Terkini

Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Harga Rumah KL Naik
Gambar: Bernama

Harga Rumah Di KL, PJ Dijangka Naik Antara 3 Hingga 4 Peratus Tahun Ini – Pempengaruh Hartanah

Iqbal Yasir

Harga Rumah Di KL, PJ Dijangka Naik Antara 3 Hingga 4 Peratus Tahun Ini – Pempengaruh Hartanah

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) — Harga rumah kediaman dua tingkat di Lembah Klang terutamanya di Kuala Lumpur (KL) dan Petaling Jaya (PJ), ia dijangka meningkat antara 3.0 hingga 4.0 peratus tahun ini.

Dalam membuat unjuran itu, pempengaruh hartanah popular dan ‘YouTuber’ (Penggiat YouTube) Sean Tan berkata, unjuran tersebut adalah benar khususnya di kawasan permintaan tinggi seperti Desa ParkCity, Bangsar dan Mont Kiara di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, bagi mereka yang mencari rumah bertanah di Lembah Klang, hartanah bertanah terus menunjukkan prestasi yang baik terutamanya komuniti berpagar dan mempunyai perkhidmatan pengawal keselamatan kerana pembeli rumah mahu kediaman yang selamat.

“Di kawasan seperti Desa ParkCity, unit kediaman adalah terhad dan kualiti hidup tinggi, kita sudah melihat harganya melambung tinggi,” katanya kepada Bernama selepas muncul dalam program “The Nation: terbitan Bernama TV dihoskan oleh Gerard Ratnam.

Bagaimanapun, Sean berkata, harga mungkin mencecah harga siling bagi rumah bertanah terutamanya di kawasan kejiranan lama seperti SS2 (PJ) dan Kepong (KL) disebabkan kekangan kemampuan dan persaingan daripada pembangunan yang baharu dan lebih selamat.

Beliau juga berkata, hartanah perindustrian bakal menjadi mencatatkan prestasi baik pada 2025, terutamanya di Johor dan Lembah Klang dengan lokasi seperti Jelutong di Pulau Pinang dan Lagong di Selangor menjadi lokasi popular.

BACA: “Puas Beli Dari Sewa,” Realiti Inilah Yang Korang Nak Sangat Berlaku Pada 2025, Bakal Jadi Nyata

Secara keseluruhan, Sean berkata, pasaran hartanah tahun ini dijangka menyaksikan beberapa siri anjakan yang dibentuk oleh keadaan ekonomi, pembangunan infrastruktur dan pilihan pembeli yang berubah-ubah.

Untuk mendapatkan tawaran terbaik berdasarkan keutamaan, beliau menggesa pembeli untuk melihat data, memahami dinamik permintaan-bekalan unit kediaman dan menyedari perkembangan infrastruktur yang boleh menjejaskan nilai hartanah secara mendadak.

“Jika anda seorang pembeli rumah kali pertama, fokus kepada mencari tempat yang memenuhi keperluan anda pada harga berpatutan, bagaimanapun jika anda mahu melabur, pastikan anda menyasarkan kawasan dengan hasil sewa kukuh, bekalan unit kediaman terhad dan melilhat kepada pertumbuhan masa depan,” katanya.

Mengulas lanjut mengenai hartanah perindustrian dengan lokasi seperti Jelutong dan Lagong menjadi kawasan popular tahun ini, Sean berkata, ia didorong oleh harga tanah yang kompetitif dan pembangunan infrastruktur baharu.

“Syarikat multinasional akan berminat kerana tanah kita masih murah dan ia mendorong banyak perbandaran di sekitar Lembah Klang,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, penyiapan projek infrastruktur baharu seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Kelantan ke Selangor dan Transit Aliran Ringan di Pulau Pinang akan memastikan prestasi jualan hartanah lebih baik di kawasan mempunyai rangkaian pengangkutan tersebut.

Selain itu, Sean berkata, beliau melihat Pahang, Kelantan dan juga kawasan seperti Puncak Alam menawarkan peluang pertumbuhan.

Beliau berkata kejayaan pembangunan perindustrian dan lebuh raya seperti Lebuhraya Pantai Barat, mengubah kawasan yang tidak mendapat perhatian sebelum ini menjadi lokasi untuk pembangunan hartanah

Sumber: Bernama

BACA: Gadis Jepun ‘Terkejut’, Kongsi Pengalaman Naik Tren Di Malaysia

BACA: Lan Pet Pet Menangis Review “Dapur Bakar” Cawangan Ke-11 Tanpa Man Kulim