Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia

KKM Ambil Kira Lima Faktor Sebelum Syor Laksana PKPB – KP Kesihatan

Edayu

PUTRAJAYA, 20 Nov – Kementerian Kesihatan (KKM) melakukan penilaian risiko dengan mengambil kira lima faktor sebelum mengesyorkan sesuatu kawasan dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata faktor-faktor yang diambil kira adalah kadar peningkatan kes, taburan kes positif, kepadatan penduduk, kewujudan tempat tumpuan awam dan keadaan sosiodemografi penduduk.

“(Bagi) kadar peningkatan kes, KKM mengambil kira peningkatan ketara bilangan kes COVID-19, terutamanya jika berlaku dalam tempoh masa yang singkat.

“Taburan kes positif pula meliputi taburan kes dalam mukim dan daerah yang terlibat dan sama ada terdapat tumpuan di kawasan-kawasan tertentu seperti penjara atau pusat tahanan sementara,” katanya pada sidang media perkembangan COVID-19 di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata KKM juga mengambil kira kepadatan penduduk setempat yang tinggi dengan bilangan kawasan perumahan, pangsapuri atau rumah setinggan yang tinggi, kewujudan tempat seperti pasar borong, kilang, pejabat kerajaan, kompleks perniagaan dan sebagainya.

Selain itu, keadaan sosiodemografi penduduk setempat, sama ada terdapat penempatan warga asing dan pergerakan penduduk keluar masuk yang banyak juga diambil kira, katanya.

“Sebagai contoh, pada mulanya PKPB tidak dilaksanakan di Kelantan pada 9 Nov (ketika dikenakan di kebanyakan negeri di Semenanjung), namun dengan mengambil kira faktor-faktor yang telah diteliti dalam penilaian risiko KKM, kini terdapat keperluan untuk PKPB dilaksanakan di negeri itu,” katanya.

Terdahulu, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Yaakob mengumumkan Kelantan dikenakan PKPB bermula esok sehingga 6 Dis ekoran peningkatan kes baharu pandemik COVID-19 di negeri itu.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata pada 3 Nov, Kelantan mencatatkan lapan kes positif dengan hanya melibatkan tiga daerah, namun pada 19 Nov bilangan kes aktif di negeri itu meningkat kepada 73 kes dan menular ke lapan daripada 10 daerah.

Selain itu, beliau berkata terdapat tujuh kluster aktif iaitu Kluster Ikhtisas, Cergas, Kube, Kaya, Mengketil, Simera dan Jalan Meru yang masih dipantau di Kelantan.

Kluster Mengketil terutamanya mencatatkan pertambahan kes mendadak dengan peningkatan 41 kes dalam masa lima hari, dan kluster itu juga menunjukkan kebolehjangkitan yang tinggi di samping ada risiko penularan tidak terkawal sekiranya PKPB tidak dilaksanakan.

“Penilaian risiko juga telah dijalankan di negeri-negeri lain untuk menentukan sama ada PKPB boleh ditamatkan atau perlu diteruskan.

“Walaupun PKPB telah ditamatkan di beberapa negeri, terdapat keperluan pelanjutan tempoh PKPB di sesetengah daerah kerana penilaian risiko menunjukkan risiko jangkitan yang masih tinggi di daerah berkenaan,” katanya.

Justeru, Dr Noor Hisham mengingatkan masyarakat agar patuh prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan walaupun kebanyakan negeri telah kembali kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

— BERNAMA