Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Kredit: Bernama
Tiada Kategori

Sektor Pengangkutan Darat Awam, Barangan Ini Layak Daftar SKPS Untuk Subsidi Petrol RON95

Athirah

Sektor Pengangkutan Darat Awam, Barangan Ini Layak Daftar SKPS Untuk Subsidi Petrol RON95

Syarikat pengangkutan darat awam dan barangan yang tersenarai boleh mula memohon manfaat subsidi petrol RON95 melalui Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mulai 15 September 2025.

Permohonan pendaftaran melalui sistem itu amat penting supaya sektor pengangkutan berkenaan mendapat manfaat subsidi petrol RON95, selain membolehkan KPDN mengawal selia mekanisme penyaluran subsidi untuk kenderaan pengangkutan darat awam dan barangan.

Kategori kenderaan yang layak memohon subsidi ini

Berdasarkan infografik yang dimuat naik menerusi Facebook KPDN Laman Rasmi, senarai kategori kenderaan pengangkutan awam dan barangan yang layak memohon SKPS ialah:

9 jenis kenderaan pengangkutan awam

  • Teksi

  • Kereta Sewa

  • Bas Sekolah

  • Van Mayat

  • Ambulans

  • Bomba

  • Bas Pengantara

  • Bas Berhenti-henti

  • Bas Mini

12 jenis kenderaan pengangkutan barang

  • Panel van

  • Window van

  • Semi panel van

  • Lori food catering

  • Van food catering

  • Lori rigid – kargo am

  • Lori rigid – luton/kotak

  • Lori rigid – refrigerated

  • Lori rigid – perkhidmatan bergerak

  • Van rigid – perkhidmatan bergerak

  • Lori rigid – kandang haiwan

  • Lori rigid – hasil pertanian

Menurut infografik KPDN, hanya syarikat yang memenuhi syarat-syarat di bawah sahaja yang layak memohon SKPS.

  • Syarikat berdaftar di Malaysia

  • Kenderaan adalah milik syarikat permohonan

  • Kenderaan dengan cukai jalan yang sah

  • Kenderaan tersenarai dalam kategori layak di bawah SKPS.

Cara permohonan SKPS

Untuk memohon petrol bersubsidi, anda boleh melayari laman sesawang Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi secara atas talian di pautan http://mysubsidi.kpdn.gov.my/.

Pembelian petrol bersubsidi RON95 oleh syarikat pengangkutan darat awam dan barangan akan dilaksanakan melalui kaedah penggunaan Fleet Card.

Difahamkan, ia bertujuan meningkatkan kecekapan kawal selia pemberian subsidi, mengurangkan risiko ketirisan dan penyeludupan bahan api.

Syarikat pengangkutan yang telah berjaya mendaftar dalam SKPS perlu segera memohon Fleet Card daripada syarikat minyak pilihan dengan mengemukakan bersama dokuman Surat Kelulusan dan Senarai Kenderaan yang boleh dicetak daripada SKPS.

Menurut KPDN, syarikat dibenarkan untuk memilih sehingga maksimum tiga syarikat minyak untuk permohonan Fleet Card.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan SKPS, anda boleh ajukan ke Pusat Panggilan Sistem MySubsidi KDPN di talian 03-8882 5893/ 5894/ 5923/ 6667.

BACA: Selain Malaysia, Negara Ini Juga Rai Hari Kebangsaan 16 September

Sumber: KPDN Laman Rasmi via Facebook