas hanya akan melalui sistem pencemaan tanpa diserap.

Secara teori, seseorang boleh memakan serpihan, debu atau garam emas sebanyak mana pun tanpa jatuh sakit. Namun seperti makanan lain, sakit perut boleh berlaku akibat makan berlebihan.

BACA: Mufti Selangor Perjelas Hukum Jual Beli “Blind Box”

Emas untuk tujuan makan dianggap selamat kerana terhasil daripada emas tulen 24 karat tanpa campuran logam, kemudian emas itu ditempa menjadi helaian serpihan yang berskala ketebalan 1/8,000 millimeter.

Proses penempaan ini membantu menghasilkan daun emas, serpihan, dan vark. Emas tulen yang boleh dimakan tidak terurai (tidak mudah dihadam) dan tidak larut dalam aliran darah.

Oleh itu, ia akan disingkirkan daripada tubuh sebagai bahan buangan. Oleh itu ia tidak memberikan manfaat kesihatan, sebaliknya hanya sesuai dijadikan bahan tambahan makanan untuk memberikan sentuhan kemewahan.

Mizan Emas sebagai Nilai dan Bentuk Perhiasan

i) Emas sebagai nilai harta dan komiditi

Emas merupakan aset global yang diiktiraf dan diterima diseluruh dunia, kini dinar emas sebagai aset simpanan pelaburan selamat dan menguntungkan bagi menghadapi ketidaktentuan krisis global.

Aplikasi transaksi urus niaga pertukaran emas dan perak menandakan nilai harganya diiktiraf oleh pasaran dunia. Maqasid emas sebagai nilai harta menurut syarak dibuktikan apabila simpanan emas ini termasuk harta yang dikenakan zakat.

Ini berdasarkan hadith daripada Ali bin Abu Talib RA, Rasulullah SAW bersabda Rasulullah SAW juga bersabda

إِذَا كَانَتْ لَكَ مِائَتَا دِرْهَمٍ، وَحَالَ عَلَيْهَا الْحَوْلُ، فَفِيهَا خَمْسَةُ دَرَاهِمَ، وَلَيْسَ عَلَيْكَ شَيْءٌ يَعْنِي فِي الذَّهَبِ حَتَّى يَكُونَ لَكَ عِشْرُونَ

دِينَارًا فَإِذَا كَانَ لَكَ عِشْرُونَ دِينَارًا، وَحَالَ عَلَيْهَا الْحَوْلُ، فَفِيهَا نِصْفُ دِينَارٍ، فَمَا زَادَ فَبِحِسَابِ ذَلِكَ

Maksudnya: “Apabila kamu memiliki 200 dirham, dan telah cukup setahun zakatnya sebanyak 5 dirham. Kamu tidak wajib berzakat emas sehinggalah memiliki 20 dinar. Apabila kamu memiliki 20 dinar, dan telah cukup setahun, maka zakatnya 1/2 dinar. Jika kamu memilikinya lebih daripada itu, maka ikutilah cara pengiraan tersebut.”

Riwayat Abu Daud

Oleh yang demikian, emas dan perak sebagai komoditi yang mempunyai kedudukan ekonomi tinggi kerana nilainya. diterima di pasaran global. Justeru, makan emas bertentangan dengan realiti maqasid utama penggunaannya.

Langkah bijak menyimpan emas lebih menguntungkan berbanding menjadikan ia sebagai makanan yang belum terbukti nilai manfaatnya. Malahan menyimpan emas dilihat sebagai manifestasi maqasid tadayyun apabila ia kadar dikenakan zakat.

ii. Emas sebagai bentuk perhiasan barang kemas

Maqasid penciptaan emas dijadikan sebagai perhiasan barang kemas wanita sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa RA bahawa Nabi SAW bersabda:

أُحِلَّ الذَّهَبُ وَالْحَرِيرُ لإِنَاثِ أُمَّتِي وَحُرِّمَ عَلَى ذُكُورِهَا

Maksudnya: “Telah dihalalkan emas dan sutera asli bagi perempuan dalam kalangan umatku dan diharamkan (keduanya) bagi lelaki.”

Riwayat al- Nasa’i

Penggunaan emas untuk tujuan perhiasan adalah harus bagi kaum wanita kerana keperluan mencantikkan diri dihadapan suami dan fitrah semulajadi wanita untuk berhias

Oleh yang demikian, hakikat setiap sesuatu penciptaan mempunyai kadar neracanya tersendiri sebagaimana yang dibahaskan dalam konsep Figh Al-Mizan. Hal ini diaplikasikan dalam meletakkan kedudukan emas pada asal maqasidnya. Oleh itu, jelaslah isu makan serbuk emas ini bercanggah dengan maqasid penciptaan makhluk di alam semesta ini. (مقاصد حلق الكون) .

Hukum Memakan Serbuk Emas (Edible Gold)

Fuqaha Syafie mendatangkan satu kaedah bahawa hukum makan serbuk emas seperti hukum makan batu iaitu halal dimakan kecuali apabila ia membahayakan tubuh atau akal. Walau bagaimanapun, penggunaan emas dikaitkan dengan isu pembaziran selagi ia tidak memperoleh manfaat perubatan.

Sebaliknya, makan emas tidak dianggap satu pembaziran selagi ada nilai manfaat perubatan. Perkara ini dinyatakan oleh Syamsudin al-Ramli dalam Nihayah Al-Muhtaj:

وَقَعَ السُّؤَالُ عَنْ دَقِّ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَأَكْلِهِمَا مُنْفَرِدَيْنِ أَوْ مَعَ انْضِمَامِهَا لِغَيْرِهِمَا مِنْ الْأَدْوِيَةِ هَلْ يَجُوزُ ذَلِكَ كَغَيْرِهِ مِنْ سَائِرِ الْأَدْوِيَةِ أَمْ لَا يَجُوزُ لِمَا فِيهِ مِنْ إضَاعَةِ الْمَالِ، وَالْجَوَابُ أَنَّ الظَّاهِرَ أَنْ يُقَالَ فِيهِ أَنَّ الْجَوَازَ لَا شَكَّ فِيهِ حَيْثُ تَرَتَّبَ عَلَيْهِ نَفْعٌ، وَكَذَا إنْ لَمْ يَحْصُلْ مِنْهُ ذَلِكَ لِتَصْرِيحِهِمْ فِي الْأَطْعِمَةِ بِأَنَّ الْحِجَارَةَ وَنَحْوَهَا لَا يَحْرُمُ مِنْهَا إلَّا مَا ضَرَّ بِالْبَدَنِ أَوْ الْعَقْلِ وَأَمَّا تَعْلِيلُ الْحُرْمَةِ بِإِضَاعَةِ الْمَالِ فَمَمْنُوعٌ لِأَنَّ الْإِضَاعَةَ إنَّمَا تَحْرُمُ حَيْثُ لَمْ .تَكُنْ لِغَرَضٍ وَمَا هُنَا لِقَصْدِ التَّدَاوِي، وَصَرَّحُوا بِجَوَازِ التَّدَاوِي بِاللُّؤْلُؤِ فِي الِاكْتِحَالِ وَغَيْرِهِ وَرُبَّمَا زَادَتْ قِيمَتُهُ عَلَى الذَّهَبِ

Maksudnya: “Terdapat persoalan berkaitan serbuk (leburan/serpihan) emas dan perak, dan hukum memakannya secara berasingan atau bercampur daripada ubatan lain. Adakah boleh menggunakan serbuk emas dan perak seperti ubat-ubatan lain atau tidak dibenarkan kerana dianggap pembaziran harta? Jawapan bagi persoalan tersebut ialah boleh menggunakan serbuk tersebut tanpa syak sekiranya ada unsur manfaat. Begitu juga dibolehkan sekalipun tidak mendapat manfaat daripadanya kerana para ulama telah menegaskan dalam bab makanan bahawa batu dan seumpamanya tidak diharamkan kecuali yang membahayakan tubuh atau akal. Adapun sebab pengharaman kerana pembaziran harta, maka ini adalah sebab yang tidak diterima. Hal ini kerana pembaziran diharamkan apabila tiada tujuan, sedangkan yang dimaksudkan disini adalah manfaat perubatan yang diperoleh. Fuqaha mengharuskan berubat dengan mutiara sama ada melalui celak mata atau selainnya yang adakala nilainya lebih tinggi daripada emas

Berdasarkan perbahasan tersebut, fuqaha Syafie membenarkan makan serbuk (leburan/serpihan) emas dan perak yang bertujuan memperoleh manfaat perubatan.

Sementara itu, apabila makan serbuk emas tanpa menemui sebarang nutrisi manfaat memakannya, maka perkara ini menjurus kepada bentuk pembaziran kerana kedudukan emas itu sebagai aset harta yang bernilai.

BACA: Mufti Wilayah Persekutuan Jelaskan Hukum Kongsi Gambar “Ultrasound” Bayi

Seterusnya tiada kajian yang membuktikan makan serpihan emas memberi manfaat kesihatan, ia hanya sentuhan dekorasi atau hiasan simbol mewah yang ditabur pada makanan. Justeru, ia dilihat satu bentuk pembaziran yang tidak setimpal dan seimbang terhadap harga yang perlu dibayar.

Oleh yang demikian, isu penggunaan serpihan emas dalam makanan bagi hidangan mewah tanpa manfaat kesihatan bertentangan dengan prinsip maqasid Syariah dalam objektif menjaga harta daripada pembaziran. Sedangkan menyimpan emas merupakan langkah yang menguntungkan berbanding ia dijadikan makanan.

Penutup

Penggunaan emas sebagai hidangan mewah yang dihiasi taburan serbuk emas (edible gold 24k) pada makanan tidak bersesuaian dengan maqasid asal neracanya kerana bercanggah dengan maqasid penciptaan makhluk. Hal ini juga berdasarkan hujah-hujah berikut:

I. Mizan emas sebagai sebagai bentuk aset simpanan harta yang bernilai dan satu bentuk penggunaan perhiasan barang kemas wanita.

II. Fuqaha Syafie membahaskan hukum makan serbukemas (leburan/serpihan) dalam kerangka memperoleh manfaat perubatan adalah dibenarkan dan tidak dianggap sebagai satu bentuk pembaziran selagi ada tujuan kebaikan.

III. Penggunaan emas atas tujuan hidangan mewah yang dihiasi taburan serbuk emas (edible gold 24k) pada makanan boleh mencecah nilai harga yang tinggi ini menjurus kepada bentuk pembaziran sekiranya tidak mengandungi sebarang nilai nutrisi yang setimpal dengan harga yang perlu dibayar.

IV. Isu makan serbuk emas ini bertentangan dengan prinsip maqasid syariah dalam elemen menjaga harta (hifz al-mal) kerana sanggup berhabis duit terhadap sesuatu yang tiada nilai manfaat.

V. Sebaliknya langkah menyimpan emas dilihat tindakan yang bijak dan menguntungkan ketika mendepani ketidaktentuan krisis ekonomi dunia.

VI. Selain itu, simpanan emas boleh dikenakan zakat berdasarkan kadar yang ditetapkan sekaligus termasuk dalam kerangka menjaga harta (Hifz al-Mal) untuk mensucikan harta serta berkongsi kekayaan melalui agihan zakat kepada asnaf.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan