Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
jepun sisa air loji nuklear fukushima
Kredit: Bernama

Jepun Mula Lepas Sisa Air Terawat Dari Loji Nuklear Fukushima Ke Laut Hari Ini

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Jepun Mula Lepas Sisa Air Terawat Dari Loji Nuklear Fukushima Ke Laut Hari Ini

Jepun mula melepaskan sisa air radioaktif terawat daripada loji nuklear Fukushima ke Lautan Pasifik bermula hari ini.

Walaupun mendapat bantahan dari negara-negara Jepun, keputusan itu diambil selepas mendapat kelulusan daripada badan pemantau nuklear PBB.

Menurut BBC, kira-kira 1.34 juta tan air telah terkumpul sejak tsunami 2011 memusnahkan loji itu. Jumlah tersebut cukup untuk mengisi sebanyak 500 kolam bersaiz Olimpik.

Air berkenaan akan dibebaskan ke laut dalam tempoh 30 tahun selepas melalui beberapa proses penapisan dan pencairan.

Sebelum ini, Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata, pihak berkuasa akan meminta operator loji untuk bersedia untuk melepaskan sisa tersebut bermula 24 Ogos, jika keadaan cuaca dan laut mengizinkan.

Kerajaan Jepun berkata bahawa tindakan melepaskan sisa air itu adalah langkah yang penting dalam proses menyahaktifkan loji berkenaan.

Proses untuk menyahaktifkan loji yang terletak di timur Jepun, kira-kira 220 km dari timur laut ibu kota, Tokyo itu difahamkan turut menelan masa yang lama dan kos yang tinggi.

Jepun telah mengumpul dan menyimpan sisa air yang tercemar di dalam tangki lebih dari sedekad. Walau bagaimanapun, ruang simpanan yang terhad tidak memungkinkan air-air itu dapat disimpan secara berterusan.

Tindakan pelepasan sisa air mendapat tentangan dari segelintir pihak

Terdahulu, rancangan untuk membebaskan sisa air tersebut mencetuskan perdebatan dalam kalangan negara Asia dan rantau Pasifik, terutamanya selepas diluluskan kerajaan Jepun dua tahun lalu.

China merupakan negara yang paling lantang bersuara mendakwa Jepun melihat lautan seperti ‘pusat kumbahan peribadinya’.

Hong Kong berkata ia akan segera mengaktifkan sekatan import kepada beberapa produk makanan Jepun. Korea Selatan dan China telah pun mengharamkan import ikan dari sekitar Fukushima.

Rancangan tersebut kemudian mendapat kelulusan daripada badan pemantau nuklear PBB pada Julai lepas. Kelulusan itu diberikan selepas mereka menyimpulkan bahawa kesan pelepasan sisa tersebut tidak memberi kesan kepada manusia dan alam sekitar.

Namun begitu, beberapa pihak termasuk golongan nelayan di rantau tersebut merasa bimbang tindakan tersebut bakal menjejaskan mata pencarian mereka.

Sekumpulan penunjuk perasaan di Tokyo pada hari Selasa turut mengadakan perhimpunan di luar kediaman rasmi Perdana Menteri, menggesa kerajaan menghentikan pelepasan itu.

Tsunami 2011 menggoncang Jepun

Pada 2011, satu insiden tsunami yang terhasil akibat gempa bumi berkekuatan 9.0 magnitud telah melanda tiga reaktor di Loji Tenaga Nuklear Fukushima Daiichi.

Peristiwa tersebut dianggap sebagai insiden nuklear terburuk di dunia selepas insiden Chernobyl yang berlaku pada 1986.

Tidak lama selepas itu, pihak berkuasa menubuhkan zon pengecualian yang terus diperluaskan apabila radiasi bocor dari loji itu, memaksa lebih 150,000 orang berpindah dari kawasan itu.

BACA: Frasa Keramat Disalahguna, Azri Walter Jelaskan Maksud Sebenar ‘Sebab Boleh Dik’

Sumber: BBC