Terkini

Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Kredit: Bernama

AGC Akan Mohon Perintah Kerajaan Pindah Milik Tanah Kepada Semantan Estate Digantung

Azizah Najib

AGC Akan Mohon Perintah Kerajaan Pindah Milik Tanah Kepada Semantan Estate Digantung

KUALA LUMPUR (Bernama) — Jabatan Peguam Negara (AGC) akan memfailkan permohonan bagi menggantung pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan kerajaan memindah milik tanah seluas 263.272 ekar (106.542 hektar) di Mukim Batu di sini kepada Semantan Estate Sdn Bhd (SESB).

Kenyataan AGC malam ini memaklumkan jabatan itu bagi pihak Pendaftar Hak Milik Wilayah Persekutuan juga akan memfailkan rayuan berhubung keputusan itu.

“SESB telah memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur supaya Pendaftar Hak Milik Wilayah Persekutuan memindah milik tanah seluas 263.272 ekar di Mukim Batu, Daerah Kuala Lumpur kepada syarikat itu di bawah Seksyen 417 Kanun Tanah Negara 1965.

BACA: Kerajaan Australia Paksa Bank Bayar Ganti Rugi Kepada Mangsa Penipuan

“Pada hari ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah membenarkan permohonan supaya tanah tersebut dipindah milik kepada SESB,” menurut kenyataan itu.

Tanah terbabit, yang terletak di lokasi utama Jalan Duta menempatkan antaranya Kompleks Lembaga Hasil Dalam Negeri, beberapa bangunan kerajaan, Stadium Hoki Nasional, Institut Kefahaman Islam Malaysia dan Masjid Wilayah Persekutuan.

Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd Salleh membenarkan saman pemula Semantan Estate selepas mendengar hujah kedua-dua pihak hari ini.

Mahkamah juga menolak permohonan kerajaan untuk menangguhkan perbicaraan sementara menunggu cadangan penyelesaian oleh kerajaan berhubung pertikaian tanah berkenaan.

“Mahkamah memerintahkan defendan (Pendaftar Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) untuk melaksanakan syarat yang diminta dalam tempoh tiga bulan bermula hari ini,” katanya yang turut memerintahkan kerajaan agar membayar kos sebanyak RM50,000.

BACA: Wanita Warga Emas Maut Dipijak Gajah

Beliau memerintahkan defendan agar mendaftarkan plaintif (Semantan Estate) sebagai pemilik tanah, melaksanakan semua surat cara pindah milik serta mengeluarkan dokumen hak milik tanah tanpa bebanan dan liabiliti atas nama plaintif.

Pada 2003, Semantan Estate memfailkan saman terhadap kerajaan atas dakwaan pencerobohan yang berpunca daripada pengambilan tanah secara tidak sah daripada syarikat itu.

Pada 2009, Pesuruhjaya Kehakiman Zura Yahya memutuskan bahawa Semantan Estate mengekalkan kepentingan benefisialnya terhadap tanah seluas 263.27 ekar itu yang telah diambil alih oleh kerajaan secara tidak sah serta melakukan pencerobohan ke atas tanah terbabit.

Kerajaan kemudian mengemukakan rayuan namun ditolak pada 18 Mei 2012 dan pada 21 Nov 2012, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan kerajaan bagi kebenaran merayu keputusan itu.

Pada 2018, Mahkamah Persekutuan sekali lagi menolak permohonan kerajaan untuk menyemak semula keputusannya sebelum ini.

BACA: Tersilap Sebut Kontinjen Korea Selatan Sebagai Korea Utara, IOC Mohon Maaf

Semantan Estate memfailkan saman pemula terhadap Pendaftar Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Februari 2017 untuk menguatkuasakan penghakiman Mahkamah Tinggi pada 2009.

Kerajaan juga telah mencadangkan penyelesaian berhubung pertikaian tanah itu.

Sumber: BERNAMA