Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
duit sumbangan pengurusan jenazah
Gambar: Maktabah Al-Bakri

Boleh Ke Gunakan Duit Sumbangan Orang Ramai Untuk Pengurusan Jenazah? Ini Penjelasan Dr Zulkifli

Nur Alissa

Boleh Ke Gunakan Duit Sumbangan Orang Ramai Untuk Pengurusan Jenazah? Ini Penjelasan Dr Zulkifli

“Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya juga kita kembali.” Surah Al-Baqarah ayat 156.

Pasti kita seringkali dengar ayat ini dalam mana-mana hantaran sama ada individu yang telah meninggal dunia atau dalam kuliyah agama.

Sebagai umat Islam, kita perlu mempelajari ilmu pengurusan jenazah kerana menjadi tuntutan fardhu kifayah yang perlu diambil berat tidak kira lelaki atau perempuan.

Lebih-lebih lagi, masih ramai yang di luar sana yang belum mengetahui tatacara untuk mengendali jenazah dari proses awal hingga akhir.

Tambahan lagi, semua proses pengurusan ini turut memerlukan wang yang mencukupi supaya jenazah dapat diuruskan dengan sempurna.

Susulan itu, timbul pula persoalan sekiranya wang sumbangan orang ramai, dibolehkan untuk membayar proses pengurusan jenazah ataupun tidak.

Oleh itu, hari ini SK akan kongsikan jawapan Ustaz daripada Maktabah Al-Bakri mengenai perkara tersebut di ruangan bawah. Semoga bermanfaat.

#3270: Menggunakan Duit Sumbangan Orang Ramai Untuk Pengurusan Jenazah

pengurusan jenazah
Gambar: Maktabah Al-Bakri

Soalan:

Assalamualaikum Ustaz Abang saya baru meninggal dunia dan meninggalkan seorang anak (yatim) dan isteri. Adakah boleh menggunakan duit sedekah kematian oleh orang ramai untuk bayaran gali kubur arwah?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah Baginda sehingga Hari Kiamat.

Firman Allah SWT:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۖ ثُمَّ إِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

Maksudnya: “Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan).”

(Surah al-Ankabut: 57)

Ibn Kathir menyatakan: Iaitu di mana sahaja kamu berada, nescaya kematian akan mendatangi kamu. Maka, hendaklah kamu berada dalam ketaatan kepada Allah. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 6/197)

Firman Allah SWT lagi:

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا

Maksudnya: “Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa antara kamu yang lebih baik amalnya.”

(Surah al-Mulk: 2)

Imam Ibn Kathir menyebutkan bahawa ayat ini menerangkan mengenai kewujudan makhluk daripada ketiadaannya, Allah SWT mewujudkan mereka bagi menguji dan menilai siapakah di kalangan mereka yang paling baik amalannya. Ibn Abi Hatim berkata, diriwayatan daripada Qatadah berkenaan ayat ini, Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ اللهَ أَذَلَّ بَنِي آدَمَ بِالمَوْتِ وَجَعَلَ الدُنْيَا دَارَ حَيَاةٍ ثُمَّ دَارَ مَوْتٍ وَجَعَلَ الآخِرَةَ دَارَ جَزَاءٍ ثُمَّ دَارَ بَقَاءٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menghinakan anak-anak Adam dengan kematian, dan menjadikan dunia ini tempat dihidupkan (kehidupan sementara) dan kemudian tempat dimatikan, dan menjadikan akhirat sebagai tempat pembalasan dan tempat kekal abadi.” (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 8/197)

Menjawab bagi persoalan di atas, kami katakan dalam isu ini ia bergantung kepada niat pemberi. Sekiranya pemberi menghulurkan sumbangan itu bagi meringankan keluarga si mati dalam menguruskan jenazah maka kami berpandangan dibolehkan menggunakan duit sumbangan tersebut untuk membayar upah kepada penggali kubur tersebut kerana secara adat kebiasannya duit sumbangan orang ramai itu adalah untuk kegunaan dalam menguruskan jenazah. Namun sekiranya sumbangan tersebut diberikan sebagai bentuk bantuan kepada keluarga si mati bagi meneruskan kehidupan, maka tidak wajib bagi keluarga si mati menggunakan duit tersebut untuk membayar upah penggali kubur tersebut. Yang demikian adalah bergantung kepada niat pemberi.

Hal ini sebagaimana yang telah dinyatakan dalam hadith yang diriwayatkan daripada daripada Amirul Mukminin Abi Hafs Umar bin al-Khattab RA berkata “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِىءٍ مَا نَوَى

Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya setiap orang mengikut apa yang dia niat.”

Riwayat al-Bukhari (1) dan Muslim (1907).

Berdasarkan hadis ini juga, ulama’ mengeluarkan satu kaedah fiqhiyyah yang utama:

‌الأُمُورُ ‌بِمَقَاصِدِهَا

Perkara pertama yang diperlu difahami dalam menguruskan harta peningalan si mati sebelum pembahagian faraid adalah sepertimana berikut:

  • Pengurusan jenazah

  • Melangsaikan hutang si mati (Hutang Allah dan Sesama makhluk)

  • Melaksanakan wasiat si mati

  • Pembahagian faraid

Dalam menjelaskan isu ini Imam al-Nawawi menyatakan: Pengurusan harta peninggalan si mati dimulakan dengan membiayai kelengkapan dan pengurusan jenazahnya, kemudian diselesaikan hutang-hutangnya kemudian dipenuhi wasiatnya (hanya satu pertiga daripadanya) kemudian baharulah diberikan baki harta tersebut secara faraid kepada waris-waris yang berhak”. (Lihat Minhaj al-Tolibin, 180)

Telah dinyatakan juga dalam Mausua’h Fiqh al-Islami bahawa: “Hak pertama yang perlu diberi perhatian dalam urusan harta pusaka adalah hak yang berkaitan dengan harta yang ditinggalkan, seperti cagaran, hutang, dan zakat yang wajib. Kemudian, kelengkapan untuk persiapan jenazahnya.

Termasuk juga dalam hal ini adalah keperluan tanggungan si mati ketika dia masih hidup seperti hambanya dan isterinya yang tidak nusyuz. Yang demikian sekiranya dia seorang yang mampu yang memiliki harta peninggalan. Kemudian hendaklah diselesaikan segala hutang-hutang yang menjadi tanggungannya samada hutang tersebut berkaitan hutang kepada Allah SWT atau kepada manusia.

Selain itu juga, hendaklah melaksanakan segala wasiat-wasiat yang ditinggalkan seperti pembebasan hamba yang diwasiatkan selepas kematiannya atau sumbangan yang tidak sempat dipenuhi ketika dia sakit serta melaksanakan wasiatnya dengan kadar 1/3 daripada peninggalannya setelah melangsaikan hutangnya dan kemudian barulah dibahagikan harta peninggalan tersebut kepada ahli waris. (Lihat Mausua’h Fiqh al-Islami, 4/295)

Justeru, kami katakan duit sumbangan orang ramai boleh digunakan untuk membayar segala urusan berkaitan dengan urusan jenazah melainkan telah dita’yinkan (ditentukan) sumbangan tersebut untuk keluarga si mati. Pada asasnya segala kos pengurusan jenazah boleh diambil daripada harta peninggalan si mati sebelum melakukan pembahagian faraid.

Semoga Allah memberikan kefahaman yang jelas dalam melaksanakan segla titah perintahnya dan kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

Maksudnya: “Ya Allah, ampunlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya.”

Wallahu a’lam

Sumber: Maktabah Al-Bakri

BACA: Mufti Wilayah Jelas Penentuan Kadar Nafkah Ikut Kemampuan Suami

BACA: Apa Hukum Menyimpan Patung Permainan Kanak-Kanak? Ini Jawapan Mufti WP