Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat

Penganjur Karnival Dikompaun Tidak Patuh SOP PKPP

Nurul Najiha

KEPALA BATAS, 23 Julai — Polis mengeluarkan kompaun terhadap penganjur sebuah karnival sempena Aidiladha di Bertam, di sini malam tadi kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi membendung penularan pandemik COVID-19.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Noorzainy Mohd Noor berkata sepasukan polis bersama petugas Kementerian Kesihatan (KKM) telah melakukan pemantauan SOP PKPP di karnival yang diadakan di kawasan lapang bersebelahan sebuah pasar raya itu pada 10.30 malam tadi.

“Hasil pemantauan mendapati penganjuran karnival berkenaan tidak mengikut SOP yang telah ditetapkan antaranya tiada laluan khas keluar masuk, tidak mencatatkan kehadiran pengunjung, tidak mengambil suhu dan tiada penjarakan sosial malah penganjur juga tidak mengawal jumlah pengunjung yang ramai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikutan itu, kompaun RM1,000 dikenakan ke atas seorang lelaki berumur 48 tahun yang merupakan penganjur karnival tersebut atas kesalahan mengikut Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Beliau berkata pihaknya dan KKM akan mengemukakan cadangan kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) untuk menarik semula lesen penganjuran karnival itu kerana kegagalan mematuhi SOP dalam tempoh PKPP ketika ini.

Dalam perkembangan lain, Noorzainy berkata pihaknya menumpaskan geng curi rokok yang aktif menjalankan kegiatan jenayah terbabit di kedai runcit sekitar daerah SPU selepas menahan tiga lelaki berumur 35 hingga 39 tahun di lokasi berasingan di sini pada 11.30 pagi semalam.

“Modus operandi geng itu adalah pergi ke kedai runcit sebelum meminta untuk beli rokok dan dalam masa sama mahu membeli beras dalam kuantiti yang banyak sehingga pekerja terpaksa mengambilnya di dalam stor. Suspek kemudian akan mengambil rokok-rokok yang terdapat di kaunter dan melarikan diri.

“Terbaharu kejadian pada 3 petang Selasa, mereka melarikan rokok bernilai RM435 di sebuah kedai runcit di Pongsu Seribu,” katanya.

Katanya, siasatan juga mendapati rokok-rokok yang mereka curi akan dijual kepada kedai runcit di sekitar Ipoh, Perak bagi mengelak dikesan pihak polis dan geng tersebut dipercayai terlibat dalam kegiatan jenayah itu sejak beberapa bulan lepas.

Menurutnya, tiga lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Sumber: BERNAMA