Terkini

Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Pukul Pensyarah Hingga Buta
Sumber: BERNAMA

Pemandu E-Hailing Didakwa Bunuh Nurul Asikin

Hannah

Pemandu E-Hailing Didakwa Bunuh Nurul Asikin

KUCHING, 24 Dis (Bernama) — Seorang pemandu e-hailing dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang wanita, Nurul Asikin Lan, yang mayatnya ditemui di dalam longkang di Jalan Setia Raja, Tabuan, di sini pada 14 Dis lepas.

Tertuduh, 23, yang tidak diwakili peguam, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali namun tiada pengakuan direkodkan berikutan kes berkenaan di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tertuduh didakwa menyebabkan kematian Nurul Asikin, 28, pada 6 Dis lepas sebelum mayat wanita berkenaan yang reput serta dalam keadaan menyayat hati, ditemui di dalam longkang di Jalan Setia Raja, Tabuan, di sini pada 9.10 malam, 14 Dis lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dijatuhi hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dikenakan hukuman mati, boleh disebat dengan tidak kurang daripada 12 sebatan.

Syarifah Fatimah Azura menetapkan 10 Feb tahun depan untuk sebutan semula kes selepas Timbalan Pendakwa Raya Jean Siow Chung Hwei memaklumkan pihaknya sedang menunggu laporan penuh asid deoksiribonukleik (DNA) dan bedah siasat mangsa yang dilaporkan hilang pada 5 Dis lepas.

BACA: Tujuh Maut, 33 Cedera Dalam Kemalangan Di KM204 Plus Arah Utara

Di Mahkamah Majistret berasingan, tertuduh dijatuhi hukuman penjara tiga bulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memberi maklumat palsu kepada polis berkaitan kes berkenaan.

Dia membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Ling Hui Chuan yang turut memerintahkan hukuman penjara tersebut berkuat kuasa hari ini.

Lelaki itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di Balai Polis Sentul, Kuala Lumpur pada 8.53 malam,10 Dis lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, tertuduh memberi maklumat palsu selepas takut dan risau mengenai kes kehilangan mangsa telah tular di media sosial.

BACA: Bas Hilang Kawalan Lepas Terlanggar Tayar Lori Tercabut

BACA: Tragedi Hari Lahir, Anak Jadi Saksi Ibu Bapa Maut Ditembak

Sumber: BERNAMA