Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kereta Asing Isi Minyak Kuning

Dulu Paling Lantang Bila Kereta Asing Isi Minyak Kuning, Tapi Ini Pula Yang Terjadi Sekarang

Adib Mohd

Sebagai rakyat Malaysia yang menikmati subsidi minyak, mungkin ramai antara kita yang agak berang sekiranya ternampak kereta bernombor pendaftaran asing isi minyak kuning atau lebih tepat RON95. Perkara ini kerana merasakan ia sebagai satu pencabulan hak yang patutnya kita sahaja boleh nikmati, dan bukannya warganegara asing.

Namun, perkara ini sudah berubah pada masa kini apabila pelaksanaan BUDI95 dilaksanakan di seluruh negara. Jika sebelum ini ada warga asing yang mengambil kesempatan mengisi minyak bersubsidi di stesen minyak tempatan, kali ini mereka tidak lagi boleh berbuat demikian. Setiap orang yang mahu menikmati BUDI95 perlu ada kad pengenalan Malaysia dan juga lesen memandu.

Elak Penyelewengan & Ketirisan

Jika sebelum ini kitalah yang paling lantang bila ada kereta asing isi minyak kuning, tapi keadaan sekarang mungkin telah berubah. Sekarang, kita dah tak nampak pengguna kereta asing yang mengangkat nozel berwarna kuning di stesen-stesen minyak.

Pelaksanaan ini membuktikan bahawa BUDI95 ini dapat mengurangkan atau mengelakkan ketirisan dan penyelewengan bahan api di Malaysia. Pengesahan identiti sebagai syarat setiap kali mengisi minyak jelas menutup ruang penyeludupan dan penjualan semula petrol bersubsidi.

Antara kesan lain yang dirasai setelah dua bulan pelaksanaan BUDI95 adalah penjimatan fiskal besar dan peruntukan itu boleh dialihkan kepada sektor penting lain seperti pendidikan, kesihatan dan pembangunan sosial.

Kementerian Kewangan menyatakan bahawa sebelum BUDI95, kerajaan menanggung subsidi RON95 hampir RM8 bilion setahun.

Sejak pelaksanaan subsidi bersasar (termasuk BUDI dan subsidi diesel bersasar), kerajaan mendakwa telah menjana penjimatan melebihi RM7 bilion dari segi fiskal keseluruhan.

Angka-angka ini menunjukkan bahawa setiap ringgit yang dijimatkan boleh dialihkan kepada projek rakyat yang lebih bermakna.

Saluran dana semula ke rakyat: STR, SARA dan Jualan Rahmah

Hasil penjimatan daripada subsidi bersasar ini, kerajaan dapat menambah peruntukan dana buat keperluan rakyat.

Berdasarkan Belanjawan 2026, STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) masing-masing diperuntukkan sebanyak RM15 bilion berbanding RM13 bilion bagi 2025.

Manakala di bawah SARA 2025, isi rumah miskin dan miskin tegar telah menerima bantuan sejumlah RM2,100 setahun (berbanding RM1,200 tahun sebelumnya) melalui sistem MyKad dan saluran bantu asas seperti barangan keperluan harian.

Untuk tahun 2026, STR dan SARA akan dilaksanakan dalam bentuk gabungan. Misalnya penerima STR akan turut menerima SARA bulanan sekitar RM100 sebulan (RM1,200 setahun), manakala penerima e-Kasih akan menerima sekitar RM200 sebulan (RM2,400 setahun).

Jualan Rahmah juga tidak dilupakan, kerajaan memperuntukkan kira-kira RM1 bilion bagi program ini untuk membantu menstabilkan harga barangan asas dan menangani kos sara hidup rakyat.

Dengan pengurangan ketirisan subsidi, lebih banyak dana dapat disalurkan secara langsung kepada rakyat melalui bantuan tunai dan program barangan asas.

Sistem BUDI95, melalui jejak digitalnya dijangka mampu menghadang penyalahgunaan ini pada peringkat awal dan memastikan subsidi diterima oleh golongan yang benar-benar layak.

Jika kita lihat semula, angka penjimatan RM2.5 hingga RM4 bilion setahun menandakan bahawa kemampuan fiskal negara semakin diperkuat, manakala peruntukan STR dan SARA berjumlah RM15 bilion menunjukkan bahawa kerajaan serius memperkasakan kesejahteraan rakyat.

Sekiranya pelaksanaan dan pemantauan sistem ini dilakukan secara telus dan cekap, BUDI95 bukan sekadar alat membanteras pembaziran subsidi, tetapi juga infrastruktur penting dalam membina sistem subsidi yang adil serta memihak kepada rakyat.