Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
close door lif
Gambar: Medium

Rahsia Butang "Close Door" Dalam Lif

Hannah

Rahsia Butang "Close Door" Dalam Lif

Pernah tak bila masuk lif, kita tekan butang "close door" berulang kali sebab nak pintu cepat tutup? Ramai percaya cara itu boleh jimatkan masa. Tapi hakikatnya, butang itu sebenarnya tidak buat apa-apa.

Kenapa butang "close door" lif tak berfungsi?

Ketua Industri Lif Kebangsaan Amerika Syarikat (AS) sebelumnya menjelaskan bahawa butang "close door" pada kebanyakan lif sudah lama tidak berfungsi. Perkara ini disahkan dalam laporan The New York Times, lapor CBS News.

Jelasnya, butang itu mula dinyahaktifkan sejak tahun 1990, selepas penguatkuasaan Akta Orang Kurang Upaya Amerika (ADA).

Undang-undang ini menetapkan pintu lif mesti kekal terbuka cukup lama supaya individu yang menggunakan tongkat atau kerusi roda dapat masuk dengan selamat.

Namun begitu, butang "open door" masih berfungsi kerana ia membantu memastikan akses yang lebih inklusif.

Bukan lif sahaja, banyak lagi butang 'palsu'

Jelas CBS News, fenomena ini sebenarnya bukan berlaku pada lif sahaja.

Menurut laporan The New York Times, terdapat beberapa contoh lain teknologi yang berfungsi sebagai "placebo" ini, iaitu nampak seperti boleh dikawal oleh manusia tetapi sebenarnya tidak memberi apa-apa kesan sebenar.

Antaranya ialah butang lampu isyarat pejalan kaki. Walaupun terdapat papan tanda meminta pejalan kaki menekan butang untuk melintas, kebanyakan butang ini sebenarnya sudah lama tidak berfungsi.

Hal ini kerana sistem lampu isyarat kini dikawal sepenuhnya oleh komputer dan beroperasi secara automatik.

Ringkasnya, ia berfungsi dengan cara yang sama, iaitu memberi perasaan seolah-olah kita mempunyai kawalan terhadap sesuatu, walaupun sebenarnya tidak.

Jadi, kenapa "placebo" ini wujud?

Menurut Profesor Psikologi Universiti Harvard, Ellen Langer, rasa kawalan memainkan peranan penting dalam kesejahteraan mental manusia.

"Kawalan yang dirasakan sangat penting. Ia mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan," katanya.

Dengan kata lain, walaupun butang itu tidak berfungsi, perasaan sudah melakukan sesuatu sudah cukup untuk menenangkan fikiran dan mengurangkan stres.

Jadi, kalau di Malaysia setiap kali anda menaiki lif dan terasa seolah-olah ia 'buat tak tahu' walaupun butang "close door" ditekan berkali-kali, mungkin inilah sebabnya. Bukan lif rosak, bukan sistem lambat, tetapi memang begitu cara ia direka.

Sumber:CBS News