Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
kajian eia sia ladang babi
Kredit: Bernama
Tiada Kategori
Kajian EIA, SIA Jadi Keutamaan Dalam Pemindahan Ladang Ternakan Babi – Amirudin

Sofea

Kajian EIA, SIA Jadi Keutamaan Dalam Pemindahan Ladang Ternakan Babi – Amirudin

SHAH ALAM, 13 Jan (Bernama) — Kerajaan Negeri Selangor akan menjadikan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dan Penilaian Impak Sosial (SIA) sebagai keutamaan dalam operasi penternakan babi yang bakal dipindahkan segera ke Bukit Tagar, Hulu Selangor.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata sebarang tapak pemindahan tetap perlu melalui proses EIA serta penilaian sistem kumbahan bagi memastikan ia tidak menjejaskan sungai dan kawasan persekitaran.

“Kita mahu pastikan sistem kumbahan itu boleh berdiri sendiri tidak dilepaskan ke sungai dan tidak memberi risiko kepada alam sekitar,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Watikah Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Selangor dan Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya aktiviti penternakan babi di kawasan Tanjong Sepat, Kuala Langat dihentikan secara beransur-ansur dan operasinya dipindahkan ke Bukit Tagar mengikut perancangan serta mematuhi semua keperluan perundangan dan peraturan berkaitan.

Amirudin berkata kerajaan negeri menjunjung titah Sultan Selangor untuk mempercepatkan proses penutupan penternakan tradisional yang tercemar, walaupun perancangan awal melibatkan tempoh pemindahan selama tiga tahun.

BACA: Sultan Selangor Dukacita, Tidak Setuju Penternakan Babi Berskala Besar Di Kuala Langat

“Titah Tuanku jelas, tidak mahu konsep mega atau eksport, sebaliknya menumpukan kepada penutupan operasi yang mencemar dan memenuhi keperluan tempatan sahaja. Insya-Allah kita akan laksanakan dengan segera dan sebaik mungkin.

“Setakat ini, kita telah mengenal pasti 69 pengusaha yang masih aktif. Lesen selebihnya telah pun ditarik balik sebelum ini dan kita akan keluarkan mereka secepat mungkin kerana selagi kawasan itu tidak ditutup, selagi itulah pencemaran daripada penternakan tradisional berterusan. Sebab itu langkah awal kita adalah menamatkan pengurusan tradisional dan beralih kepada penternakan moden,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan data awal daripada Jabatan Veterinar menunjukkan jumlah ternakan sedia ada dianggarkan 100,000 hingga 120,000 ekor, yang hanya memenuhi kira-kira 30 peratus keperluan tempatan.

“Tuanku menitahkan supaya kajian lebih terperinci dibuat dan kita akan melantik badan bebas untuk menilai keperluan sebenar, termasuk permintaan pasaran,” katanya yang turut menjelaskan operasi ladang tersebut tidak akan diperluaskan atau dibesarkan dan hanya bertujuan memenuhi keperluan tempatan.

Sumber: BERNAMA