Terkini

Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
kebuluran gaza
Gambar: AFP

Krisis Kebuluran Di Gaza Semakin Kritikal, Lagi 10 Kematian Dicatat Dalam Tempoh 24 Jam

Hannah

Krisis Kebuluran Di Gaza Semakin Kritikal, Lagi 10 Kematian Dicatat Dalam Tempoh 24 Jam

Lebih 100 pertubuhan bantuan kemanusiaan dan hak asasi manusia antarabangsa memberi amaran keras berhubung kebuluran besar-besaran yang sedang melanda Gaza, sambil menggesa kerajaan-kerajaan di seluruh dunia mengambil tindakan segera bagi menyelamatkan nyawa.

Antara pertubuhan terlibat termasuk Médecins Sans Frontières (MSF), Save the Children dan Oxfam, yang dalam satu kenyataan bersama menggambarkan rakan setugas serta penduduk Gaza kini “semakin melarat dan menyusut tubuh”.

Amaran ini hadir ketika Kementerian Kesihatan Gaza yang dikendalikan Hamas melaporkan 10 lagi kematian akibat kekurangan zat makanan dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kematian sejak Ahad meningkat kepada 43 orang.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut melaporkan keadaan kritikal di hospital, di mana pesakit dimasukkan dalam keadaan terlalu lemah akibat kekurangan makanan, malah ada yang rebah di jalanan akibat kelaparan.

“Apabila kepungan Israel menyebabkan rakyat Gaza kebuluran, petugas bantuan sendiri kini terpaksa beratur untuk makanan, walaupun berisiko ditembak hanya untuk menyara keluarga,” kata kenyataan yang ditandatangani oleh 109 organisasi pada Rabu.

Israel bagaimanapun menolak dakwaan tersebut dan menyifatkan kenyataan itu sebagai “propaganda Hamas”, sambil menuduh pertubuhan-pertubuhan itu menyokong naratif kumpulan pejuang tersebut.

Israel mengenakan sekatan penuh terhadap kemasukan bantuan ke Gaza sejak awal Mac lalu dan melancarkan semula serangan ketenteraan dua minggu kemudian selepas gencatan senjata selama dua bulan berakhir.

Walaupun sekatan dilonggarkan sedikit selepas hampir dua bulan, kekurangan bekalan makanan, ubat-ubatan dan bahan api semakin memburuk.

Menurut kenyataan organisasi kemanusiaan itu, doktor di Gaza melaporkan kadar kekurangan zat makanan akut yang sangat tinggi, terutama dalam kalangan kanak-kanak dan warga emas.

Penyakit seperti cirit-birit berair turut menular, manakala pasar kosong, sampah bertimbun dan orang dewasa rebah akibat kelaparan dan dehidrasi.

“Anak-anak beritahu ibu bapa mereka mahu ke syurga, kerana di syurga ada makanan,” kata seorang petugas bantuan psikososial menggambarkan keadaan tragik dalam kalangan kanak-kanak.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan bahawa suku daripada penduduk Gaza kini berada dalam keadaan seperti kebuluran, dan hampir 100,000 wanita serta kanak-kanak mengalami kekurangan zat makanan akut yang memerlukan rawatan segera.

Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus menyifatkan keadaan ini sebagai “kebuluran besar-besaran yang berpunca daripada perbuatan manusia”, menyalahkan sekatan ketat yang dikenakan Israel.

Seorang pakar pediatrik, Dr Ahmad al-Farra dari Hospital Nasser di Khan Younis berkata, tiada makanan tersedia selama tiga hari berturut-turut, dan kanak-kanak yang dibawa ke hospital menunjukkan tanda-tanda kebuluran pelbagai peringkat.

Ada yang meninggal dunia akibat kekurangan zat, manakala yang lain tidak mampu menyerap nutrien akibat penyakit lain.

Harga barangan asas juga melambung tinggi.

“Harga sekarang luar biasa – tepung sahaja perlukan 300 shekel (sekitar RM450) setiap hari,” luah seorang penduduk Gaza.

Kenyataan itu turut menyebut bahawa sejak 27 Mei lalu, lebih 1,050 penduduk Palestin yang cuba mendapatkan bantuan makanan telah terbunuh oleh tentera Israel.

Ini termasuk 766 orang di sekitar kawasan bantuan yang dikawal Israel melalui Yayasan Kemanusiaan Gaza (GHF) dan 288 orang berhampiran konvoi bantuan lain.

Tentera Israel mempertahankan tindakannya dengan mengatakan hanya melepaskan tembakan amaran dan tidak menyasarkan orang awam secara sengaja.

Mereka juga menyalahkan agensi PBB kerana gagal mengagihkan bantuan yang tersedia.

Namun, menurut PBB, hampir semua penduduk Gaza telah dipindahkan dan kini terperangkap di kawasan kurang 12 peratus daripada wilayah asal, jauh daripada zon selamat, menjadikan pengagihan bantuan sangat sukar.

Hanya purata 28 buah lori bantuan dibenarkan masuk ke Gaza setiap hari, walaupun beribu tan makanan, air bersih, ubat-ubatan dan bahan api sudah sedia di sempadan atau dalam gudang di Gaza.

“Tiada siapa sepatutnya mempertaruhkan nyawa hanya untuk mendapatkan makanan,” tegas jurucakap PBB, Stéphane Dujarric.

PBB turut menuduh tentera Israel gagal memberikan jaminan keselamatan kepada orang awam yang cuba mendapatkan bantuan, dengan insiden tembakan berlaku walaupun ada jaminan tiada kehadiran tentera.

Justeru, organisasi kemanusiaan menyeru tindakan tegas segera oleh kerajaan-kerajaan dunia:

  • Gencatan senjata segera dan kekal

  • Hapuskan semua sekatan pentadbiran dan birokrasi

  • Buka semua pintu sempadan

  • Pastikan akses kepada semua kawasan di Gaza

  • Tolak model pengagihan bantuan dikawal tentera

  • Pulihkan sistem bantuan yang diketuai PBB

  • Hentikan penghantaran senjata dan peluru kepada pihak bertikai

Namun, Kementerian Luar Israel menolak tuntutan ini, menyifatkannya sebagai usaha menyebarkan naratif Hamas yang merosakkan peluang perjanjian gencatan senjata dan pembebasan tebusan.

BACA: Sepertiga Penduduk Gaza Tidak Makan Beberapa Hari Akibat Sekatan Israel – WFP

BACA: Banjir: Bapa Terjun Selamatkan Anak Jatuh Dalam Lubang Besar

BACA: Banjir Landa Filipina, Puluhan Ribu Penduduk Dipindahkan

Sumber: BBC