Terkini

Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Jenayah
Dua Lelaki Ditahan Kes Penemuan Anggota Badan Wanita Di Indah Permai
Luar Negara
Dua Kapal AS Bertembung Di Caribbean
Lampu merah ppum
Kredit: PPUM
Tiada Kategori

Lepas Lampu Hijau, Lampu Merah Pula Dinyalakan Di PPUM

Azizah Najib

Lepas Lampu Hijau, Lampu Merah Pula Dinyalakan Di PPUM

Terdahulu, heboh di media sosial apabila plaza Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menyalakan lampu berwarna hijau.

Ketika itu, lampu berkenaan dinyalakan bagi menandakan pembedahan pemindahan organ telah selamat dijalankan.

Kali ini, plaza tersebut kembali menjadi tumpuan apabila lampu berwarna merah pula dinyalakan.

Namun, nyalaan ini tidak ada perkaitan dengan sebarang pembedahan yang telah dijalankan.

Sebaliknya, cahaya berkenaan membawa satu mesej yang penting buat masyarakat.

Bermula malam tadi, sinaran lampu berwarna merah mula menyinari plaza PPUM.

Nyalaan lampu merah berkenaan merupakan satu simbolik bagi mengetengahkan Kempen Kesedaran Kardiak yang sedang berlangsung bermula 19 Januari sehingga 22 Januari 2026.

Difahamkan, inisiatif tersebut merupakan anjuran Jabatan Perubatan Pemulihan PPUM.

“Jom kita mula ambil peduli tentang kesihatan jantung bermula hari ini.

“Jantung Steady, Kita Happy,” ujar PPUM menerusi satu muat naik di laman Facebook.

Trend yang membimbangkan

Tahun lalu, Bernama melaporkan penyakit jantung kekal sebagai penyakit yang menjadi punca utama kematian di Malaysia.

Perkara berkenaan dikongsi oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Dr Ismuni Bohari.

Menurut laporan tersebut, statistik menunjukkan bahawa penyakit jantung iskemik menjadi punca utama kematian dalam kalangan individu berusia 41 hingga 59 tahun.

Trend ini membimbangkan kerana bukan hanya menjejaskan kesihatan, tetapi juga memberikan impak kepada ekonomi negara,” ujar beliau.

Sebagai pengetahuan, penyakit jantung dikesan berpunca daripada diabetes, hipertensi, kolesterol tinggi dan tekanan berpanjangan.

Selain itu, faktor merokok, obesiti, gaya hidup tidak aktif dan tabiat pemakanan tidak sihat turut menjadi penyumbang.

Dalam kenyataan lain, Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Dzulkefly Ahmad menzahirkan kebimbangan mengenai trend yang menunjukkan peningkatan dalam golongan muda.

“Lebih merisaukan, semakin ramai pesakit kini terdiri daripada golongan muda dan berusia produktif, akibat gaya hidup tidak aktif, tekanan hidup, serta amalan pemakanan yang tidak sihat,” kongsi beliau menerusi satu muat naik di laman Facebook, awal tahun.

BACA: “Rasa Sayu Tapi Syukur,” ‘Lampu Hijau’ PPUM Kembali Dinyalakan

BACA: Bukan Biawak Je, Ketam Nipah Turut ‘Tumpang’ Laluan Warga UMT

Sumber: Facebook Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Bernama, Facebook Dr Dzulkefly Ahmad