Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Bahagian Dakwah JAKIM Perjelas Sebab Islam Jauhi Babi
Dalam kehidupan seharian, manusia sentiasa berdepan dengan pilihan. Pilih yang baik atau yang memudaratkan. Pilih yang membawa manfaat atau yang membawa masalah.
Dalam Islam, salah satu pilihan yang telah Allah mudahkan untuk umat-Nya ialah menjauhi babi dan segala yang berkaitan dengannya.
Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjelaskan bahawa larangan memakan daging babi dalam Islam bukan sekadar perintah tanpa alasan.
Sebaliknya, satu bentuk kasih sayang Allah SWT kepada hamba-Nya demi menjaga kesihatan, kesejahteraan jiwa dan keberkatan hidup.
Dalam konteks pemakanan, Islam telah memudahkan umatnya dengan garis panduan yang jelas, termasuk perintah menjauhi babi yang dinyatakan secara tegas dalam al-Quran.
Dari sudut agama, pengharaman daging babi disebut secara nyata dalam al-Quran.
Bahagian Dakwah JAKIM menjelaskan bahawa larangan ini bukan bertujuan menyusahkan umat Islam. Sebaliknya, melindungi manusia daripada perkara yang boleh memberi kesan buruk kepada tubuh dan jiwa.
“Dari sudut agama, Allah menyebut dengan jelas dalam Al-Quran bahawa daging babi adalah haram.
“Ini bukan larangan tanpa sebab, tetapi satu bentuk kasih sayang Allah kepada hamba-Nya. Kerana Allah lebih tahu apa yang baik untuk tubuh dan jiwa manusia,” jelas Bahagian Dakwah JAKIM.
Dari sudut akal pula, Bahagian Dakwah JAKIM menjelaskan bahawa babi merupakan haiwan yang hidup dalam persekitaran kotor, memakan pelbagai sisa dan berpotensi membawa risiko penyakit tertentu.

Oleh itu, apabila sesuatu makanan itu terbukti berisiko dan pada masa yang sama telah diharamkan oleh Allah SWT, maka menjauhinya adalah pilihan paling selamat.
Pendekatan Islam, jelas Bahagian Dakwah JAKIM, tidak bersifat paksaan tetapi bimbingan. Umat Islam digalakkan berfikir dan memahami hikmah di sebalik setiap perintah dan larangan.
Bahagian Dakwah JAKIM menekankan bahawa apabila seseorang memilih makanan halal, dia sebenarnya sedang menjaga kesihatan diri, membersihkan hati dan memelihara keberkatan hidup.
Walaupun kesan sesuatu perbuatan mungkin tidak dapat dilihat serta-merta, Allah SWT lebih mengetahui kesan jangka panjang terhadap manusia.
“Maka bila kita meninggalkan yang haram, sebenarnya kita sedang memilih kebaikan untuk diri sendiri,” tambahnya.
BACA: Penjelasan Tentang Amalan Minum Air Pangsa Selepas Makan Durian
Sumber: Bahagian Dakwah JAKIM