Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
tanah dirampas indonesia
Gambar: AFP
Tanah & Kawasan Terbiar Boleh 'Dirampas' Kerajaan Indonesia - Prabowo

Hannah

Tanah & Kawasan Terbiar Boleh 'Dirampas' Kerajaan Indonesia - Prabowo

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, menerbitkan Peraturan Pemerintah (PP) Nomor 48 Tahun 2025 berkaitan penertiban kawasan dan tanah terbiar, yang membolehkan kerajaan mengambil alih tanah atau kawasan yang tidak dimanfaatkan dalam tempoh tertentu.

Menurut laporan media tempatan, peraturan itu sebenarnya telah berkuat kuasa sejak November 2025, namun baru didedahkan kepada umum baru-baru ini.

Tujuan utama dasar baharu ini adalah untuk memastikan pemilik atau pihak yang memegang hak ke atas tanah menggunakan dan memanfaatkan kawasan tersebut secara produktif.

Tanah, kawasan terbiar jadi sasaran penertiban

Menurut penjelasan dalam Pasal 4 dan Pasal 6, tanah atau kawasan yang tidak digunakan dalam tempoh tertentu akan dikategorikan sebagai objek penertiban.

Selepas melalui proses inventori dan pengesahan, tanah yang dikenal pasti sebagai terbiar boleh diambil alih oleh negara. Ia bakal dikeluarkan daripada pangkalan data hak pemilikan dan dimanfaatkan sebagai aset bank tanah serta tanah simpanan negara.

Peraturan itu turut menegaskan bahawa kawasan yang diberikan lesen, konsesi atau permit perniagaan tetapi tidak diusahakan akan dianggap sebagai kawasan terbiar.

Ini merangkumi pelbagai sektor seperti kawasan perlombongan, perladangan, perindustrian, pelancongan, perumahan berskala besar serta kawasan lain yang penggunaannya bergantung kepada lesen atau konsesi berkaitan tanah dan ruang.

Bagaimanapun, meski kawasan itu menjadi objek penertiban, pemegang lesen atau konsesi masih wajib memenuhi tanggungjawab yang ditetapkan dalam peraturan perundangan sedia ada.

Tanah persendirian turut boleh dikenakan tindakan

Selain itu, tanah persendirian juga boleh disasarkan jika dibiarkan tanpa digunakan. Ini termasuk tanah hak milik, tanah hak guna bangunan, tanah pertanian atau perniagaan serta tanah yang dipegang oleh agensi atau individu.

Namun, tanah hak milik boleh dikecualikan daripada tindakan jika tidak dibiarkan kosong atau dikuasai pihak lain tanpa kebenaran. Selain itu, pengecualian turut terpakai jika tanah tersebut masih memenuhi fungsi sosial dan tidak dikuasai pihak lain secara berterusan selama 20 tahun tanpa hubungan undang-undang dengan pemilik.

Manakala, tanah yang diberikan hak guna bangunan, hak guna usaha atau hak pengurusan boleh dikenakan tindakan jika dengan sengaja tidak diusahakan, tidak digunakan, tidak dimanfaatkan atau tidak diselenggara dalam tempoh sekurang-kurangnya dua tahun sejak hak tersebut diterbitkan.

Pengecualian tertentu

Dalam masa yang sama, peraturan ini mengecualikan beberapa kategori tanah daripada objek penertiban.

Antaranya tanah hak pengelolaan masyarakat hukum adat, tanah aset bank tanah, tanah hak pengelolaan Badan Pengusahaan Batam dan tanah hak pengelolaan Otorita Ibu Kota Nusantara (IKN).

Sumber:Bisnis.com