Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
ramai padam tiktok
Gambar: AFP
Ramai Pengguna Padam TikTok, Nyahpasang Aplikasi Naik 150 Peratus

Hannah

Ramai Pengguna Padam TikTok, Nyahpasang Aplikasi Naik 150 Peratus

Ramai pengguna TikTok di Amerika Syarikat (AS) dilaporkan mula memadam aplikasi tersebut, dengan kadar nyahpasang meningkat sehingga 150 peratus dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Perkara itu dipercayai berlaku selepas TikTok mengumumkan penubuhan usahasama baharu bagi menguruskan operasinya di AS.

Menurut firma data Sensor Tower, purata harian pengguna AS yang memadam TikTok meningkat mendadak berbanding tempoh tiga bulan sebelumnya.

Apa yang berlaku?

Pada minggu lalu, TikTok memaklumkan bahawa operasinya di AS kini akan dikendalikan melalui sebuah syarikat usahasama di bawah kepimpinan baharu dari Amerika.

Bekas ketua operasi TikTok, Adam Presser, dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat tersebut.

Namun, pengumuman itu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna. Ini terutamanya selepas mereka diminta bersetuju dengan dasar privasi baharu yang dikemas kini.

Kenapa pengguna risau?

Antara perkara yang mencetuskan kebimbangan ialah kandungan polisi tersebut yang menyatakan TikTok boleh mengumpul data sensitif.

Ini termasuk maklumat berkaitan asal usul kaum atau etnik, orientasi dan kehidupan seksual, status kewarganegaraan atau imigresen serta maklumat kewangan pengguna.

Difahamkan, kebimbangan tersebut sebenarnya bukan perkara baharu. Semakan terhadap versi arkib dasar privasi TikTok dari Ogos 2024 menunjukkan peruntukan yang sama telah lama wujud dalam polisi tersebut.

Walaupun demikian, sentimen negatif terhadap aplikasi itu dilihat semakin memuncak selepas pengumuman usahasama berkenaan. Ia sekali gus menyumbang kepada peningkatan mendadak kadar nyahpasang dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Pencipta kandungan terjejas

Beberapa pencipta kandungan terkenal mendakwa mereka mengalami masalah teknikal, termasuk gagal memuat naik video dan gangguan perkhidmatan.

Seorang pencipta kandungan berkata, TikTok tidak memberi penjelasan jelas kepada pencipta kandungan tentang kesan usahasama itu. Akibat ketidaktentuan ini, beliau mula menyiarkan kandungan di platform lain.

Di sisi lain, seorang lagi pencipta kandungan dikhabarkan memadam akaun TikTok miliknya walaupun mempunyai hampir 400,000 pengikut kerana tidak lagi yakin dengan terma dan hala tuju platform itu.

Sementara itu, sebuah akaun di platform X yang dikaitkan dengan usahasama TikTok memaklumkan bahawa gangguan perkhidmatan berpunca daripada gangguan bekalan elektrik di pusat data di AS.

Pihak TikTok turut memohon maaf dan memaklumkan usaha sedang dijalankan bagi menstabilkan perkhidmatan.

Penggunaan TikTok masih stabil, tapi aplikasi pesaing terima lonjakan muat turun

Walaupun kadar nyahpasang meningkat, tahap penggunaan TikTok di AS dilaporkan masih relatif stabil.

Sensor Tower menyatakan bilangan pengguna aktif aplikasi itu tidak menunjukkan penurunan ketara berbanding minggu sebelumnya.

Sebaliknya, beberapa aplikasi pesaing mencatatkan peningkatan ketara dalam jumlah muat turun.

Data Sensor Tower menunjukkan muat turun UpScrolled meningkat lebih sepuluh kali ganda dan Skylight Social melonjak 919 peratus. Manakala, aplikasi milik syarikat China, Rednote, meningkat 53 peratus dari minggu ke minggu.

Setakat ini, lapor CNBC, TikTok tidak memberikan sebarang maklum balas rasmi terhadap permintaan komen berhubung isu tersebut.

Sumber:CNBC