Terkini

Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Lubang Benam Di Thailand
Kredit: Thai PBS World
Tiada Kategori

Jurutera Bawa Demostrasi, Beri Penjelasan Punca Berlaku Lubang Benam Di Thailand

Athirah

Jurutera Bawa Demostrasi, Beri Penjelasan Punca Berlaku Lubang Benam Di Thailand

Baru-baru ini, penduduk Thailand menjadi gempar apabila laluan utama di Jalan Samsen, Bangkok, runtuh secara tiba-tiba sehingga membentuk lubang benam gergasi sedalam kira-kira 50 meter.

Insiden yang berlaku seawal pagi itu berlaku betul-betul di hadapan Hospital Vajira dan di atas stesen tren bawah tanah hospital berkenaan.

Lubang tersebut dianggarkan berukuran 30 meter panjang dan 30 meter lebar. Susulan kejadian, pihak berkuasa menutup sepenuhnya laluan antara simpang Vajira dan simpang Sanghi bagi tujuan keselamatan.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan berlaku.

Bekas Presiden Majlis Jurutera Thailand terangkan punca lubang benam

Bekas Presiden Majlis Jurutera Thailand, Dr. Suchatvee Suwansawat, baru-baru ini membuat demonstrasi menggunakan sebuah kotak untuk menunjukkan bagaimana lubang benam gergasi boleh berlaku di Jalan Samsen.

Menerusi video yang dikongsi oleh Thai PBS World di TikTok, beliau mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena di kawasan stesen kotak yang telah dibina dengan kukuh.

Dapat dilihat dengan jelas kotak yang digunakan untuk demonstrasi mempunyai lubang di bahagian tepinya.

Dr. Suchatvee kemudian memasukkan dan menerangkan model mesin pembuat terowong yang bergerak masuk dan membina terowong yang sudah siap tiga bulan lalu.

“Apa yang tidak kena ialah kami mengesyaki kawasan ini yang mempunyai jurang telah runtuh. Jadi tanah bergerak ke arah kawasan terbuka ini. Ia sangat besar, kira-kira 6.4 meter,” katanya sambil menunjukkan ke arah model mesin pembuat terowong.

Difahamkan, ia menyebabkan risiko tanah mendap dan menyebabkan paip air besar berukuran kira-kira 1.2 meter yang disambungkan kepada paip 90 sentimeter turut pecah.

Tindakan Kerajaan Thailand terhadap insiden ini

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul yang meninjau lokasi berkata, kerja-kerja pemulihan terowong dan jalan dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya setahun.

Perkara itu akan dibincangkan sebagai isu mendesak dalam mesyuarat pertama kabinet baharu selepas mengangkat sumpah di hadapan Raja Thailand.

Beliau turut mengumumkan siasatan besar akan dijalankan, diketuai oleh Pihak Berkuasa Transit Rapid Massa (MRT).

Hospital milik kerajaan itu menangguhkan perkhidmatan pesakit luar selama dua hari, manakala pesakit dalam masih menerima rawatan.

Pihak Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) memaklumkan, pesakit luar boleh mendapatkan rawatan di hospital lain di bawah pengurusan BMA sepanjang tempoh ini.

Mesyuarat pemantauan akan diadakan dua kali sehari, pada jam 12 tengah hari dan 6 petang, bagi menilai perkembangan situasi tersebut.

BACA: Tak Perlu Ke Kaunter, Ini Cara Mudah Isi Minyak Motosikal Guna Aplikasi Setel

Sumber: Thai PBS World via TikTok