Terkini

Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Zahid jaga felda fgv
Kredit: Bernama

Ahmad Zahid Diberi Tanggungjawab Jaga Felda, FGV

Azizah Najib

Ahmad Zahid Diberi Tanggungjawab Jaga Felda, FGV

KUALA LUMPUR, 17 Januari (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau telah dipertanggungjawabkan secara rasmi sebagai menteri yang menjaga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Felda Global Ventures (FGV).

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata beliau menerima surat daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memaklumkan mengenai perkara itu, semalam.

“Semalam saya dapat surat daripada Perdana Menteri yang menyebutkan tanggungjawab baharu saya sebagai menteri yang menjaga Felda dan FGV dengan rasminya,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2025 di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata beliau akan menggalas tanggungjawab itu dengan bantuan seorang timbalan menteri bagi menguruskan hal ehwal berkaitan peneroka dan Felda yang disifatkannya sebagai tugas yang berat.

Dalam sidang media selepas itu, beliau berkata Felda masih berada di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“NADMA juga berada di bawah JPM, begitu juga Majlis TVET yang saya pengerusikan. Itulah kedudukannya ketika ini.

“Tiada lagi ‘dotted line’. Sebelum ini, peranan berkenaan dalam menjaga FELDA hanya bersifat sokongan secara tidak formal kepada Perdana Menteri, namun kini ia telah dimuktamadkan dan diformalkan,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata UMNO tidak pernah menekan atau mengemukakan tuntutan melampau kepada Perdana Menteri.

“Saya ingin menegaskan bahawa dokongan UMNO kepada kerajaan ketika ini kekal. Kita tidak pernah menekan atau meminta Perdana Menteri tunduk.

“Beliau memaklumkan bahawa kita tidak boleh meminta semua dan tidak mampu memberikan semua kerana terdapat 17 parti dalam kerajaan ketika ini.

“Oleh itu, perkongsian kuasa dan pengagihan jawatan, walaupun tidak sama rata, tetap mengambil kira permintaan parti-parti yang bergabung dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya.

BACA: Bukan Biawak Je, Ketam Nipah Turut ‘Tumpang’ Laluan Warga UMT

BACA: Selepas Banjir Dan Tanah Runtuh, Aceh Kini Berdepan Kebakaran Hutan

Sumber: Bernama