Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
kes yusoff rawther
Kredit: Bernama

Kes Yusoff Rawther: PDRM Akan Teliti Penghakiman, Sedia Tambah Baik SOP Siasatan – KPN

Azizah Najib

Kes Yusoff Rawther: PDRM Akan Teliti Penghakiman, Sedia Tambah Baik SOP Siasatan – KPN

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menunggu dan akan meneliti penghakiman penuh perbicaraan kes Yusoff Rawther untuk melihat jika ada kelompangan serta kelemahan ketika siasatan dijalankan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pihaknya bersedia menambah baik prosedur operasi standard penyiasatan melalui penilaian dalaman dan semakan semula.

“PDRM mengambil maklum dan menghormati serta mengalu-alukan reaksi dan pandangan yang dikemukakan oleh semua pihak berhubung keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Yusoff Rawther.

“Pandangan tersebut mencerminkan satu hasrat murni untuk memastikan sistem keadilan jenayah negara terus menjunjung prinsip keadilan dan hak asasi manusia,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata setiap laporan polis akan disiasat dengan adil dan tanpa prejudis oleh PDRM walaupun melibatkan suspek berprofil tinggi manakala keputusan untuk pertuduhan dilaksanakan selaras dengan Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan yang diputuskan oleh Jabatan Peguam Negara.

BACA: Yusoff Rawther Bebas Tuduhan Edar Dadah, Miliki Pistol Tiruan

Razarudin berkata laporan polis yang dibuat oleh Yusof Rawther pada 12 Sept 2024 disiasat selari dengan dua kertas siasatan yang dibuka berkaitan penemuan dadah serta pistol dan tiada keperluan untuk mengambil kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes itu memandangkan tindakan tersebut telah diambil ketika aduan dibuat oleh pengadu di peringkat awal.

“Pada peringkat tersebut, PDRM telah mengemukakan ke pejabat AGC dengan cadangan pertuduhan untuk kedua-dua kes tersebut dan berpuas hati bahawa setakat keterangan yang ada pada masa tersebut, adalah mencukupi untuk menuduh Yusoff Rawther tanpa memanggil mana-mana pihak lain untuk melengkapkan siasatan.

“Sepertimana juga kes-kes lain yang diputuskan oleh mahkamah sebelum ini, PDRM sentiasa cakna dengan keputusan-keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada PDRM dan sentiasa mengambil langkah proaktif dalam meningkatkan kualiti siasatan dan mengoptimumkan pendakwaan,” katanya.

Semalam, Yusoff Rawther dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi daripada pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram serta memiliki dua pucuk pistol tiruan pada 6 Sept tahun lepas.

Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Muhammed Yusoff, 32, pada akhir kes pendakwaan.

Sumber: BERNAMA