Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
doktor Tuntutan Palsu PERKESO
Gambar: Bernama

Dua lagi Doktor Direman Bantu Siasatan Dokumen Tuntutan Palsu PERKESO

Iqbal Yasir

Dua lagi Doktor Direman Bantu Siasatan Dokumen Tuntutan Palsu PERKESO

GEORGE TOWN, 5 Sept (Bernama) — Dua lagi doktor direman empat hari bagi membantu siasatan berkenaan dokumen tuntutan faedah hilang upaya kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang dipercayai mengandungi butir matan palsu.

Selain dua pegawai perubatan kanan di hospital kerajaan yang masing-masing berumur 43 dan 50 itu, turut direman bermula hari ini ialah seorang ejen berumur 32 tahun yang disyaki terlibat sama dalam kes berkenaan.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Siti Nurul Suhaila Baharin selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketiga-tiga mereka direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai butiran palsu mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu mereka dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada 8.54 pagi dengan memakai pakaian lokap SPRM dan diiringi pegawai suruhanjaya berkenaan.

Difahamkan ketiga-tiga suspek ditahan susulan operasi khas yang dijalankan dengan kerjasama SPRM Pulau Pinang dan PERKESO, semalam.

Semalam 33 individu yang terdiri daripada tiga doktor, 19 pencarum PERKESO, lapan ejen dan tiga ‘runner’ berusia lingkungan 26 hingga 60 tahun direman bagi membantu siasatan kes yang sama, sekali gus menjadikan secara keseluruhan seramai 36 individu direman di negeri ini berhubung kes pemalsuan dokumen tuntutan PERKESO tersebut.

BACA JUGA: Tiga Doktor Ditahan SPRM: KKM Beri Kerjasama

Menurut sumber, SPRM turut menyita wang tunai, barang kemas, dua buah beg berjenama, kenderaan mewah, nombor plat kenderaan mewah, 33 buah telefon bimbit dan barangan mewah yang jumlah kesuluruhannya bernilai kira-kira RM500,000 Selasa lepas.

Siasatan awal turut mendapati nilai wang rasuah yang terlibat dalam kegiatan ini berjumlah kira-kira RM2 juta.

Siri serbuan oleh SPRM itu adalah susulan kepada pendedahan oleh Ahli Dewan Negara Dr R.A Lingeshwaran Julai lepas yang menggesa Kementerian Sumber Manusia menjelaskan dakwaan beberapa doktor yang mengendalikan tuntutan hilang upaya PERKESO telah digantung, selepas dikaitkan dengan dakwaan memalsukan permohonan terbabit.

Lingeshwaran yang juga bekas Pengarah Hospital Sungai Bakap memaklumkan Dewan Negara bahawa mereka digantung selepas PERKESO mendapat tahu mengenai kegiatan itu di sebuah hospital di Pulau Pinang

Sumber: BERNAMA